Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Comments

291 responses to “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA”

  1. najiah Avatar
    najiah

    salam,
    bila syarat tawaran mara keluar??

    1. beliamuda Avatar

      @najiah, kalau tak silap, sepatutnya hujung bulan ni.

  2. shida Avatar
    shida

    actually sy dah ade degree..BSc in Environmental Health and Safety (Hons). sy plan nak further in master kat oversea..bleh bg cdgnn ttg biasiswa mara?

    1. beliamuda Avatar

      @shida, buat masa ini tiada tawaran biasiswa daripada MARA yang dibuka. jadi, saya rasa lebih baik sehingga tawaran dibuka pada hujung bulan ini (sepatutnya).

  3. shadia Avatar
    shadia

    sy lepesan spm 2009. ade mase lg ke tuk mohon. bile tawaran bukak eh???

    1. beliamuda Avatar

      @shadia, permohonan untuk biasiswa MARA masih belum dibuka.

  4. teya Avatar
    teya

    mara hanye wat pinjaman eh? klu sy lepasan matrik dan akan msok u bln 4 naty…adakah sy boleh apply?

    1. beliamuda Avatar

      @teya, MARA ada menawarkan biasiswa. Istilah yang digunakan, pinjaman boleh ubah.

      Saya tidak dapat menjawab mengenai pertanyaan anda sebab itu tertakluk kepada syarat kelayakan dalam tawaran yang bakal dibuka nanti.

  5. maddy90 Avatar
    maddy90

    salam
    saya pelajar tahun 1 sem 2 di ukm degree in psychology.
    saya nk tahu,MARA akan sponsor x klau saya nk lanjutkan pelajaran saya ke luar negara dalam jurusan psychology?
    berape pointer yg diterima?
    and kt mane nk check senarai Universiti2 overseas yang di akreditasi oleh MARA?
    thank you

    1. beliamuda Avatar

      @maddy90, buat masa ni, saya tidak dapat menjawab sebab tawaran masih lagi belum dikeluarkan. syarat tawaran boleh dilihat nanti.

  6. ima Avatar
    ima

    nk tnye…
    agk2..
    ble yek tarikh pemohonan akn d buka??

    1. beliamuda Avatar

      @ima, sepatutnya awal bulan 2.

  7. wanji Avatar

    Assalamualaikum,

    Saya pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik USM. Pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara penulis kerana berjaya menghasilkan laman web yang penuh dgn info ini untuk tatapan bersama.
    Saya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah tajaan MARA. Di sini terpanggil utk saya bertanya. Adakah MARA akan memberi tajaan dalam bidang yang sewaktu dgnnya? Contohnya sarjana dalam bidang sains forensik atau criminology? Apa yg saya tau bidang ni masih baru di Malaysia dan belum mendapat perhatian kerajaan, walaupun bidang ini ialah antara bidang yg paling penting dan paling diberi keutamaan di negara2 luar. Sekian.

    1. beliamuda Avatar

      @wanji, Waalaikumussalam. Saya tidak dapat memberi jawapan tepat untuk pernyataan ini sebab syarat kelayakan pemohon hanya akan dipaparkan apabila tawaran keluar. Boleh semak apabila tawaran itu keluar nanti.

  8. Tya Avatar
    Tya

    Bile borang permohonan untuk biasiswa mara 2010 nak kuar? saya nk mohon untuk sambung degree di UK intake September 2010..

    1. beliamuda Avatar

      @Tya, kebiasaannya penghujung bulan jan.

  9. shikin Avatar

    sy pljar lepasan spm2009 dan ex student sek b’asrama penuh..bila borang permohonan biasiswa mara akan dikeluarkan?adakah tinggi harapan sy untuk mendapatkannya?boleh tak pihak tuan memaklumkan kepada sy di alamat emeil sy?terima kasih banyak…

    1. beliamuda Avatar

      @shikin, saya sarankan awak semak sendiri bila tawaran dah keluar nanti. buat masa ni saya tidak dapat menjawab soalan awak. bila tawaran keluar nanti, saya mungkin akan masukkan dalam blog ni. bergantung kepada keadaan.

  10. Bnk Avatar
    Bnk

    Tuan website,

    Sayan ingin mendapatkn pendapat berhubung lanjutan pembelajaran. Saya lepasan diploma.Ingin menyambung pelajaran seawal tahun ini.Adakah perlu saya mendapatkan surat tawaran universiti dulu atau sponsorship MARA dahulu?

    Terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      @Bnk, adalah lebih baik dapatkan tawaran uni dulu. tapi, kalau tawaran MARA yang keluar dulu, nnt boleh semak dalam syarat tawaran tu macam mana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge