Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf

Salam sejahtera buat semua.

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2008 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2006 dan sebelum yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

LULUSAN KATEGORI DIPLOMA

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2008 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2008 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA, Politeknik atau IPTS.
  5. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  4. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
  5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; ATAU
  6. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation atau kelayakan yang setaraf; DAN
  7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  8. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 4 Februari 2010
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 5 Februari 2010
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU – 4 Februari 2010
  • USM – 5 Februari 2010

MAKLUMAT

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

Comments

120 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf”

  1. WINNY Avatar
    WINNY

    i lepasan diploma in secretaryship 2009,tapi masih training skarang ni.so,kalau saya nak minta sambung belajar ke maktab perguruan dalam aliran sastera nanti,dapatkah saya?

  2. adam Avatar
    adam

    tlg sye sye nak maklumat bidang kos yang ditawarkan di uum

  3. emma Avatar
    emma

    sya terlepas utk isi kemasukan upu bg lepasan diploma
    bila tarikah akn di buka semula?

    1. beliamuda Avatar

      @emma, saya tak pasti.

  4. noor azrina binti ismail Avatar
    noor azrina binti ismail

    salam,tarikh tamat permohonan bile ye??dan bile pulak nak bukak balik

    1. beliamuda Avatar

      wasalam @noor azrina binti ismail, permohonan seterusnya, saya tak pasti bila…

  5. faizad Avatar
    faizad

    saya stdnt politek….
    saya bleh apply degree guna result sem 5 bleh x????

    1. FAiR Avatar
      FAiR

      @faizad, cube jek… insyAllah dpt

  6. ilung Avatar
    ilung

    saya pemegang foundation business admin dari unitar…..boleh apply untuk upu kah?….saya dah tertinggal upu awal tahun 2010…ada lagikah upu diploma setaraf untuk intake tahun 2010?..bila lagi boleh apply ipta?..saya nak apply degree di ums….tapi saya tak tahu mcm mana

    1. beliamuda Avatar

      @ilung, entah bila pulak ianya akan dibuka. kena tunggu dan alert dengan tawaran semasa.

  7. adam Avatar
    adam

    apa maksud HSC FOUNDATION tu…….sama macam foundation dari unitar ka??????????????

    1. beliamuda Avatar

      @adam, maaf, saya pun kurang pasti pasal benda ni.

  8. adam Avatar
    adam

    tolongggggggg jawab belia muda

  9. NUR ZAHIRA Avatar
    NUR ZAHIRA

    PADA 24 APRIL 2010 SAYA MASUK TEMUDUGA/UJIAN DI MAKTAB PEGURUAN PERLIS UNTUK KEMASUKAN KE USM, BILA KEPUTUSAN UJIAN AKAN KELUAR

    1. beliamuda Avatar

      @NUR ZAHIRA, untuk USM, tahun lalu mereka hubungi melalui SMS dan boleh semak online. Pastu ada hantar surat tawaran.

  10. david Avatar
    david

    saya ingin tanya macam mana minta borang ke unitar bg cawangan kota samarahan sarawak sebab saya nak minta borang untuk diploma pendidikan awal kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge