Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. raihana Avatar
    raihana

    saya pelajar uum tahun pertama…boleh x kalu sy nk apply biasiswa PIDN..n cmne kalu result exm xmenepati kehendak jpa…

    1. beliamuda Avatar

      @raihana, kalau result exam tidak menepati kehendak JPA, kemungkinan permohonan anda tidak berjaya agak tinggi.

  2. adi~ Avatar
    adi~

    tumpang tanya..bila tawaran Biasiswa JPA PIDN 2010 keluar..???
    katanya bulan 6..bila ye…??

    1. beliamuda Avatar

      @adi~, mungkin hujung bulan ni.

  3. insan84 Avatar
    insan84

    camner nak check status

  4. zulaika Avatar
    zulaika

    nak tanya boleh tak terangkan berapa jumlah biasiswa dan bagaiman pembahagian elaunnya.. saya sudah dapat biasiswa asasi dan baru2 ini saya ditawarkan biasiswa jpa.. apa pro n kontra nye?

    1. beliamuda Avatar

      @zulaika, sebelum tu, sekarang ni anda berada di peringkat pengajian apa? Biasiswa asasi ni daripada mana?

      1. zulaika Avatar
        zulaika

        @beliamuda, sya sedang mgikuti program asasi sains di uitm.. biasiswa asasi trsebut ditaja oleh kptm

        1. beliamuda Avatar

          @zulaika, o0o. kalau ada tawaran JPA, boleh la ambil. Biasiswa KPTM tu, terhad untuk biasiswa sahaja ke?

          1. man Avatar
            man

            @beliamuda,
            bedasarkan pglaman saye,
            kat asasi um,,
            bdk2 yg da dpt jpa,nanti dorg mintak blek duet kptm,
            rase nye la,,,
            and ad sesetengah yuran yg perlu dbyar,
            tp dpt jpa untung,jpa supot smpai abes dgree kn..

          2. wan Avatar
            wan

            @man, bdk asasi um bru msuk,bleh pohon jpa??n biasiswa tue sampai degree ke??
            minta duit kptm tue mcm mana pulak?kalu dpt twaran smbung bljr kt luar negara..selepas asasi um,tp da ada biasiwa pidn,mcm mana???adakah jpa akn berhentikan biasiwa tue??
            @ kne pohon biasiswa utuk luar negara pulak??

  5. eera Avatar
    eera

    salam…saye sebelum ni penah dapat tawaran biasiswa JPA PILN…tp saye tolak n masuk matrik kat sini…skang saye da abes matrik n alhamdulillah da dapat tawaran ke USM dalam bdang pergigian n akan daftar awal bulan julai tahun ni…

    soalan saye:agaknye kan,boleh x saye mohon biasiswa JPA PIDN pulak ntok sambung ijazah kat USM nnti?

    thanx…wassalam..

    1. beliamuda Avatar

      @eera, insyaALLAH, akan ada peluang untuk mohon biasiswa bagi ijazah di USM nanti.

  6. myazara Avatar
    myazara

    student UPSI boleh apply x?

    1. beliamuda Avatar

      @myazara, saya tak boleh jawab sekarang. nanti kena tengok dalam tawaran apabila ianya dibuka…

  7. azza Avatar
    azza

    salam…sy nk tanya la…dulu sy ade nk apply jpa scholarship but tk blh nk login2 pun kenape ye..

    1. beliamuda Avatar

      @azza, jpa scholarship untuk dalam negara atau luar negara? password dan usernam dah betul?

      1. azza Avatar
        azza

        @beliamuda,
        sy punya password n username mmg betul.. mase tu jpa mmg open for inside pye scholar..
        tpi sy mmg tk blh login.. sy try mtak hntar password kt email sy pn tk ada dpt.. sy takut la masalah ni berulang lagi bile jpa bkk scholarship tahun ni..harap belia muda dapat membantu

        lagi stu sy nk tya..permohonan ni tk blh scra manual ke..maksudnya isi borang ..

        1. beliamuda Avatar

          @azza, kalau tak salah, semuanya dalam talian mulai tahun ni.

  8. zaty Avatar
    zaty

    saya baru je abis diploma dan nak sambung degree akaun di uitm untuk julai 2010..
    kalau sy nak apply biasiswa kene apply yg PIDN ke..??
    kalau ye mcm mana sy nk apply..
    bile borang biasiswa akan dibuka betol ke ujong bulan jun nie..??

    1. beliamuda Avatar

      @zaty, untuk biasiswa JPA, tunggu dibuka nanti (mungkin hujung bulan ni). Kalau anda ada peluang untuk mohon biasiswa lain, dilalu2kan.

  9. sabrina naina Avatar
    sabrina naina

    i got jpa dalam negara.
    is it only for my a levels of with degree??

    1. beliamuda Avatar

      @sabrina naina, hmm., i think that should be in agreement between you and JPA. got one?

  10. izuddin ismail Avatar
    izuddin ismail

    salam
    nk tnye,bila tawaran biasiswa jpa untuk pelajar yg baru masuk julai ni dibuka?

    1. beliamuda Avatar

      @izuddin ismail, dalam masa terdekat ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge