Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. farhan Avatar
    farhan

    salam..saya dapat tawaran temuduga jpa luar negara dulu..tapi saya x pegi temuduga tu sbb saya x berkeinginan nk pegi luar negara..sekarang saya dah ada kat ipts,masok pakai result trial spm..saya nk tnya..ada x lagi jpa bukak tawaran umtuk biasiswa dalam negara selepas result spm kluar?

    1. beliamuda Avatar

      @farhan, biasiswa dalam negara hanya boleh dipohon oleh pelajar yang mendapat tawaran ke IPTA.

  2. fatyn roz Avatar

    salam saudara..

    saya lepasan asasi undang-undang uitm..saya mendapat pointer 3.67 untuk pointer uitm dan 4.0 untuk pointer kptm..
    saya berhasrat melanjutkan pelajaran di Ipta..tapi masih belum menerima surat tawaran..
    adakah biasiswa ini boleh dipohon untuk lepasan asasi yg ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama?

    1. beliamuda Avatar

      @fatyn roz, biasiswa dalam negara boleh dipohon oleh semua pelajar ke ijazah pertama yang layak (ini bergantung kepada syarat tawaran)

  3. nurul Avatar
    nurul

    i went for the PILN interview, but honestly i was not digging for abroad studies. if i offered for the PILN, but i choose not to accept it, is there any possibility for me to be accepted for the PIDN?

    1. boboy Avatar
      boboy

      @nurul, setahu saya tawaran hanya sekali.dan tk boleh di ubah.nasihat saya kalau mahu terima saja apa yang ditetapkan oleh jpa..ok.

    2. beliamuda Avatar

      @nurul, hmmm, that’s depend. Dalam news ada sebut pelajar cemerlang akan diberi peluang untuk menerima lebih tawaran…

  4. akublurr Avatar
    akublurr

    nk tnye ..
    knape utk biasiswa PIDN tu, uia x tsenarai ??

  5. rabiatul Avatar
    rabiatul

    slm…bila biasiswa jpa ini dibuka?

    1. beliamuda Avatar

      @rabiatul, maybe Jun

  6. loi Avatar
    loi

    tu ari sya ada gak pi intrvw piln.dalam intrvw tu sya cakap kat panel, saya klu ada peluang sya nk dlm negara pasal minat cuma saja ambil peluang pi piln untuk realise my hasrat trus kat depa gentlely..depa kata no hal..boleh sngt..pas tu depa kata u mana mau?apalagi sya bgi tau um ka,ukm ka..dia kata sure dapat punya..dan depakata lagi sya boleh l/kurang punya manusia..good..tpi tk tau la nti betui dapat ka tk!tngk la camana..dan dia ada kata gak sapa dah dapat oversea tk boleh minta dalam negara..ada sapa-sapa nk komen!

    1. beliamuda Avatar

      @loi, pasal hal ni, kurang pasti la. ada ura2 kata camtu, tapi ada dalam berita cakap kerajaan beri peluang kepada cemerlang untuk memohon lebih…

  7. didi Avatar
    didi

    salam.. sy nk tnye, permohonan untuk biasiswa pidn sesi 2010/2011 dh kuar ker??

    1. beliamuda Avatar

      @didi, wasalam, belum keluar lagi.

  8. fairuz Avatar
    fairuz

    salam. bile tarikh pmohonan jpa pidn 2010/2011?

    1. beliamuda Avatar

      @fairuz, tak pasti lagi, tapi maybe around Jun…

  9. qatrunnada Avatar
    qatrunnada

    salam…scholar jpa tok lepasan spm dalam negara for diz year da kuar blum.and kalo bley nk tau mne nak carik borang tuh kat sni???

  10. ku_iefa Avatar
    ku_iefa

    bile sy boleh memohon biasiswa jpa untuk ijazah bagi kemasukan 2010??sy student lepasan matrikulasi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge