Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf

Salam sejahtera buat semua.

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2008 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2006 dan sebelum yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

LULUSAN KATEGORI DIPLOMA

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2008 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2008 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA, Politeknik atau IPTS.
  5. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  4. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
  5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; ATAU
  6. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation atau kelayakan yang setaraf; DAN
  7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  8. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 4 Februari 2010
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 5 Februari 2010
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU – 4 Februari 2010
  • USM – 5 Februari 2010

MAKLUMAT

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

Comments

120 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf”

  1. david Avatar
    david

    tak dapat apa yang saya harus buat saya nak hubungi cawangan nya di kota samarahan tapi tak dapat sebab saya tak ada nombor talipon mereka

    1. beliamuda Avatar

      @david, cuba cari dulu num telefon mereka di laman rasmi mereka.

  2. punithan a/l krishnan Avatar
    punithan a/l krishnan

    bagi kakitangan kerajaan yang lepasan spm ingin melanjutkan pelajaran di luar kampus uum pjj apakah syarat-syarat yang prlu ada untuk membuat ijazah sarjana muda.

    1. beliamuda Avatar

      @punithan a/l krishnan, oh, kalau pasal hal ni, saya tidak pasti. Rasanya lebih baik jika dapat merujuk terus dengan pihak UUM tu.

  3. rain Avatar
    rain

    saya nak tannya…
    saya nie dari kolej sains kesihatan masterskill..
    boleh kah saya sambung belajar di IPTA/UPU kalau saya mendapat CGPA yang bagus??
    adakah student dari kolej swasta dapat sambung belajar di IPTA???

  4. poly Avatar
    poly

    keputusan permohonan ke IPTA 2010/2011 bila akan umun? TQ

    1. beliamuda Avatar

      @poly, bagi lepasan SPM, keputusan telah pun diumumkan. Bagi diploma, hujung bulan Jun.

  5. wani Avatar
    wani

    bilaka pengambilan akhir tahun utk kmasukan ke ipta januari 2011..diharap dapat bantu…

  6. ira Avatar
    ira

    Salam..
    saya nak tanya,

    saya bercadang nak sambung pengajian dalam peringkat ijazah..
    Saya warganegara malaysia tp parents saya penduduk tetap.
    Saya sedang belajar di politeknik.

    Jadi, bolehkah saya memohon untuk sambung melalui upu? atau perlu menggunakan cara lain..

    terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      @ira, berkenaan dengan masalah macam ni, saya rasa ada baiknya jika dihubungi terus pihak berkaitan.

  7. siti Avatar
    siti

    bila pemohonan untuk diploma pendidikan lepasan ijazah (dpli) dan kpli ambilan 2011 akan dibuka?tlg bantu sy?

  8. Anas Avatar
    Anas

    salam.. bolehkah saya memasuki UPU walaupun belum ambil MUET?
    means, boleh tak ambil peperiksaan MUET semasa tempoh belajar diperingkat degree [sblm grad]??

    harap anda dpt membantu. 😉

    1. beliamuda Avatar

      @Anas, saya pun tak tahu, sebab saya masuk UTP tak ambil MUET pun…

  9. iisya Avatar
    iisya

    salam…
    saya sebenarnya dapat tawaran masuk ipta sesi jul 2010/2011 tetapi saya telah menolak tawaran tersebut disebabkan masalah yang x dapat dielakkan.. saya ingin mengetahui universiti mana yang membuka pengambilan pelajar untuk sesi Disember 2010/Januari 2011 selain daripada UiTM

  10. penang Avatar
    penang

    salam…. kalau hendak memasuki fakulti kejurutaraan dekat usm band berapa yang sesuai ? kalau ipta lain pulak macam mana
    ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge