Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Comments

291 responses to “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA”

  1. ana yang maulana Avatar
    ana yang maulana

    salam bro…nak tanya skit nie…saya ada diploma..pinjaman dulu ngan ptptn…pas2 skang nie da apply untuk dgree..bole x kalo nak dapatkan pinjaman mara sedangkan ipt tersebut ditaja ptptn? ok mekasih bro kalo sudi menjawab…..huhu…

    1. beliamuda Avatar

      @ana yang maulana, saya kurang pasti. kebiasaan, pelajar IPTA lebih banyak memohon dengan JPA. tapi, jika ada, tiada masalah untuk memohon.

  2. muhd Avatar
    muhd

    assalam..saudara bila borang spc tahun ni nak kluar??sbab bagi tahun 2009,26 januari lagi pemohonan dah ditutup dah..dan bagi pengajian luar negara,penginapan perlu kita usahakan sendiri ya??

    1. beliamuda Avatar

      @muhd, oh, yg tahun lepas awal eh? tahun ni masih lagi belum dibuka. sejak awal bulan januari, saya membuat semakan di laman web MARA, masih lagi tiada berita.

    2. beliamuda Avatar

      @muhd, pasal penginapan tu, kawan2 yang berada di luar negara memang cari sendiri penginapan.

  3. Muiz Avatar
    Muiz

    salam bro,
    apa kelayakan utk peljar lpasan matrikulasi uia bgi memohon biasiswa JPA?adakah sma dgn lpsan mtrikulasi yg laen?

    agk2 kalau pointer kt matrik dpt 3.2, ade pluang dpt biasiswa x?
    lau leh reply kt email..thnx bro..

    1. beliamuda Avatar

      @Muiz, wassalam. saya kurang pasti apakah kelayakannya. tapi, kalau matrikulasi itu setaraf (seperti Asasi) rasanya tiada masalah untuk memohon.

      Minimal pointer tu, bergantung kepada jurusan yang dipohon juga. ada sesetengah jurusan memerlukan keputusan yang tinggi sebelum boleh memohon biasiswa.

  4. maddy90 Avatar
    maddy90

    salam bro

    saya harap apabila biasiswa ini telah disiarkan, minta pihak beliamuda dapat menghantar notification ke emel saya..

    terima kasih sgt2

  5. shadia Avatar
    shadia

    tawaran biasiswa jpa dah kuar ke belum??? saya harap apabila tawaran telah dibuka, beliamuda dapat hantar notification ke email saya. terima kasih…

  6. faiz Avatar
    faiz

    hope saudara dpt emel kn kpd pabila tawaran itu dah d buka atau segera postkn di blog saudara ini. terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      @faiz, insyaALLAH…

      1. faiz Avatar
        faiz

        @beliamuda, pinjaman mara dah keluar ke?

        1. beliamuda Avatar

          @faiz, merujuk kepada keadaan semasa, tiada kedengaran lagi.

  7. nur_cahaya Avatar
    nur_cahaya

    saudara,saya nak tahu permohonan biasiswa MARA ni boleh dimohon oleh pemohon lepasan ijazah pertama? maksud saya untuk sambung master ke luar negara.website yg saudara bagi kat bahagian atas tu syarat2nya adalah belum mengambil ijazah pertama..

    1. beliamuda Avatar

      @nur_cahaya, untuk selain ijazah pertama, lebih baik merujuk terus kepada pihak MARA. Saya kurang pasti selain tawaran untuk ijazah pertama.

  8. shadia Avatar
    shadia

    bagaimana pula dengan biasiswa mara, adakah tawarannya telah dibuka?

    1. beliamuda Avatar

      @shadia, tawaran masih belum dibuka. biasiswa yang dibuka kepada lepasan SPM adalah selepas result diumumkan.

  9. dilae Avatar
    dilae

    ble tarkh sebenar biasiswa mara akan dibuka..harap dapat infom seawalnyer k..tq…

    1. beliamuda Avatar

      @dilae, menurut sumber tidak rasmi, pada hari result SPM dikeluarkan, baru ianya akan diiklankan.

  10. feera Avatar
    feera

    btul ke result kuar 28/2/10 ni….
    sy aser last year kuar 12/03/09….
    huhu mintak perjelasan..

    1. beliamuda Avatar

      @feera, kalau pasal tarikh result tu, saya kurang pasti. huhu~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge