Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

291 thoughts on “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

  1. bila biasiswa mara untuk ijazah sarjana muda dalam negara akan keluar ek bagi pelajar lepasan matrikulasi 2009/2010?

  2. salam..saya penuntut di masterskill university college of health science..saya mengambil bidang teknologi makmal perubatan..saya kini berada di semester ke-3..ketika di sem 1,saya telah mendapat 3.80 dan sem 2 saya mendapat 4.00..CGPA saya kini 3.89..adakah saya lyk memohon biasiswa ini?? harap mandapat maklum balas..salam..

  3. salam..sy student yg bru saje nk daftar kemasukan ke usm..bile agaknye ye sy boleh buat pemohonan utk pinjaman mara ni??

  4. sya nk tye MARA ade tajakan pelajar thun dua x di IPTA??
    bagaimana nk apply biasiswa MARA?? ada secara online??

  5. assalammualaikum..saya ni penuntut ipts di kolej universiti sains kesihatan MASTERSKILL..boleh tak kalau saya mohon pinjaman MARA?? saya dengar jugak kalau pointer tinggi,pinjaman ini tak perlu bayar??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge