Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. nieyl Avatar
    nieyl

    salam…nak tnya saya lepasan asasi uitm and akan smbung degree kt uitm julai nie so rasanyer bleh nak apply scholar jpa?gune result asasi kn?

    1. beliamuda Avatar

      @nieyl, dalam masa terdekat ni.

  2. faiz Avatar
    faiz

    bila tarikh permohonan biasiswa dalam negara boleh dibuat

    1. beliamuda Avatar

      @faiz, dalam masa terdekat ni.

  3. zack Avatar
    zack

    bile pidn 2010/2011 boleh mohon? da lame gile tgu… tlg laa lmbt betul.. xupdates ke jpa tu.. xhbis2 dgn piln jeee

    1. Jazz Avatar
      Jazz

      @zack, keputusan pidn dh diumumkn pda 11 jun yg lpas bersama dgn keputusan rayuan piln.. mereka yg tlh memohon utk piln pn bleh dpt biasiswa pidn gak..:)

    2. beliamuda Avatar

      @zack, dalam masa terdekat ni.

  4. zack Avatar
    zack

    @Jazz, itu yg rayuan.. skrg ni ada pidn yg baru tp xtahu biler le mohon.. kenapa lewat bangat. rayuan tu semua orang dah sedia maklum

    1. putri Avatar
      putri

      @zack, mmg application utk pidn lambat…jz tunggu je…time batch sy dl,sume yg dpt cgpa 3.5 confirm2 dpt scholar tu…kna tgu dlm 2 bln lps apply,br dpt result…then after a week gtu akn dpt surat perjanjian…pihak admin U akn umumkn ble leh amek surat tu…sbb slalunye jpa bg surat tu melalui U…

  5. hani_syakila Avatar
    hani_syakila

    saya ada adik lepasan matrix…bagaimana cara sy nak mohon biasiswa di petronas/jpa atau lain2 agensi.sy juga ada call jpa biasiswa untuk dlm negara akan terbuka pada bulan 7 nanti…

    1. didie Avatar
      didie

      @hani_syakila, jpa ada bgtau exact tarikh nye bila??

      1. ain Avatar

        @didie,

        hani_syakilla..bile ea tarikhnyer??
        yuran mahal la…
        pening pale da ni,,

    2. beliamuda Avatar

      @hani_syakila, untuk petronas, dah lama ditutup. btw, tq sebab shara pasal tarikh biasiswa JPA tu.

  6. Stephanie Avatar
    Stephanie

    heloo..sya bru dpt twrn ke upm bg lpsan diploma hri nie..klu nak mhon biasiswa JPA, apa prosedur yg sya perlu wat?Terima Kasih..

  7. fateeha Avatar
    fateeha

    salam.
    sy nak tanye, adakah permohonan biasiswa jpa telah d buka?
    bagaimana cara nak mohon?
    dan adakah sesi interview??

    1. putri Avatar
      putri

      @fateeha, mohon online kt http://esilav2.jpa.gov.my tp lps da umum ble leh apply la…xde sesi interview…aslkn pointer ckup mcm yg die na,insyaAllah dpt…

  8. hani Avatar
    hani

    td sy check kemasukan u…adik sy dapat uum
    aper yer yg patut sy buat…sy nak mohon biasiswa untuk die mcm mane…
    aritue matrix semester pertama die dpt 3.91 & 3.92 semester kedua..

    boleh mintak tunjuk ajar belia muda..

    1. beliamuda Avatar

      @hani, tunggu biasiswa dibuka dulu. iA, dalam masa terdekat ni.

  9. toto Avatar
    toto

    salam…saya nk tanyer..petronas akan buka balik ke tawaran scholarship dorang utk lepasan asasi…atau ade care laen untuk saya dapat scholarship dorang

    1. beliamuda Avatar

      @toto, petronas hanya buka pada waktu terntentu je. cara laen tu tak tahu la.

  10. ashleyna Avatar
    ashleyna

    salam,nak tanye ckit.biasiswa pidn ni utk yg study kat peringkat ijazah je ke? takde biasiswa utk peringkat diploma? TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge