Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf

Salam sejahtera buat semua.

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2008 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2006 dan sebelum yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

LULUSAN KATEGORI DIPLOMA

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2008 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2008 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA, Politeknik atau IPTS.
  5. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  4. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
  5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; ATAU
  6. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation atau kelayakan yang setaraf; DAN
  7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  8. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 4 Februari 2010
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 5 Februari 2010
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU – 4 Februari 2010
  • USM – 5 Februari 2010

MAKLUMAT

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

Comments

120 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf”

  1. nazatul hazirah Avatar

    as salam..
    nk tnye cmne nk mohon masuk maktab perguruan?
    untuk lepasan spm 2010..tq 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @nazatul hazirah, kalau tak silap, permohonan belum dibuka lagi.

  2. nadia Avatar
    nadia

    salam..saya nak tnya saya pernah ambik stpm 2008 dan thun 2010 saya tlah mngambil lagi sekali..saya ingin tnya adakah saya perlu membeli 2 nmbor id untuk isi borang upu ..sebab saya ingin mengisi untuk tahun 2008 dan 2010…

    1. beliamuda Avatar

      @nadia, tak perlu rasanya.

      1. nadia Avatar
        nadia

        @beliamuda, thank….

  3. Syira49 Avatar
    Syira49

    Nak tanya tentang permohonan untuk masuk ke ipta buka lagi tak?
    Sy ni pelajar foundation di Uniten and akan tamat bln5/6 ni.

    1st nak tanya nak mohon utk upu under kategori ape ek? n bukak lagi tak?

    2nd sy nak mohon untuk ke maktab perguruan. Tau tak link untuk ke page Application tu. eg : moe.etc.etc..

    Tu je nak mintak tolong. Harap2 sangat u guys leh tolg. Thx in advance ^^.

    1. beliamuda Avatar

      @Syira49, masih dibuka. kalau tak silap, di bawah kategori yang sama dengan lepasan matrik, asasi. permohonan ke maktab baru je dibuka, tapi saya tak tahu link application tu.

  4. shy Avatar
    shy

    mn nk tgk syarat msuk u?yg kte plih..

  5. syazrul faez Avatar

    sye nk tnyer,klu bi failed bley x nk smbung blaja ke politeknik.sbb sye x nk da repeat paper julai..harap dpt bntu sye..

    1. beliamuda Avatar

      @syazrul faez, paper BI takleh repeat dalam Julai tu. hmm, pasal poli tu, kurang pasti la.

  6. ain_af93 Avatar

    salam…sy nor ain…ay mnt tuk jd cikgu tapi sy da terlepas permohonan tuk isi borang..apa saye na buat

    1. beliamuda Avatar

      @ain_af93, wasalam, kalau anda dah terlepas permohonan untuk kali ni rasanya anda kena teruskan dengan bidang lain atau tunggu permohonan dibuka lagi pada tahun selepasnya.

  7. nadia Avatar

    kenapa xblas and respon

  8. redsmar Avatar
    redsmar

    salam,saya nak tanya sikit..masih sempat x lau saya beli pin unik id utk masuk ke ipta skrang..??

    1. beliamuda Avatar

      @redsmar, Wasalam. Masih lagi sempat. Pergilah beli sekarang. =)

  9. bawani kumar Avatar
    bawani kumar

    saya pelajar lepasan spm sesi 2010….leps dapat keputusan spm saya sambung belajar di utar….tapi sekarang saya tidak masih lagi belajar kat situ….skrg aku nak sambung belajar kat poli….tapi aku tak pasti,boleh masuk poli ke tak?????????masih boleh dapat bagi pelajar spm sesi 2010 tak?????

    1. beliamuda Avatar

      @bawani kumar, berkenaan hal ni, kena rujuk syarat pendaftaran semasa poli. Kemungkinan, pelajar lepasan SPM 2010 masih diterima.

  10. Stacey Avatar

    This website certainly has all of the info I needed concerning this subject and didn’t know who to ask.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge