Salam sejahtera buat semua.
Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.
Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.
- Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
- Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
- Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.
Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA
Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
- Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
- Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
- Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
- Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
- Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
- Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
- Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
| Peringkat | Dalam Negara | Luar Negara |
|
Diploma |
tidak melebihi 35 tahun |
– |
|
Ijazah |
tidak melebihi 40 tahun |
tidak melebihi 30 tahun |
| Sarjana | tidak melebihi 45 tahun | tidak melebihi 35 tahun |
| PhD | tidak melebihi 45 tahun | tidak melebihi 40 tahun |
beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
mcm ne nk dpt kn bntuan biasiswa tajaan mara
@farah, untuk lepasan SPM atau sudah berada dalam pengajian sekarang ni?
salam,
saya pelajar lepasan STPM 09,
1st, bila boleh apply untuk biasiswa mara?
2nd, how to apply?
and third, mara selalunya boleh dapat bila lepas semester pertama di U eh?
thanks
.-= shax´s last blog ..malam-malam di rumah nenek =-.
@shax, semak di sini. http://esilav2.jpa.gov.my/
Jika saya memasuki matrikulasi/ipta,bilakah saya dapat memohon biasiswa jpa/mara?
@fia, kalau masuk matrik, tiada biasiswa yang ditawarkan. untuk IPTA, permohonan boleh dibuat apabila ianya dibuka. Kebiasaannya, biasiswa JPA akan datang dulu.
@beliamuda,matrik 100% persendirian?betolkah selepas mndpt surat tawaran ipta br boleh mohon biasiswa?
@fia, tak pernah pulak saya dengan matrik ada biasiswa. Elaun ada la (rasanya). biasiswa untuk IPTA tu, boleh dimohon apabila ianya dibuka. Saya kurang pasti berkenaan keselarian permohonan biasiswa dengan tawaran ke IPTA.
@fia,
matrik dapat elaun untuk satu sem..
begitu juga dengan asasi
tajaan biasiswa utk lepasan stpm cmne nak mhon yea?
beliamuda
biasiswa ini masih belum dibuka ke?
atau ada kemungkinan bahawa pihak mara tidak akan mengeluarkan langsung biasiswa ini?
harap pihak beliamuda dapat menjawab pertanyaan saya ini.
@maddy, biasiswa untuk lepasan SPM ke luar negara dah dibuka…
@beliamuda, saya bukan lepasan SPM 2009.
saya sekarang berada dalam pengajian tahun 1 prasiswazah. maksudnyer saya xbleh apply kn?
klau ade biasiswa lain yang dibuka, saya harap pihak beliamuda dapat iklan kn disini.
terima kasih
@maddy, prasiswazah ni sama dengan asasi ke? selepas ni bakal sambung dalam atau luar negara?
salam..biasiswa mara untk lpsan spm dlm ngra akan disiarkan ble?
bila permohonan biasiwa mara akn di buka?
@qilah, permohonan untuk luar negara lepasan SPM, baru je ditutup. dalam negara, tidak pasti.
nak tanye…macammene nak apply
@HIRDAYURAHMAT, application boleh dibuat bila ianya dibuka. tpi ni tengok level mana jugak la nak ambil tu.
blh apply lg x skrg?? cmne eh??
@ayu, untuk lepasan SPM luar negara dah ditutup. Untuk program dalam negara, tak pasti lagi.
biasiswa mara ada tak untuk pengajian sarjana/ master dalam negara?
.-= tokeyweng´s last blog ..ExaM owH ExaM…. =-.
@tokeyweng, untuk peringkat master ni, better bertanya terus kepada pihak MARA.