Salam sejahtera buat semua.
Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.
Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.
- Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
- Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
- Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.
Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA
Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
- Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
- Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
- Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
- Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
- Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
- Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
- Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
| Peringkat | Dalam Negara | Luar Negara |
|
Diploma |
tidak melebihi 35 tahun |
– |
|
Ijazah |
tidak melebihi 40 tahun |
tidak melebihi 30 tahun |
| Sarjana | tidak melebihi 45 tahun | tidak melebihi 35 tahun |
| PhD | tidak melebihi 45 tahun | tidak melebihi 40 tahun |
beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.
salam,saya lepasan spm 2009 dari sebuah mrsm..mcm mane saya nak taw borang biasiswa dikeluarkan???
@wani, biasanya akan ada iklan di dada2 akhbar. MRSM mana dulu?
salam,mcm mane ye nak taw borang dikeluarkan??? dan agak2,ia akan d war2kan di nwspaper or what??
form tok utp nk dpt kat mane ey?
@cak, form tuk utp hanya dikeluarkan apabila tawaran dibuka secara online.
salam, sy plajar lepasan diploma, ingin menyambung plajaran sy utk ijazah sarjana muda. sy dpt pointer 3.47 jer. layak ke sy apply utk biasiswa mara? ataupun sy hanya layak mohon pinjaman mara je?
@alin, bergantung kepada syarat2 semasa tawaran tersebut.
salam……sye lpsn spm 2009 ….mcm mane kalaw kite nk blajar kat oversea…..kalaw ade pape yg kene isi boleh bagitaw x…tq
@aaa, untuk biasiswa ke oversea, tunggu iklan keluar masa result diumumkan.
nak tanya, sya baru abis buat master accounting kat upm gna pnjaman pndidikan mara la.. bleh ker mtk rayuan pengurangan bayaran balik sbb sya dpt 3.83 utk master ni..
btw, biasiswa mara or skim pelajar cemerlang yg mara offer tuh utk program master and PHD kt oversea jer ker??? utk study dlm negara diorg xprovide biasiswa ker???
@aina, boleh cuba tanya terus pihak MARA. dengan result yang baik, mungkin boleh.
SPC untuk master ngan PHD tu kurang pasti la sama ada mmg untuk oversea sahaja ke tidak.
a’kum,
saya sekarang sedang menuntut di Robert Gordon University di Scotland,dan dah masuk ke semester 2 di sini.
saya nak tahu bila tawaran untuk SPT MARA dibuka,sebab dah pertengahan bulan 2 masih takde apape berita,setakat ni saya belum apply mana-mana biasiswa/loan lagi..
JPA dah keluarkan iklan,tapi kalau ada pilihan saya nak pilih MARA SPT..
siapa-siapa yg ada mklumat lanjut boleh kongsi?
@kerol, entahla. saya pun tidak pasti bila pihak MARA akan membukanya.
lagi satu,katakan saya dah apply JPA,let say dalam bulan depan MARA SPT punya offer dah buka,boleh ke kalau saya nak cancel-kan application JPA tu?sebab takut kalau2 saya dah apply JPA peluang nak apply SPT MARA dah takde..
@kerol, nak cancelkan application tidak boleh (setahu saya), kecuali jika anda dapat, lalu menolaknya.
bro,
cner n ktne nk apply biasiswa utk ijazah luar negara?
sy umur 21.nk apply jpa tp xdpt sbb diorg nk umur 18 and below sja.
@lin88, kalau anda tidak layak untuk JPA, anda boleh apply biasiswa lain yang ditawarkan oleh badan2 lain di luar sana, cuma ianya lebih ketat dan terhad.
dah dibuka ke permohonan utk biasiswa mara??
@ernie, mengikut maklumat yang saya tahu, belum lagi.