Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Comments

291 responses to “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA”

  1. fareez Avatar

    salam beliamuda,
    saya student ipta sesi 2009/2010 second intake…skng lam sem 1
    saye terbaca dalam 1 artikal yang biasiswa mara just untk student ipts shj,btl ke?
    saya bole apply x untuk sem ini?
    .-= fareez´s last blog ..Bertamu di kalbu – Jaclyn Victor =-.

    1. beliamuda Avatar

      @fareez, saya kurang pasti tentang kebenaran ni. nanti saya akan rungkaikan balik. lagipun, saya student IPTS dan mmg peminjam MARA.

  2. azahana Avatar
    azahana

    salam…
    kalau tgk kat laman web MARA,ade e-eduloan..
    pas 2 ade e-form untuk yg nak isi manual..
    utk borang permohonan yg manual 2 dah blh hntr ke kalau dah isi dgn lengkap??
    ke kena tnggu akhir jan ni jgk??

    1. beliamuda Avatar

      @azahana, e-eduloan sedang dikemaskini sekarang. kalau boleh download, try dulu.

  3. may Avatar
    may

    nak apply biasiswa. akhir jan ni kah borang d keluarkan?

    1. beliamuda Avatar

      @may, sepatutnya la…

  4. dila Avatar
    dila

    ble biasiswa mara akn dibuka

    1. beliamuda Avatar

      @dila, supposedly awal bulan Feb.

  5. fara Avatar
    fara

    hope saudara dpt update blog ni.. sy hendak cuba biasiswa ini melalui berita d blog saudara. terima kasih

    1. beliamuda Avatar

      @fara, saya akan cuba yang termampu.

      1. fara Avatar
        fara

        @beliamuda, btulkah biasiswa mara ini x terbuka pd peajar degree sepenuh masa?? saya dgr khabar angin mcm 2..

        1. beliamuda Avatar

          @fara, saya pelajar degree sepenuh masa, dan saya biasiswa MARA. Biasanya, pelajar half time la jarang ditaja.

  6. aaa Avatar
    aaa

    salam….saye lepasan spm 2009…klaw biasiswa mara yg akn keluar akhir jan ni saye perlu mohon berdasarkan result trial ke…

    1. beliamuda Avatar

      @aaa, permohonan bermula awal Feb. tapi masih dirujuk pada result SPM. Permohonan menggunakan result trial adalah terhad.

  7. -nanie- Avatar
    -nanie-

    saya plajar yg ambk spm taon lpas..
    sy nk tnye,adkh kputusan trial akn di ambil kire jgk untk dpt biasiswa nie????
    n sy nk ambk course akaun n sy dpt a dlm trial..

    1. beliamuda Avatar

      @-nanie-, tak, ianya akan dirujuk kepada result SPM sebenar.

  8. rubby Avatar
    rubby

    adakah permohonan ke asasi terdapat dalam borang upu @ borang matrikulasi? atau kita perlu mohon secara berasingan? bila kita boleh start mohon asasi? sekarang @ kne tggu result spm kluar? camne nak apply kemasukan ke asasi? perlu beli no Id mcm untu upu ngan matrik ke? terima kasih kerana sudi menjawab..

    1. beliamuda Avatar

      @rubby, kemasukan asasi ada cara tersendiri. boleh semak dalam entri blog saya ni. cari asasi di ruangan search.

  9. shookx Avatar
    shookx

    Boleh tak terangkan bagaimana CGPA diploma atau ijazah pertama mempengaruhi kadar bayaran balik pinjaman,saya agak keliru dengan bermacam-macam teori dari rakan-rakan,saya cuba cari di laman web tak jumpa pula,kalau boleh disertakan dengan link laman web lagi bagus,terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      @shookx, saya tidak dapat memberi pengesahan kepada hal ni, tapi ada bekas pelajar biasiswa MARA mengatakan hal ni. adalah lebih baik jika dirujuk terus kepada pegawai MARA. Lagipun, perkara ni boleh berubah mengikut polisi semasa MARA.

  10. dila Avatar
    dila

    salam..ad tak mane2 biasiswa yang buka tok tahun 1 sem 2???ble akn dibuka ea..

    1. beliamuda Avatar

      @dila, mungkin ada. nanti boleh semak dalam tawaran biasiswa yang bakal dibuka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge