Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Comments

291 responses to “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA”

  1. fakhrul Avatar
    fakhrul

    bila saya boleh apply borang utk biasiswa JPA.. apakah syarat kelayakannya??

  2. nina Avatar
    nina

    saya semester kedua,uitm.blh ka saya mohon untuk biasiswa mara atau jpa?bila buka?

    1. beliamuda Avatar

      @nina, permohonan di buka sekitar Julai/Ogos.

  3. wabie Avatar

    bile permohonan biasiswa mara akan dibuka??sila beri tarikh..

  4. hana Avatar
    hana

    salam…biler permohonan biasiswa tuk lepasan mtrik 2010/2011 dibuka?

  5. shasha Avatar
    shasha

    mara ade pinjaman untuk degree di multimedia university x?

    1. beliamuda Avatar

      @shasha, saya kurang pasti. kena rujuk kepada pihak MARA.

  6. fify Avatar

    mara ada sponsor untuk pjj tak??

    1. beliamuda Avatar

      @fify, kalau tak silap, MARA sponsor untuk pengajian sepenuh masa je.

      1. fify Avatar

        ala yaka??='( fy nk wat pjj…

  7. noor harfizah Avatar
    noor harfizah

    ehh, nak dapatkan bantuan drpd JPA/MARA neh, kene results SPM bagus ke ea? nak semua A ke? 😀

    1. beliamuda Avatar

      @noor harfizah, the better ther higher the chances.

  8. carol Avatar
    carol

    Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia, adakah pelajar MRSM yang bukan bumiputera tidak layak mendapatkan sebarang biasiswa MARA untuk belajar di luar negara? Terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      @carol, Saya tak dapat nak beri kepastian mengenai jawapan ini, tetapi setahu saya tidak boleh. Harap anda boleh merujuk kepada pihak MARA.

  9. din Avatar

    saya mohon agar biasiswa untuk pelajar cemerlang dikurangkan kerana sebahagian dari mereka ialah dari keluarga yang senang sedangkan ada lagi golongan yang lebih memerlukannya

    1. beliamuda Avatar

      @din, Kenapa minta biasiswa dikurangkan? Bukan ke lebih baik mencadangkan sistem agihan yang lebih adil?

  10. rey Avatar

    nak tanya bila permohonan biasiswa utk undergraduate yg akan melanjutkan pelajaran ke peringkat degree bulan sept 2011 akan dibuka?

    1. beliamuda Avatar

      @rey, adakah anda merujuk kepada biasiswa MARA?

      1. rey Avatar
        rey

        @beliamuda, yup

        1. beliamuda Avatar

          @rey, berkenaan dengan biasiswa MARA, saya kurang pasti. Kalau JPA, ya, memang sedang dibuka.

          1. rey Avatar
            rey

            @beliamuda, ok la macam tu..jpa dah apply, skrg nak tau pasal MARA plak

          2. beliamuda Avatar

            @rey, MARA macam kurang open sikit pasal biasiswa. seingat saya, mereka hanya buka semasa tawaran bulan Mac. Selain daripada itu, saya kurang pasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge