Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. adib Avatar

    nak tnye..
    klu sy lpsn matrikulasi n sy na biasiswa..
    cmne eh?

    1. beliamuda Avatar

      @adib, dah dapat tawaran ke IPT? Untuk lepasan matrik, bagi biasiswa JPA boleh mohon bila ia dibuka nanti.

      1. adib Avatar

        @beliamuda,
        sy da dpt usm..

        1. diela Avatar
          diela

          bila biasiswa jpa akan dibuka?

  2. zul Avatar
    zul

    salam.
    saya dah dpt twran ke usm dlm bidng aero…..
    boleh ke kalo jurusan sy ni dpt jpa PIDN…..???????
    lagi satu, dlm setahun, bpe org yg akan dpt PIDN????

    1. beliamuda Avatar

      @zul, kalau mengenai biasiswa JPA, kena tunggu bulan Jun ni untuk tengok sama ada boleh tak memohon. Saya tak pasti bilangannya berapa orang yang mendapat tajaan di bawah JPA.

  3. dila Avatar
    dila

    bile tarikh permohonan biasiswa JPA PIDN dibuka?

    1. beliamuda Avatar

      @dila, mungkin hujung bulan ni.

  4. mya Avatar
    mya

    http://www.jpa.gov.my/borang/pjawam/bpin2007.pdf
    nie ka borangnya??tp nie 2007 pnya.

  5. wanie ismail Avatar
    wanie ismail

    salam..sy bru nk msuk thun 2 di usm..nk aply biasiswa PIDN,brapa minimum CGPA thun 1 ?

    1. beliamuda Avatar

      @wanie ismail, saya cadangkan kita tunggu sehingga permohonan dibuka untuk melihat syarat dan kelayakan penuh nanti.

  6. myera Avatar
    myera

    bilakah tarikh permohonan JPA dibuka?

    1. beliamuda Avatar

      @myera, mungkin hujung bulan Jun

  7. roslah Avatar
    roslah

    Saya nak tanya kalau pelajar tahun dua kejuruteraan USM, dah dapat keputusan peperikassan, nak masuk ke tahun 3 iaitu semester 5,boleh ke mohon biasiswa JPA

  8. Roslah Avatar
    Roslah

    Boleh ke pelajar kejuruteraan USM (sekarang tahun 2 nak masuk ke tahun 3) dah dapat keputusan peperiksaan sem 4, mohon biasiswa jpa

    1. beliamuda Avatar

      @Roslah, saya cadangkan kita tunggu sehingga permohonan dibuka untuk melihat syarat dan kelayakan penuh nanti.

  9. man sam Avatar
    man sam

    salam,jpa tak taja ke student yg nak smbung blajar kat UIAM?

    1. beliamuda Avatar

      @man sam, saya cadangkan kita tunggu sehingga permohonan dibuka untuk melihat syarat dan kelayakan penuh nanti.

    2. putri Avatar
      putri

      @man sam, jpa taja je student yg na sambung blaja kt uiam….sy pn student uiam,dpt je scholarship jpa PIDN thn lps….

  10. jus Avatar
    jus

    salam. nk tnye, bila biasiswa utk dak2 lpsn mtrik bleh apply eh? n nk apply kt ne?
    bleh bg detail x? 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @jus, buat masa ni, biasiswa JPA dalam negara belum lagi dibuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge