Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Comments

291 responses to “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA”

  1. Azmeer Avatar
    Azmeer

    bro, mana nak check ape yg MARA ade offer ? rasa cam nak buat master overseas.

    1. beliamuda Avatar

      @Azmeer, mengikut apa yang saya tahu, tawaran masih belum dibuka untuk tahun 2010. kalau tengok tahun lepas, akhir jan tawaran tu dibuka. nanti tawaran dibuka, saya akan cuba warwarkan di sini.

    2. zila Avatar
      zila

      @ZILA,
      Bila ye BORANG PERMOHONAN BIASISWA MARA dikeluarkan?

      1. beliamuda Avatar

        @zila, kalau tak silap dalam penghujung bulan ni. berkenaan pertanyaan asal anda, saya kurang pasti. anda boleh tanya terus kepada pihak MARA.

  2. syeera Avatar
    syeera

    sy student mrsm, calon spm 2010..
    ape pluang yg sy ad utk dpt biasiswa tu??
    pointer kne bpe??

    1. beliamuda Avatar

      @syeera, kalau anda sudent mrsm, peluand anda lagi tinggi. cuma pastikan anda score elok trial spm, ada peluang untuk dapat skim under SPC. yg ni boleh tanya lebih lanjut dengan kaunselor. mrsm mana ni?

      1. syeera Avatar
        syeera

        @beliamuda, sy kat salah sbuah mrsm bitara..
        persaingan kat sini agk byk, ade ke pluang utk sy?
        skurang-kurangnya bpe pointer yg perlu sy dpt mse exm trial spm?

        1. beliamuda Avatar

          @syeera, saya juga bekas student MRSM bitara. lebih baik pointer, lebih peluang untuk memohon. ingat, semakin ramai yang dapat lebih tinggi daripada anda, lebih payah.

  3. bella Avatar
    bella

    saya student sarjana muda di uitm ..saye nak tanye xade ke biasiswa untuk student dlm course art and design ,bukan ke course kami agak banyak memerlukan kewangan cth nye dlm bidang fotografi yg perlu membeli camera.

    1. beliamuda Avatar

      @bella, Boleh semak dalam tawaran biasiswa JPA atau MARA. Rasaya ada. Mungkin yang yang ditaja oleh organisasi berkaitan. Boleh semak dalam tawaran biasiswa lain yang ada dalam blog ni.

  4. naz Avatar

    aku kena byr penuh. cgpa bwh 3.hoho. mbr aku ade sorang tak pyh byr langsung & dpt sponsor lg further study ke jerman. hidup ngn mara best.hehe. yg penting score pointer. =O
    .-= naz´s last blog ..Kontroversi penggunaan nama Allah : Gereja di bakar =-.

    1. beliamuda Avatar

      @naz, oh, ko dah abeh belajar eh. aku masih lagi otw. harap2 tak kena bayar sume. sikit pun jadi la…

  5. ira Avatar
    ira

    camner nak tau klau ada biasiswa yg sesuai ngan saya?
    boleh tolong x?

    1. beliamuda Avatar

      @ira, err? sesuai yg macam mana? tawaran biasiswa MARA belum lagi dikeluarkan.

  6. baity Avatar
    baity

    salam, hi harap dpt bg info bile tawaran dibuka k, tq 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @baity, jangan lupa untuk dtg sini dari semasa ke semasa.. 🙂

  7. shida Avatar

    klu sy dah bekerja dan nak quit utk smbg blajar,agak2 ade harapan x nak mtk mara scholarship?

    1. beliamuda Avatar

      @shida, tengok apa bidang yang awak nak ambil. rasanya kalau untuk ijazah pertama, susah sikit. sarjana dan PhD ada peluang lagi.

  8. nisha Avatar
    nisha

    salam, nk tanye, kalau amik master dlm pendidikan, ada peluang ke nk mintak scholarship ni?

    1. beliamuda Avatar

      @nisha, selagi syarat umur tu lepas boleh rasanya. cuma kena tengok apabila tawaran dibuka nanti apakah jurusan yang ditaja…

  9. nasyitah Avatar
    nasyitah

    salam…. saya plajar matrik sesi 09/10… rasa2 bleh ke sye mohon biasiswa mara utk futher study ke oversea??

    1. beliamuda Avatar

      @nasyitah, boleh je rasanya. tengok la nanti dalam syarat tawaran yang akan dibuka dalam masa terdekat ni.

  10. nurul hazwani Avatar
    nurul hazwani

    salam,, saya pelajar ijazah pendidikan awal kanak-kanak di UPSI. untuk pengetahuan anda, course pendidikan awal kanak-kanak ini salah satu course ‘open market’ iaitu pasaran terbuka di UPSI. Layak kah saya untuk memohon scholarship ini?

    1. beliamuda Avatar

      @nurul hazwani, saya tidak dapat memberi jawapan yang tepat untuk pertanyaan anda. adalah lebih baik untuk saudari melihat sendiri tawaran yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. saya akan paparkan tawaran tersebut di blog.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge