Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi peringkat ijazah di universiti dalam negara, yang tidak mendapat tempat dalam Program Biasiswa Nasional dan Program Ijazah Luar Negara (PILN).

Biasiswa JPA bagi Program Ijazah Dalam Negara ini ditawarkan kepada pelajar yang akan mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) berikut:

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putera Malaysia (UPM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • University of Nottingham (Malaysia)
  • Monash University (Malaysia)
  • Swinburne University of Technology (Malaysia)
  • Curtin University of Technology (Malaysia)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • AIMST University
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medical Sciences (RCMS)
  • Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
  • Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM
  • University College Sedaya International (UCSI)

Permohonan yang berjaya akan ditaja daripada pengajian peringkat matrikulasi/asasi sehingga ke peringkat pengajian ijazah pertama mengikut syarat-syarat yang ditetapkan institusi terbabit.

Selain itu, tawaran turut dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah dalam program perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, dan sains dan teknologi, pengurusan dan kesusasteraan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Untuk info terkini berkaitan Biasiswa dan Pendidikan, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

279 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Dalam Negara 2010”

  1. fafaslimbam Avatar
    fafaslimbam

    nak tanye..surat tawaran jpa pidn dah keluar ke belum? lps 2 tau x, klu kt uitm shah alam nak ambik surat 2 kt hep ke fakulti je? klu sape2 tau tlg la bgtau yek. Tq…

  2. dida Avatar
    dida

    bila tarikh biasiswa jpa keluar untuk pljr perubatan 09/10?

  3. dida Avatar
    dida

    salah2..,10/11?

  4. Farahfarid Avatar
    Farahfarid

    Saya penerima biasiswa PIDN Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat uitm Perak.sekarang saya adalah penuntut semester akhir diploma tersebut. saya akan melanjutkan pengajian bagi program Ijazah sarjana muda pada disember 2010 ini. saya ingin mengetahui , utk biasiswa ijazah akan datang, adakah perlu saya memohon semula, atau ia dinilai berdasarkan CGPA diploma,,harap dapat sgt membantu, saya perlukan kepastian.

    1. beliamuda Avatar

      @Farahfarid, mengikut apa yang saya tahu, biasiswa sekarang (PIDN Dip) hanya untuk sesi dip anda sahaja. Jadi, untuk ijazah, anda kena memohon semula.

  5. fizah idris Avatar
    fizah idris

    skunk saya ngah ambik asasi kejuruteraan di UITM Puncak Alam bawah PIDN..nk tnye, adakah pihak jpa atau kte sndiri yg akan pilih universiti utk smbung degree?

    1. beliamuda Avatar

      @fizah idris, sebelum tu, saya nak tahu sampai bilakah tajaan JPA anda tu?

  6. eyb Avatar
    eyb

    saya penerima biasiswa pidn..
    macam mana untuk menghantar keputusan peperiksaan semester kepada pihak jpa..??
    terima kasih..

  7. izwani Avatar
    izwani

    bagaimana ntuk memohon biaiswa jpa???

  8. Lily Avatar
    Lily

    Salam, sy nak tanya. Kalau sy mahu masuk UiTM bagi sesi Disember untuk buat Sarjana Muda SC Seni Bina, adakah JPA akan membuka permohonan biasiswa untuk sy? Ada tak disediakan tawaran bagi kemasukan Disember? Jika ada, bila tarikh untuk membuat permohonan? TQ.

  9. ieka Avatar
    ieka

    salam..bila ek iklan permohonan pidn 2011/2012 di buka??

    1. beliamuda Avatar

      @ieka, wasalam. buat masa ni belum tahu lagi.

  10. suhaidah Avatar
    suhaidah

    assalamualaikum…
    saya plajar uitm part 1…. bagi ijazah perakaunan… sya nak tanya ada tak rayuan untuk biasiswa PIDN 2011

    1. beliamuda Avatar

      @suhaidah, waalaikumussalam. saya tak pasti ada ke tak. Kebiasaannya, selepas semakan dibuat, bagi calon yang tidak berjaya, ada pautan khas untuk membuat rayuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge