Salam sejahtera buat semua.
Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.
Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.
- Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
- Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
- Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.
Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA
Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
- Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
- Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
- Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
- Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
- Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
- Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
- Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
| Peringkat | Dalam Negara | Luar Negara |
|
Diploma |
tidak melebihi 35 tahun |
– |
|
Ijazah |
tidak melebihi 40 tahun |
tidak melebihi 30 tahun |
| Sarjana | tidak melebihi 45 tahun | tidak melebihi 35 tahun |
| PhD | tidak melebihi 45 tahun | tidak melebihi 40 tahun |
beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
salam,
saya lepasan spm09
dan akn interview mara untuk program luar negara..
tp, ap yg saya dengar,
skrg mara ad financial probs..
student mara xdpt scholar utk 2bulan..
jd boleh tolong beritahu situasi sebenar mara skrg..?
benarkah kenyataan ini?
@nina, saya penerima biasiswa MARA. Setakat ni ok je saya terima setiap bulan.
untuk bdak ex-mrsm yg apply medic..berapa tempat yg mara sediakan ek??
slm, sy akn menduduki spm pd tahun ini dan bcadang utk mlnjutkan pengajian dlm bidang kdoktoran. sblum itu, sy perlu mengikuti matrikulasi dlm bidang sains hyt. adkh sy lyk utk memohon biasiswa mara/jpa jika sy sedang mengikuti matrikulasi? atau sy perlu tunggu sehingga habis mtrkulasi bru boleh memhon utk biasiswa?
@farha, tiada badan yang menawarkan biasiswa untuk pengajian di peringkat asasi atau matrikulasi.
@farha,
setahu saya matrik atau asasi,pihak kerajan menyediakan elaun untuk setiap semester mengikut tahun pengajian..after matrik baru apply biasiswa .
biler biasiswa mara kluar??
tlong carikn maklumat mngenai bila plajar lepasan matrik bleh apply biasiswa mara @ jpa….biasiswa ni prlu apply slps @ sblum msuk u…n kalo nk tnggu biasiswa ni dibuka,bleh beri tempohnya..mgkin ini dpt mmbntu para plajar….
@azzila, PIDN akan dibukan around Jun. masa tu la boleh memohon. biasanya keputusan tu keluar apabila pelajar dah masuk uni.
beliamuda,sy nk tanye,dulu sy mgmbil diploma di uitm,selepas itu sy smbung degree di u yg sama,tetapi sy berhenti sekerat jalan, skrg sy smbung degree di unimas,sy mmg x dpt pinjaman dri mane2 pihak ..adakah sy layak mbuat pinaman mara???
salam, nk tanye klau masuk uitm boleh x buat pinjaman mara???? pastu boleh x bt biasiswa mara???tp cmna eh….
@adia, biasanya, pelajar UiTM akan memohon biasiswa JPA. MARA tak pasti macam mana.
@sufi, pasal pinjaman MARA tu, saya tak pasti. Boleh berhubung terus dengan pihak MARA untuk penjelasan lanjut.
salam…
saya adalah pelajar lepasan matrik n bakal sambung degree…adakh tawrn biasiswa masih dibuka???
dan bgai mane mahu memohon??
tq..
@leya, biasiswa dalam negara masih belum dibuka.
saya bukan ex student mrsm,tp boleh mohon jugak?peluang utk dapat berbanding dgn student mrsm???
@nur, ada je peluang.
Saya nak tahu adakah O level (IGCSE) setaraf dgn SPM? Jika Ya, bolehkah saya mohon guna mana-mana MARA punya institusi spt Uitm dll. Layak kah memohon biasiswa atau pinjman MARA? Saya dengar mesti ambil peperiksaan Bahasa Malayisa? boleh tolong perjelaskan.
@zuriah, yup, setaraf. tapi anda ada kredit untuk BM tak? kalau tiada, memang kena ambil paper BM dulu.
untuk MARA, boleh berhubung dengan pihak mereka terus. saya tiada info buat masa ni.
salam..sy nk tny..
biasiswa mara tok lpasan asasi ble akn klua?