Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf

Salam sejahtera buat semua.

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2008 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2006 dan sebelum yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

LULUSAN KATEGORI DIPLOMA

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2008 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2008 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA, Politeknik atau IPTS.
  5. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  4. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
  5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; ATAU
  6. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation atau kelayakan yang setaraf; DAN
  7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  8. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 4 Februari 2010
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 5 Februari 2010
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU – 4 Februari 2010
  • USM – 5 Februari 2010

MAKLUMAT

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

Comments

120 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf”

  1. johnny ramone Avatar
    johnny ramone

    assalamualaikum beliamuda.saya nak tanya no pin untuk intake disember 2010 untuk upu dah buka ke belum ya?saya umur 18 tahun dan nak smbg bljr disember nie ah.tapi x tau dh ada ke belum.tolong lah.thank you

  2. kerdilk Avatar
    kerdilk

    nak tnya permohonan guru bagi lepasan diploma ada x?sy dah da diploma n nak smbung degree di maktab bleh ke camtu?

    1. beliamuda Avatar

      @kerdilk, hmm, kalau pasal guru, saya kurang pasti sikit. maaf.

  3. balqis Avatar
    balqis

    salam,sy nk tnyer mcm sy lpsn stam 2007.. nk kner bli no id gak ker? sbb sy pnh bli n dyer ckp lpsn stam xde dah… umm cmner ek?

  4. balqis Avatar

    salam.sy nk tnyer. cm sy lpsn stam 2007 nk bli id gak ker? bab sy pnh g bli dlu,dyer kate xde

  5. hidayah Avatar
    hidayah

    salam…ana lpsn stam 2010,nk tnye,adkh fasa 1 dan 2 dbuke dlm tempoh 4 januari hgge 4 april trsebut?

  6. ain Avatar
    ain

    salam..
    harap dapat di jawap soalan sy atau terus email sy di aaain__90@yahoo.com.my
    saya seorang pelajar dip perakaunan dan sedang menjalani praktikal sehingga mac 2011..
    setahu saya borang upu akan keluar pada bulan januari ini..
    adakah sy layak utk buat permohonan?walaupun result sem akhir sy belum keluar lg?

    1. nr5450 Avatar
      nr5450

      @ain,
      kata lecturerku,boleh apply..ramai student poli buat macam 2 tapi dengan syarat ain kena amik surat pengesahan tamat pengajian dulu..result guna sem 5.. 🙂

  7. Far Avatar
    Far

    Selamat Sejahtera
    Adakah saya layak mendaftar di USM walaupun saya tidak mengambil MUET?Saya mengambil Diploma dalam Medical Lab Technology dari Masterskill.

  8. jit... Avatar
    jit…

    saye budak baru habis dip,
    layakkah saye nk isi upu untk smbg deg,
    walaupun saye belum ambil lagi muet..
    tolong bagi jawapan sesiape yg tahu..
    terime kaseh sangat2..

    1. bekas pelajar Avatar
      bekas pelajar

      @jit…,
      MUET leh diambil selepas kemasukan ke U… So , anda layak untuk memohon, tp seeloknya ambilah MUET dulu. Anda leh amek MUET pertengahn tahun nie, memandangkan kemasukan U thun nie jth pada Sept..

  9. miaz Avatar
    miaz

    salam..
    saya lepasan stpm 2008 ingin membuat permohonan upu online bg kemasukan ke ipta sesi 2011.saya ingin tahu tarikh buka permohonan upu?

  10. azwin Avatar
    azwin

    salam ..nak tanya..
    tawaran untuk upu kn dah da tutup..
    bila pulak tawaran tue dibuka balik?
    dalam bulan berapa sebab saya terlepas nk isi borang sebelum nie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge