Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010

Salam sejahtera buat semua.

Logo 20 SBT 2010

Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
  2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
  3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
  4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
  5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
  7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
  8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
  9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
  10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
  11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.
  12. Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra, Perlis.
  13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
  14. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  15. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
  16. SK Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
  17. SK Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
  18. SK Convent Kota, Taiping, Perak.
  19. SK Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
  20. SK Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.

Mengikut Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekolah yang memenuhi kriteria SBT diberikan kuasa autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid. Pelajar juga boleh menamatkan persekolahan lebih awal setahun melalui kaedah lompat kelas.

beliamuda: Baru tahu Sekolah Sains Alam Shah dan Sekolah Sultan Alam Shah adalah dua entiti berbeza.

Disunting semula daripada Utusan Malaysia Online

Comments

107 responses to “Senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2010”

  1. syahida Avatar

    sekolah smstsp dulu zaman saya selalu tangga terbawah dlm sbp.sekarang dah ada dalam list sekolah terbaik.Kagum sangat pada cikgu2 dan pengetua sekolah Syed Putra!

  2. cikgi Z Avatar
    cikgi Z

    sekolah tmpt sy ngajar dpt gak SBT nie..
    dr sekolah kluster ke sekolah berprestasi tinggi..
    tahniah SGGS!!!!

    1. beliamuda Avatar

      @cikgi Z, tahnia juga untuk cikgu2nya.

  3. ash Avatar

    Huhu…sekolah saye takdela pulak tersenarai. Tapi takpe, jadi manusia juge saye 😀
    Nanti masukkan anak-anak jela kat sekolah2 ni. Aduhai lambat lg. Sempat kuar 20kali senarai baru hehehe..

  4. ted Avatar

    salam..
    aku ex-SAS.penah merasa belajar di saskl dan sas putrajaya.cuma skang yang kl dah jadi sains alam shah dan putrajaya jadi sultan alam shah..hehe.
    .-= ted´s last blog ..░ tiada kudrat dan upaya.kerdil di bumi tuhan. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ted, tu la. baru je tahu.

  5. Cody Avatar

    Ko tau tak, tangga gaji beberapa pengetua sklh tu, paling tinggi sekali dlm tangga gaji. Dah tak boleh nak naik gaji lagi dah. Siap boleh pilih sendiri sklh mana dia nak jd pengetua. Pengetua yg sedia ada dia boleh tendang je ke mana-mana sklh lain. Syoknya byk duit
    .-= Cody´s last blog ..Semakan Keputusan Permohonan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional 2010 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Cody, pergh. byk tol.

  6. rye Avatar

    no 16 tu skolah saya!
    yeay!!

  7. wan86 Avatar
    wan86

    Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dulu kini dan selamanya 😉

    1. yatie Avatar
      yatie

      @wan86, btol 2 btol..he3

  8. exb0ne94 Avatar
    exb0ne94

    alah,,,skolah smka sheikh hj mohd said tkde ke???saser hebat sgt ke??…dkt je gn skola shams nih..ble kuar twrn hari tuh,,melambak lak dak skola aku dpt saser..sume nk pegi..jammed tol..saser skrg makin menurun kualiti…

  9. aizuddin Avatar

    sekolah aku tak termasuk pun..entah bila entah nak masuk..hehe
    stf ngn skbbu2 masuk tu..hebat2..
    .-= aizuddin´s last blog ..(Face Your Manga) Buat Avatar Anda Dengan Percuma! =-.

    1. ainur athirah Avatar

      @aizuddin, kesian die……….

  10. Hafiz Majdi Avatar

    Alhamdulillah..saya ex KISAS…seronok tengok sume sekolah2 cemerlang nih..moga2 melahirkan para muslim yg berjuang untuk agama-Nya & bukan sekadar hidup seadanya sahaja..Islam itu di atas & selamaya akan berada di atas..-peace-
    .-= Hafiz Majdi´s last blog ..Bible Bukan Ayat-Ayat Allah =-.

    1. ainur athiraha Avatar

      @Hafiz Majdi, amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge