Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. ila Avatar
    ila

    sy dpt twrn ijazah sarjana muda p’didikan di UPSI?
    boleh mohon biasiswa PIDN x?kalu blh,mcm mne nk pohon

    1. amru Avatar
      amru

      biasiswa jpa pidn tdk tersedia utk course pendidikan

    2. beliamuda Avatar

      @ila, itu kena tengok dalam syarat penawaran biasiswa tu nanti.

    3. putri Avatar
      putri

      @ila, jpa x tawarkn biasiswa utk course pendidikan…

  2. nak tahu Avatar
    nak tahu

    salam,,sy pljr ijazah perakaunan di uitm..next sem sy akn msk semester 2..sy bru nk mhn,,bila tarikh biasiswa jpa dibuka?tolong,,sape3 yg taw

  3. awe Avatar

    nk tnye,ble twrn pidn 2010 dibukak?kalo da bkk,cne nk apply?

  4. aulia Avatar
    aulia

    saya mendapat tawaran perubatan upm.. tapi yuran pendaftaran agak mahal..tak boleh mohon jpa ke?

    1. didi Avatar
      didi

      @aulia, boleyh jer.. kalo pointer bgus, snang je nk dpt…

  5. ain Avatar

    bile biasiswa jpa 2010 akn keluar??

  6. Hajar Avatar
    Hajar

    utk utm skudai biasiswa jpa x de ker utk thun 2010?

  7. kay Avatar
    kay

    SALAM.

    bla biasiswa pidn 2010/2011?
    skrg dh hjg bln Jun…
    saya dpt twrn UNIMAS..pndftaran pelajar bru 3&4 Julai…

  8. me Avatar
    me

    saya pernha mendapat JPA scholar masa belajar dulu…masa zaman sy dulu (5 6 tahun lepas) min pointer kat matrik mesti lebih dari 3.3 tapi setakat yg sy tahu 3.5 dan ke atas jerk yg dapat..tak kira la apa jua bidang pun dia amik utk degree

  9. ruby Avatar
    ruby

    sye student utm..saya nk tanya..sye dpt biasiwa PIDN sepanjang sya menjalani pengajian peringkt diploma…mcm mane saya nk sambung biasiswa ini ke peringkat ijazah…

    1. beliamuda Avatar

      @ruby, untuk peringkat ijazah, anda perlu memohon semula. saya pasti biasiswa tersebut (yang anda dapat sebulum ni) hanya untuk peringkat diploma sahaja.

  10. aishah Avatar
    aishah

    salam…sy dpt twrn ke ijazah pertama di UM…ble permohonan JPA di buka?

    1. beliamuda Avatar

      @aishah, dalam masa terdekat ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge