Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. shah Avatar
    shah

    pelajar UITM mcm ner lak????

    1. Cik Siti Manis Avatar
      Cik Siti Manis

      @shah, budak UiTM buley je apply.Alhamdulillah,saya dapat! Saya pun budak UiTM! 😉

  2. zakwan Avatar
    zakwan

    nk tnye..
    program biasiswa jpa untuk PIDN ble nk bka?

    1. must92 Avatar
      must92

      @zakwan, aku penah tanya soalan yg sama. belia muda ckp,biasiswa jpa utk pidn slalunya bukak lpas dpt tawaran ke ipta.skarang ni blum ada lg la..

      1. zakwan Avatar
        zakwan

        @must92,
        owhh…
        kna on9 slalu la..
        xde inform pkai sms ke..
        umh ak xde kmpter la..

  3. fadilah binti yusuf Avatar

    saya lepasan stpm 09…bagaimana ingin memohon biasiswa jpa.untuk makluman sy mdpt 3a 1b..adakah saya layak tuk memohon..terima kasih

  4. dzan Avatar
    dzan

    adakah biasiswa JPA PIDN ini telah dibukak atau telah ditutup???
    saya makin keliru, beliamuda boleh tolong jawab????

    1. must92 Avatar
      must92

      @dzan, izinkan sya tolong jwb bg phak blia muda. aku pernah tnya soalan yg sama, biasiswa jpa pidn blum bukak lagi. slalunya lpas dpt tawaran ke ipta..

    2. beliamuda Avatar

      @dzan, masih belum dibuka.

      1. dzan Avatar
        dzan

        @beliamuda, thanks for the info… saya terkeliru dgn comment yg careless person bg….
        coz die ckp die terlepas jgk utk prgrm ijazah DALAM negara…BTW, thanks again…

  5. matt Avatar
    matt

    adakah permohonan program ijazah dalam negara (pidn) dibuka hanya pada mereka yang ditolak permohonan dalam program ijazah luar negara (piln)?
    atau adakah terbuka juga kepada saya, yg tidak memohon piln?
    by the way, saya mendapat 8A bagi spm 2009.

    1. beliamuda Avatar

      @matt, untuk semua. tidak semestinya untuk yang memohon PILN sahaja (setakat apa yang saya tahu).

  6. khai_azreen Avatar
    khai_azreen

    sy nk tau..
    bila dan macamane nak tau kite dpt x jpa-piln ni??

    1. beliamuda Avatar

      @khai_azreen, dah keluar keputusan temuduga tempoh hari. semakan di esila jpa.

      1. khai_azreen Avatar
        khai_azreen

        @beliamuda, khai dah pergi temuduga
        jadi bila saya boleh tau sama ade saya dpt x??

        1. beliamuda Avatar

          @khai_azreen, tak pasti.

          1. khai_azreen Avatar
            khai_azreen

            @beliamuda, ok terima kasih.

          2. beliamuda Avatar

            @khai_azreen, sama-sama.

  7. Ying Avatar
    Ying

    Hi,saya pelajar lepasan stpm 2009….tapi saya masih keliru sgt dgn permohonan biasiswa.saya dpt 2a2b…adakah saya layak dpt tajaan jpa utk meneruskan pelajaran dalam malaysia? sebenarnya saya telah menerima tajaan jpa semasa tingkatan enam..sekarang ingin teruskan…layak ke saya?dan jika layak, bilakah saya boleh pohon? dan adakah saya akan ditaja jika saya mendpt tempat di UTAR? bagaimana pula dgn AIMST dan ROYAL COLLEGE di Ipoh?maaf ya..byk soalan..memang keliru..terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      @Ying, well, ini kena tengok pada syarat semasa tawaran biasiwa tersebut. buat masa ini, tawaran JPA dalam negara, belum dikeluarkan lagi.

  8. Ying Avatar
    Ying

    Maaf..lupa beritahu anda, cgpa saya 3.5..layak ke saya?..maksud saya, dapat jpa dlm negara.thanks.

  9. alin Avatar
    alin

    salam…
    apa syarat2 untuk biasiswa di atas tu??

    1. beliamuda Avatar

      @alin, untuk biasiswa dalam negara, syarat2 nya belum dikeluarkan lagi. biasanya ia akan mengikut jurusan di IPT. dan perkara2 biasa seperti keputusan SPM dan ko-q.

      1. alin Avatar
        alin

        @beliamuda, oh,ok….thanx sudi jwb soalan sye…

        1. beliamuda Avatar

          @alin, sama-sama.

  10. rafi Avatar

    mohon borong biasiswa jpa macam mane?

    1. beliamuda Avatar

      @rafi, dalam negara atau luar? luar dah ditutup. dalam negara belum dibuka lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge