Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Comments

291 responses to “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA”

  1. emi Avatar
    emi

    salam.. sy pelajar fisioterapi di kolej universiti MAHSA. adakah mara menyediakan biasiswa/pinjaman dlm bidang ini? d

    1. beliamuda Avatar

      @emi, buat masa ni, saya kurang pasti mengenai bidang yang ditaja oleh MARA.

  2. siti Avatar
    siti

    mara x menaja untuk kos pndidikan??

  3. roseateera Avatar
    roseateera

    salam beliamuda
    sy nk tny psl system online mara..blh x??

    1. beliamuda Avatar

      @roseateera, wasalam. nak tanya pasal apa?

  4. roseateera Avatar
    roseateera

    sy nk tau tntg permohonan melalui system on9..
    adkh ia bgz???

    1. beliamuda Avatar

      @roseateera, saya kurang pasti. Anda boleh mencuba. Saya dalam proses menghubungi pihak MARA untuk perkara berkaitan.

  5. roseateera Avatar
    roseateera

    sy hny nk wt research jeee
    so xleh nk cuba..
    t kne apply..
    huhu
    sbb 2 sy jz nk mntk p’dpt jee
    tq yeee
    klw ad mklmt share la ngn sy ek…
    ~peace~

    1. beliamuda Avatar

      @roseateera, o0o, macam tu. nanti ada maklumat, memang saya akan kongsikan di blog ini.

  6. roseateera Avatar
    roseateera

    ok..
    time kaceh…
    p’tlgn anda amat d hargai…

    1. beliamuda Avatar

      @roseateera, sama-sama.

  7. azah Avatar

    salam..saya adalh lulusan dari kolej komuniti dan skrg adalah suri rumah sepenuh masa,saya teringin untuk melanjutkan pelajaran dan bercadang untuk mengikuti program pendidikan jarak jauh,tp d’sbbkan saya kurang b’kemampuan dr segi ekonomi,saya ingin memohon biasiswa dari mara..adakah mara menawarkan biasiswa untuk program pendidikan jarak jauh?

    1. beliamuda Avatar

      @azah, saya tak pasti sama ada MARA ada menawarkan biasiswa untuk PJJ. Yang ni kena rujuk kepada MARA.

  8. Sayyid Avatar
    Sayyid

    adakah lepasan matriks, foundation di mana mana universiti yg cemelang result nya layak memohon pinjaman mara untuk melanjutkan pelajaran di luar negara?

  9. Dayang Avatar

    salam..sya nak tanya bila baru ada buka untuk permohonan biasiswa mara ini?adakah hanya pelajar lepasan Maktab Rendah Sains Mara sahaja yang layak untuk memohon?kalau sya ini boleh ke untuk memohon @ macam mana?terima kasih atas perhatian.

    1. beliamuda Avatar

      @Dayang, biasiswa MARA ni terbuka kepada semua bumiputera.

  10. aznor iskandar Avatar

    sLam, mcm mane nk buat permohonan mara?melalui borang atau online? sAye penuntut politeknik sesi jun 2010..

    1. beliamuda Avatar

      @aznor iskandar, ada online tapi saya kurang pasti ada tak tawaran buat pelajar poli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge