Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf

Salam sejahtera buat semua.

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2008 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2006 dan sebelum yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

LULUSAN KATEGORI DIPLOMA

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2008 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2008 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA, Politeknik atau IPTS.
  5. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  4. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
  5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; ATAU
  6. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation atau kelayakan yang setaraf; DAN
  7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  8. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 4 Februari 2010
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 5 Februari 2010
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU – 4 Februari 2010
  • USM – 5 Februari 2010

MAKLUMAT

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

Comments

120 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf”

  1. […] Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum […]

  2. Atiqah Avatar

    Salam.Betulke without Muet rsult dh bleh mohon IPTA utk sesi kmskn Julai & trikh tutup pmhonannya 4feb ini?

    1. beliamuda Avatar

      @Atiqah, permohonan untuk IPTA masih lagi belum dibuka. Dijangka akan dibuka pada awal Feb. Mengenai MUET tu, saya kurang pasti.

    1. beliamuda Avatar

      @Atiqah, sama-sama.

      1. nadia Avatar

        kalau lepas spm bagus masuk universiti or kolej

        1. beliamuda Avatar

          @nadia, bukan itu persoalannya. Tengok course dan kemampuan.

  3. jack Avatar
    jack

    bolehkah saya menggunakan keputusan stpm 2003 bagi memohon kemasukan ke ipta sesi 2010/2011

    1. beliamuda Avatar

      @jack, rasanya tak boleh sebab dah lama sangat tu.

  4. podeth Avatar

    setelah selesai membuat permohonan melalui online,adakah segala dokumen perlu di hantar ke ipta pilihan masing2@cuma 1 permohonan brserta dokumen perlu di serahkan ke bahagian pengambilan pelajar yg berpusat di putrajaya,,?

    1. beliamuda Avatar

      @podeth, untuk UPU, (selain USM atau yang dinyatakan) semuanya berpusat dan diuruskan oleh Kementerian. Setahu saya, hanya USM sahaja yang menguruskan sendiri pendaftaran,

  5. Rahaizah Avatar
    Rahaizah

    Tolong email pada saya tarikh permohonanan muet u sesi akan datang dan tarikh pembelian no pin untuk kemasukan IPTA sesi julai 2010/2011.

    1. beliamuda Avatar

      @Rahaizah, maaf, selagi ia belum diumumkan, saya sendiri tidak pasti bilakah.

  6. Rahaizah Avatar
    Rahaizah

    Saya sudah ada diploma perikanan dan sekarang sangat berminat ingin mengambil bidang perguruan…Melalui cara macam mana saya boleh pohon…

    1. beliamuda Avatar

      @Rahaizah, maaflah, saya kurang pasti.

    2. farhana Avatar
      farhana

      @Rahaizah,

      awk try bukak http://www.moe.gov.my
      myb pluang awk de kt sane la..

  7. podeth Avatar

    saya telah memohonan kemasukan lepasan spm 2009 bagi fasa 2.ada beberapa maklumat yang saya kurang faham dan perlukan penjelasan utk saya mengemas kini data tersebut..soalan saya :-
    1)apakah yg di mksudkn dgn GPA &CGPA pada E.Maklumat Kokurikulum?
    2)bagaimana pula sistem pengiraan markah pada GPA &CGPA.?
    3)dalam pilihan pgrogram pengajian,trdapat PERMOHONAN TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA.apakah kaum Bumiputera berkenaan.?

    1. beliamuda Avatar

      @podeth,

      1) Apa yang saya faham mengenai CGPA dan GPA ialah mengenai penggredan dalam akademik.

      2) Pengiraannya bergantung kepada sesebuah universiti tersebut. Kebiasaanya, ada dua bahagian utama dalam pengiraan iaitu, prestasi sepanjang sem (carry mark, coursework) dan markah peperiksaan akhir. ada portion tertentu untuk pengiraan kedua-duanya.

      3) Bumiputera adalah seperti apa yang didefinisikan dalam perlembagaan iaitu, kaum melayu dan bumipitera lain di Sabah dan Sarawak (kaum dayak, bidayuh, kadazan, dusun).

  8. FAIRUZ Avatar
    FAIRUZ

    boleh saya taw, kalo belum ambil Muet bolehkah saya mohon atau diterima masuk ke UPU.
    BOLEHKAH KALO SAYA MOHON PERGURUAN DENGAN BIDANG YANG BERBEZA SEMASA DIPLOMA DULU DAN BERAPA TAHUN AKAN BELAJAR APABILA DITERIMA?

    1. beliamuda Avatar

      @FAIRUZ, maaf. buat masa ini saya tidak dapat menjawab soalan ni. MUET tu, rasanya boleh je ambil masa di IPTA.

      1. FAIRUZ Avatar

        @beliamuda, TERIMA KASIH KERANA MEMBALAS NAK TNYA BILA PERMOHONAN UNTUK PERGURUAN LEPASAN DIPLOMA DI BUKA?

        1. beliamuda Avatar

          @FAIRUZ, untuk lepasan diploma, saya tak pasti. kalau untuk lepasan SPM dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Renda dah dibuka.

          1. jinak Avatar
            jinak

            @beliamuda,tolong saya………

          2. farhana Avatar
            farhana

            @jinak,

            Lepasan Diploma yea???
            em u further jer study amek degree in education..
            my aunt cm u jgak.. juz now dh jd ckgu dh la..

  9. azuan Avatar
    azuan

    saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pada tahun ini tetapi saya dapati tarikh tutup untuk kemasukan pada tahun 2010 ini telah terlepas.jadi macam mana untuk saya teruskan niat saya ini dan bilakah lagi permohonan ini akan dibuka?adakah saya masih berpeluang untuk meneruskan pelajaran pada tahun ini??terima kasih…

    1. beliamuda Avatar

      @azuan, kebiasaanya, ada kemasukan disember. kena alert dengan pengumuman. tak pun boleh berurusan terus dengan pihak MOHE.

      1. lyana Avatar
        lyana

        @beliamuda, askm..saya mau tanya bagaimana mahu memohon untuk msuk ke ums untuk pengambilan akhir tahun-ijazah…saya mmpunyai diploma dr ipts

        1. beliamuda Avatar

          @lyana, saya cadangkan anda rujuk di laman rasmi UMS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge