Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. nazrin Avatar

    bestlah info yg diberi kalau boleh bagi banyak-banyak lagi….

  2. nazrin Avatar

    nak tanya ,pidn ada interview ka…. kalau ada sama macam piln ka…. bila boleh pohon ….

    1. beliamuda Avatar

      @nazrin, PIDN tiada interview.

  3. hilmi Avatar
    hilmi

    salam..
    nk tanya, pidn ni nk apply cena?
    bla ley apply?
    sy bdk spm 2009.
    dpt (3A+,4A,2A-,1B+).
    layak x nk mohon.
    sya ade dpt dh twrn dri uniten,utk foundation.
    tp 2 la,xde scholarship susah r.
    tlg xplain sket eh.

    1. beliamuda Avatar

      @hilmi, untuk foundation, tiada tawaran biasiswa ditawarkan oleh mana-mana organisasi.

      PIDN boleh dimohon apabila ianya dibuka kelak.

      1. khyreel Avatar
        khyreel

        @beliamuda, xde biasiswa utk foundation?
        sya pnah tbca,
        kalo pidn punya, diorg taja dri asasi smpai la ijazah.
        foundation 2 bkn asasi ke?

        1. beliamuda Avatar

          @khyreel, mungkin ditawarkan, tapi bergantung kepada maklumat penuh yang diberikan apabila tawaran dibuka nanti. Tahun lalu, peringkat asasi, foundation, matrik dan setaraf tidak layak untuk memohon.

  4. ernie Avatar
    ernie

    bile PIDN ni dibuka? keptusan nye plak bila?

    1. beliamuda Avatar

      @ernie, maybe Jun

      1. ernie Avatar
        ernie

        @beliamuda, jun untuk soalan yg mane satu ni?

        1. beliamuda Avatar

          @ernie, soalan pasal biasiswa tu la…

          1. ernie Avatar
            ernie

            @beliamuda, laaa. tau la. tp kan sy tanya 2 soalan tuu.

          2. shio Avatar
            shio

            @ernie, cm sengal je
            haha

  5. atin Avatar
    atin

    bile nak mohon biasiswa jpa untuk dalam negara???da tutup yer??

  6. nor90 Avatar
    nor90

    salam, beliamuda sy nk tnya adkh pljr lpsn asasi um ke uia ke lyk memohon utk biasiswa jpa?…stu lg bla borang prmhnan biasiswa pidn akn kluar

    1. beliamuda Avatar

      @nor90, kelayakan tu bergantung kepada syarat2 yang dinyatakan dalam borang PIDN. biasanya around Jun baru bukak.

      1. nor90 Avatar
        nor90

        @beliamuda, terima kasih…^^

        1. beliamuda Avatar

          @nor90, sama-sama…

  7. wa Avatar
    wa

    salam..
    klu mnx asasi farmasi kt uia boleh ke dpt biasiswa pidn

    1. beliamuda Avatar

      @wa, saya tak pasti. itu kena lihat dalam syarat tawaran permohonan biasiswa yang bakal dibuka nanti.

  8. shila Avatar
    shila

    emmmm,sya nak tanya…after matrik leh mohon tak biasiswa jpa?????sya tgh tggu tawaran U nak suk ijazah…blh ka 2??

    1. beliamuda Avatar

      @shila, untuk lepasan matrik ke IPTA, ada biasiswa JPA ditawarkan untuk mereka (seperti tahun lalu).

      1. shio Avatar
        shio

        @beliamuda, kalau untuk oversea nye ade x ditawarkan untuk lepasan matrik especially 4 medic

        1. beliamuda Avatar

          @shio, takde rasanya.

  9. ridzuwan Avatar
    ridzuwan

    tp asal iklan kt atas ckp permohonan pidn boleh dilakukan slps rsult spm?? saye da cari tp x de pon

    1. beliamuda Avatar

      @ridzuwan, entah apa mimpi kementerian bawa keluar iklan ni, tapi biasanya biasiswa dalam negara dibuka around Jun.

  10. farhan Avatar
    farhan

    untuk pelajar dr uitm mcm mana?xkan kami x dberi peluang utk memohon???

    1. beliamuda Avatar

      @farhan, kita tunggu tawaran sebenar dibuka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge