Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. ika Avatar
    ika

    slm..
    beliamuda…
    sy nk tnye,, post u yg kat atas ni akan dibuka 10mac ni ek?
    lg satu, biasiswa sprt yang di atas ni hanye available utk lepasan spm 2009 je ke?
    klo mcm sy ni skrg, pelajar tahun pertama semester 2, bole mohon x?

    1. beliamuda Avatar

      @ika, untuk pelajar yang dah berada berada di IPT, ada je permohonannya. cuma saya tak pasti sama ada yang atas tu boleh ke tak untuk pelajar selain lepasan SPM.

  2. ikA Avatar
    ikA

    Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

    ayat ni mcm boleh utk status ika je? ke x?
    anyway, iklsn ni drpd mne ye?

  3. zamrizal Avatar
    zamrizal

    salam….saya ingin memohon biasiswa JPA bg program dalam negara tetapi tidak d buka untuk institut tempat saya blajar iaitu kolej universiti insaniah (KUIN)..maknanya mmg xlayak lh ye

  4. AKU Avatar
    AKU

    NAK TNYE PIDN KNE BKE WEB PE?

    1. beliamuda Avatar

      @AKU, esila jpa. tapi skg ni PILN yang sedang dibuka. tak perasan dengan PIDN.

  5. alep Avatar
    alep

    cmne nk mohon biasiswa u dlm negara?

    1. beliamuda Avatar

      @alep, belum dibuka lagi.

      1. faris Avatar
        faris

        faris: saya nak tye … jpa untuk stam belum bukak atau dah tutup???
        sekiranya dah tutup… bagaimana hendak mohon???
        saya dapat 9 mmtz 1 j.jiddan… layak @ x??

        1. beliamuda Avatar

          @faris, maaf, saya hanya alert dengan pembiayaan yang berkaitan SPM sahaja. Mungkin anda boleh semak di laman web MOHE, MOE atau JPA.

  6. nina Avatar
    nina

    salam…
    utk biasiswa dalam negara utk lepsan spm09
    bile akan dibuka???

    1. beliamuda Avatar

      @nina, kurang pasti. boleh bertanya terus kepada pihak JPA (buat masa ni tiada maklumat lanjut).

      1. nina Avatar
        nina

        @beliamuda, syukran ye…

  7. careless person Avatar
    careless person

    Saya dapat keputusan SPM 2009 (3A+,3A,3A-,B+), tapi saya terlepas untuk mohon biasiswa JPA untuk dalam ataupun luar negara, boleh bantu saya apa perlu saya buat untuk dapatkan biasiswa?

    1. ryue Avatar
      ryue

      @careless person, dik,keputusan kamu mmg da cantik, tapi terlepas peluang..the same goes with my brother.
      anyway,try kol org JPA.tnya diorang apa yg blh dibuat dgn kes kamu ni

  8. iqbal Avatar
    iqbal

    sy dpt 3.83 dlm stpm 2009..bleh dpt x biasiswa jpa?

  9. izat Avatar
    izat

    slm..
    biasiswa untuk lpasan matrikulasi bile akn dibUke?

    1. beliamuda Avatar

      @izat, kalau tak silap, mungkin disekitar bulan 5/6 (mengikut keadaan tahun lepas).

  10. niza Avatar

    nak tanye…permohonan biasiswa untuk pelajar lepasan spm 2009 akan dibuka lagi tak?

    1. beliamuda Avatar

      @niza, saya kurang pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge