Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf

Salam sejahtera buat semua.

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2008 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2006 dan sebelum yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

LULUSAN KATEGORI DIPLOMA

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2008 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2008 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA, Politeknik atau IPTS.
  5. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  4. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
  5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; ATAU
  6. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation atau kelayakan yang setaraf; DAN
  7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  8. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 4 Februari 2010
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 5 Februari 2010
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU – 4 Februari 2010
  • USM – 5 Februari 2010

MAKLUMAT

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

Comments

120 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf”

  1. ahmad Avatar
    ahmad

    boleh ke lulusan foudation business ipts yang diluluskan mqa memohon kemasukan ke ipta? adakah di bawah diploma dan setaraf?

    1. beliamuda Avatar

      @ahmad, foundation tu kiranya asasi (setaraf dengan diploma). Kalau diluluskan MQA, boleh la memohon untuk degree.

  2. shaz Avatar
    shaz

    salam.. i nk tnye, i lepasan diploma dari uitm.. now i extnd for a year.. so ingt nak continue back lepas raya nanti for 2010.. mcm mane i nk apply for upu untuk sessi kemasukan 2010/2011 ye..?? dan untuk pengetahuan, i amik diplma in bsnss studies previously, now im still thinkng nak contnue in bsnss jgak but not at uitm.. unvrsty mane yg boleh buat pengecualian credit..? so i wont do the degree level in a long period.. plus.. i nk yg dekat kl.. if okay.. really need ur help on this..

  3. nik Avatar
    nik

    tak ade A leh masuk tak???

  4. Anis Avatar
    Anis

    salam..saya pelajar lepasan Diploma Tesl 2009. Saya xdapat tawaran upu bagi sesi julai 2010 nie jadi saya nk tanya;

    1) Bilakah tarikh kemasukan pelajar sesi disember 2010/2011 dibuka bagi pelajar lepasan Diploma?

    2) Apakah program pengajian yang ditawarkan oleh UITM dan UPSI bagi sesi Disember 2010/2011?

    Saya betul2 berminat nk sambung pengajian dalam Sarjana Muda Pendidikan Tesl…harap mendapat bantuan jawapan daripada saudara…wassalam…
    tq.

  5. Anis Avatar
    Anis

    Saudara tau x mana2 universiti yang menawarkan Sarjana Muda TESL bagi sesi Disember 2010/2011 ni?…i really need the clue…tq.. =)

  6. Pisyek Avatar

    wah, best nye buleh masuk U… hihi…

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, yeay2~

  7. eaka Avatar

    sy stpm 2004 tp bukan sijil penuh hanya sebahagian,sy nak ambil pjj ,tp masih blum faham caranya,dlu stpm ambil course sastera,adakah sy masil layak mohon upu @pjj

    1. beliamuda Avatar

      @eaka, hmm.. untuk upu, rasanya sudah tak boleh. untuk pjj, cuba bertanya pada pihak OUM.

  8. zai Avatar
    zai

    salam…saya seorang guru diploma ingin melanjutkan pljran (PJJ) untuk tahun depan 2011. bilakah tarikh permohonannya…saya sudah byak kali terlepas tariknya…

  9. ziesz Avatar

    salam…saya lepasan diploma kemahiran teknologi pembuatan dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara.saya ingin continue stdy ke degree.bolehkah saya memohon mana-mana ipta yang mempunyai kos sama seperti diatas.bilakah tarikh kemasukan 2011?berapakah cgpa yang layak dengan kelulusan yang saya ada?sekarang cgpa saya 3.31.adakah saya layak untuk menyambung.

  10. mona cyg Avatar
    mona cyg

    saya berminat nk tahu bile leh bli no pin utk upu intaka jan 2011..ari 2 da try julai tp xdek rezeki…hu3..

    1. beliamuda Avatar

      @mona cyg, permohonan kemasukan disember untuk beberapa IPTA dah dibuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge