Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Comments

291 responses to “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA”

  1. piqa Avatar
    piqa

    mara ader twaran utk lepasan spm x?

  2. shahril zulkarnain Avatar
    shahril zulkarnain

    salam.. saya merupakan lepasan spm. saya nak tanye berkenaan dengan biasiswa MARA. iklan bila mereka akan siarkan ? pastu saya nak tanye ade sesetengah orang kate kalau buat perubatan di russia especially di Russia x elok sgt dan x bagus..saya ingin melanjutkan pelajaran sy dlm perubatan di russia state medical university…tapi yang sy tau die merupakan kedua terbaik di rusia dan diiktiraf oleh Unesco, who, MMC dan lain2 agensi..ape pendapat anda

    1. beliamuda Avatar

      @shahril zulkarnain, biasanya, iklan akan disiarkan selepas result SPM diumumkan.

      saya tak dapat komen pasal teruk ke tidak di Rusia tu, cuma keadaan negara tu sangat jauh beza, sama ada dari segi gaya hidup dan ideologi. Kita masyarakat yang sopan santun, tapi mereka agak ganas sikit.

  3. Khairul Avatar
    Khairul

    salam.. sy khairul, pelajar lepasan STPM 2009.. Sy nak dptkan kepastian tentang 2 perkara :
    1. Sy sering dengar bahawa MARA menyediakan pinjaman pelajaran MARA kpd pelajar bumiputera yg mengambil diploma atau ijazah di ipts. Pelajar selalunya memohon pinjaman pelajaran mara selepas mendaftar di ipts.. bagaimana pula dgn biasiswa MARA? adakah pelajar hanya boleh memohon biasiswa mara selepas keputusan semester 1 di ipts? adakah ianya sama seperti permohonan biasiswa JPA?
    2. Apakah syarat-syarat kelayakan biasiswa MARA bg pelajar lepasan STPM yg mahu myambung pelajaran di peringkat ijazah?

  4. jauharahnafisah Avatar
    jauharahnafisah

    salam..sy nk tny,sy lpsan stam 09..n ingn mhon pnjmn bg mlnjtkn pljrn ke jordan bg cos ekonomi islam..lyk x utk sy mmhon pnjmn mara?

  5. echa Avatar
    echa

    asslam…
    sekiranya sy ingin memohon biasiswa ini, dalam masa yg sama sy skrng mengmbil pnjaman PTPTN?
    adakah itu d benarkan?

    1. beliamuda Avatar

      @echa, untuk pinjaman PTPTN, setahu saya dibolehkan.

  6. adee Avatar
    adee

    sudah di bukakah utk tawaran pinjaman/biasiswa bagi tahun 2010??

  7. anne Avatar
    anne

    Salam,

    Saya nak tnya, saya ad dgr mara hanya buka tawaran tok spm leavers je taun nie, btol ke?
    Terima kasih byk2 En. Beliamuda 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @anne, setakat ni tak dengar lagi untuk lain2. mungkin boleh tanya pihak MARA terus.

  8. ilham Avatar
    ilham

    salam sejahtera semua,
    nak tanya mara memang takda sponsor seni bina/architechture ye?
    kalau ada jugak peringkat apa? 1st degree…master degree..or whatever?

  9. danish Avatar
    danish

    salam, saya ingin bertanya,bagi sesiapa yang mengambil kursus CAT di UITM,adakah MARA akan memberikan biasiawa ataupun pinjaman? Terimakasih

  10. fasha Avatar

    x da ke biasiswa bagi pelajar UiTM yang mengambil kos yang memerlukan belanja yang tinggi seperti architechture,town and regional planning?x semua pelajar mampu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge