Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Comments

291 responses to “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA”

  1. sya Avatar
    sya

    saya pernah menangguhkan pengajian sebelum ini.pengajian tersebut ditaja oleh mara.saya telah mdapat surat untuk mbayar pinjaman tersebut secara ansuran.tetapi saya masih bminat untuk mlanjutkn pelajaran dan belum bekerja..adakah saya layak untuk mbuat pinjaman semula..saya sudah berumah tangga..

    1. beliamuda Avatar

      @sya, itu kena merujuk kepada pihak pemberi biasiswa. saya tidak dapat memberi apa-apa pandangan dalam hal ini.

  2. isz Avatar
    isz

    saya sekarang blajar kat kolej matrikulasi..
    kalau saya melanjutkan pelajaran ke universiti awam,saya layak ke tak untuk mohon biasiswa mara??

  3. cah Avatar
    cah

    harap dapat info pasal MARA secepat mungkin.
    thanx

  4. muiz Avatar
    muiz

    ada tajaan biasiswa untuk ‘aviation’ tak ??

  5. suriati Avatar
    suriati

    slm..sya studnt ipts..amk course biomedic..br nk apply mara..tp ada org ckp mara dh xtaja lg..xtau nape..dhtu…skang dh xgna borang..online je..btl ke..

  6. nor Avatar
    nor

    Salam, saya pelajar IPTA dari kursus kejuruteraan geomatik, ingin bertanya adakah MARA menyediakan biasiswa untuk kursus seperti ini? Jika ada, apakah syarat kelayakan untuk memohon? Adakah sama seperti kursus kejuruteraan yang lain?

    1. beliamuda Avatar

      @nor, Wasalam, untuk pertanyaan yang spesifik seperti ini, adalah lebih baik merujuk terus kepada pihak MARA.

  7. ella Avatar
    ella

    salam…
    MARA ad sediakan biasiswa/pinjaman x tok pengajian diploma politeknik???

    1. beliamuda Avatar

      @ella, wasalam. rasanya tidak ada.

  8. rafli Avatar
    rafli

    askum,saya nak tanya bilakah tarikh pembukaan permohonan biasiswa MARA 2011?,trima ksih

    1. beliamuda Avatar

      @rafli, belum diketahui.

  9. nysa Avatar

    ipts boleh ke untuk mohon biasiswa mara?
    result sem 1 dah dapat
    dapat 3.93
    layak ke untuk mohon?

    1. beliamuda Avatar

      @nysa, MARA ada menyediakan biasiswa untuk IPTS, tapi mungkin bukan semua institusi boleh memohon.

  10. fara Avatar
    fara

    bilakah biasiswa mara akan dibuka bagi lepasan spm 2010?
    apakah bidang yang akan mara tawarkan biasiswa pada 2011?

    1. beliamuda Avatar

      @fara, permohonan biasiswa biasanya dibuka selepas keputusan SPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge