beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

Salam sejahtera buat semua.

Gereja Metro Tabernacle A/G

Terkejut apabila terbaca kicauan di pagi hari mengatakan ada sebuah gereja telah dibakar. Dilaporkan, sebuah gereja di Desa Melawati telah dibakar lewat tengah malam tadi.

Kejadian ini yang terjadi di Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak telah dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH. Walaupun pihak polis menafikan dan masih dalam siasatan, tidak dapat tidak kita akan beranggapan pastinya ada kaitan dengan isu tersebut.

Kalau betul ianya dilakukan kerana isu penggunaan kalimah ALLAH, maka ini cuma salah satu akibat daripada percubaan untuk bermain dengan sesuatu hal yang sensitif. Namun begitu, saya tetap kesal dengan kejadian yang terjadi jika betul ianya dilakukan oleh orang Islam.

Walaupun terdapat golongan yang mengatakan isu penggunaan nama ALLAH ini adalah sesuatu hal yang biasa di Sabah dan Sarawak, perlu diingat ia bukan sebegitu di Semenanjung.

Ada dua benda yang tidak patut dicabar dalam kehidupan bangsa Melayu iaitu agama Islam dan ketuanan Melayu (termasuk perihal Raja-raja Melayu). Perkara-perkara ini sangat mudah untuk menyentuh sensitiviti Melayu. Jadi, jangan dicuba untuk mencabar sesuatu hal yang boleh menggugat kestabilan kehidupan majmuk di Malaysia.

Kalau akhirnya nanti Mahkamah tetap membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh Gereja Roman Katolik, saya boleh menjangkakan keadaan yang lebih dahsyat. Penyelesaiannya satu sahaja, tak boleh guna.

beliamuda: [1] Kalau ianya sudah lama digunakan di Sabah dan Sarawak, kenapa baru setahun dua ini isu pengunaan kalimah ALLAH dibangkitkan? Kenapa pula pihak Gereja Roman Katolik bersungguh-sungguh mencabar Kementerian Dalam Negeri? [2] Para penggodam pun sedang giat menyerang di alam siber. Laman web Herald dah beberapa kali digodam. Laman Kehakiman juga turut digodam.

[Gambar ihsan Metro Tabernacle]

08

January
2010
Masa: 9:00

78 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. Colin Wong

    Perbuatan ini akan menimbulkan keadaan huru-hara yang akan memudaratkan negara. Apakah ini yang dikehendaki orang Malaysia terutama sekali yang beragama Islam? Apakah boleh the diterima sekiranya jenayah ini dilakukan oleh bukan Muslim ke atas gereja diluar negara di mana Muslim merupakan minoriti?

    “Silent majoriti” Islam harus bertindak demi kebaikan negara. Ini adalah politik semata-mata. Kalimat Allah telah digunakan oleh orang2 Kristian di Sabah dan Sarawak sejak sebelum merdeka dulu. Kenapa kerajaan diterajui UMNO menimbulkan isu ini hanya sekarang?

    [Reply]

    faris Reply:

    @Colin Wong, is it? The question should be why the Christians arise this issue only now?

    I think it’s obvious on who starts this commotion..

    However, I believe there should be a dialogue between Christian and Muslim scholaras (not UMNO scholars) on this issue to clarify a lot of confusions derived. Currently, It’s just like a conversation between chicken and duck since no side try to understand the opposite side
    faris´s last blog ..Bas Dua Tingkat 2 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Colin Wong Reply:

    Saudara Faris,

    Sila rujuk http://www.einjil.com/ Saya ada Alkitab di sisi saya
    yang saya miliki sejak 1982 semasa di luar negara. Semasa itu
    saya sering hadir ke gereja Bahasa Indonesia. Jenguklah ke website
    di atas. Carilah nama Allah.

    Isunya, BI serumpun dan sekiranya Allah diterima oleh negara
    serumpun yang penduduknya yang berbahasa yang sama berkali ganda
    boleh menerimanya, mengapa kita tidak.

    Oleh itu, saya seru umat Islam di Malaysia melebarkan pemikiran
    dan mendekati prinsip yang dijalin oleh Indonesia selama ini demi
    kebaikan kita semua.

    [Reply]

    faris Reply:

    @Colin Wong, Terima kasih atas respon saudara Colin. mohon maaf sekiranya pandangan saya menyakitkan hati saudara.. sungguh saya tidak berniat sebegitu. It’s gud to have u here to clarify our confusions.

    Ingin saya lontarkan satu persoalan setakat kajian saya selama ini. Tidak pernah saya temui perkataan Allah dalam Bible berbahasa Hebrew (Bahasa asal Bible) dan Inggeris. Sekiranya ada sudilah saudara tunjukkan. Benar ia wujud dalam Bible Arab dan Indonesia. Namun, itu hanyalah terjemahan. Adakah Bible membenarkan penukaran nama penting ini yang menjadi asas pegangan dalam Kristian? Maknanya Bahasa Inggeris=God, Bahasa Hebrew=Eli dan sebagainya? Dalam Bahasa Melayu mahupun Indonesia God/Eli bermaksud Tuhan.

    Berbeza dengan perkataan Allah yang digunakan oleh orang Islam dalam semua terjemahan seluruh dunia walaupun berbeza bahasa. Tiada terjemahan lain untuk Allah melainkan Allah. Tuhan dalam bahasa Arab bermaksud Ilah bukan Allah. Maaf, saya hanya sekadar mahu tahu memandangkan tiada dialog yang serius untuk merungkai hal ini. Harap tuan bersikap terbuka dalam hal ini.

    Ini bukan isu bangsa serumpun, ini isu akidah/creed. iaitu perkara paling asas dalam agama Islam. Kami tidak dikatakan Islam jika pegangan kami lari mahupun seinci. Kami tidak boleh bersetuju memandangkan Allah yang golongan Kristian rujuk ialah Allah yang bersifat Triniti, sdg bagi kami tiada tuhan melainkan Allah yang Esa. Itu asasnya. Rujukan mutlak Islam adalah Al-Quran dan kamu adalah Injil bukannya Indonesia mahupun Arab. Terima kasih
    faris´s last blog ..Bas Dua Tingkat 2 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Colin Wong Reply:

    Saudara Faris,

    Saya tidak dapat memberi jawapan kepada soalan di atas kerana bidang pengetahuan saya terhadap asal usual bermulanya penggunanan kalimat Allah dalam Alkitab Indonesia memang terhad. Sementara itu, pegangan umat Kristian mengenai rujukan mutlak, bermula daripada terjemahan bahasa masing-masing dan bila perlu penjelasan, Alkitab bahasa aslinya, iaitu Hebrew untuk Perjanjian Lama dan Yunani untuk Perjanjian Baru. Oleh kerana itu, para “Pastor” dan paderi (priest – bagi Katolik) dilatih memahami kedua2 bahasa tersebut.

    Bagi saudara-saudara yang menggunakan bahasa Melayu terutama di Sabah dan Sarawak, mereka tidak faham kenapa perkara ini menjadi isu sekarang dan bukannya dahulu. Merumitkan keadaan pula apabila kedua2 negeri itu memang dari asalnya bukan majoriti Melayu dan Muslim dan tiba2 kini diminta akur atas alasan Ketuanan Melayu. Ini jelas kelihatan dalam beberapa blog di Internet. Bagi mereka, inilah isu yang lebih kritikal dan perlu dijawab. Saya faham soalan saudara dan memang ada tempat dan masanya ianya dibincang dan dicari jawapan atau persetujuan yang sepakat.

    Malah, sudah ada yang berkata mereka menyesal Sabah dan Sarawak menubuh Malaysia dengan Malaya dahulu. Dilemma ini menimbulkan persoalan baru iaitu samada kita di semenanjung wajar memaksa kelaziman kita ke atas mereka memandangkan latarbelakang sejarah Sabah dan Sarawak. Itu pun belum kita buat pertimbangan dari segi hak asasi manusia dari segi perlembagaan yang jelas memihak pandangan mereka.

    Bagi Kristian semenanjung, majoriti menggunakan B Inggeris dan B Cina. Namun begitu, kami tetap prihatin dengan situasi mereka dan bersama mereka dalam isu ini. Tetapi, tak payahlah sampai nak membakar gereja.

    Selamat malam saudara Faris.

    [Reply]

    adib Reply:

    @Colin Wong, apa yang dimaksudkan oleh kerajaan adalah penggunaan ALLAH dalam herald tu dicetak di semenanjung. sebab itu lah dia tidak bagi. ada pula pihak yang tiba tiba mengkaitkan dengan sabah dan sarawak. itulah pasalnya. apabila benda yang biasa di sarawak dan sabah di bawa ke semenanjung, tentulah orang akan berasa pelik dan mungkin akan timbul perasaan marah. seperti contoh, A dan B berjiran. mereka baik dan rapat malahan selalu bantu-membantu. A tahu yang B tidak suka akan anjing. di rumah A ada anjing, di rumah B tidak suka dan tidak pernah anjing masuk. apabila A melawat B dan sengaja membawa anjing masuk ke rumah B, tentulah B akan marah kerana dia tidak suka akan anjing dan belum pernah ada anjing pijak halaman rumahnya. walaupun A dan B duduk dalam satu taman. A hendaklah menghormati si B walaupun dalam satu taman yang sama anjing sebenarnya dibenarkan. ini perumpamaan sahaja. tidak berniat menyakitkan hati atau sebagainya. disebabkan pihak itu, orang islam di semenanjung terkena pula dengan sesuatu yang mereka tidak pernah fikirkan selama ini akan berlaku. . berkenaan dengan membakar gereja, itu bagi saya belum terbukti lagi orang islam yang melakukannya. jadi, kenapa sahaja mesti orang islam yang dipersalahkan sebaik sahaja benda macam tu berlaku. bagi saya, kepalanya adalah anasir dari luar yang ingin memecahbelahkan malaysia. ini sudah melampau. harap saya x sakitkan hati sesiapa. saya ni pun bukannya sempurna. salam.

    faris Reply:

    @Colin Wong, Terima kasih saudara colin atas respon yg baik..

    dialog sebegini yg kita perlukan, bukannya pertengkaran yg tiada asas sebagaimana berlaku kini. Justeru diharapkan agar kerajaan memperbykkn dialog seumpamanya untuk sama-sama mencari titik persefahaman dan permuafakatan.

    berkenaan isu bakar Gereja, bagi umat Islam, sememangnya perbuatan yg haram. Justeru, tidak adil untuk mempertanggungjawabkan Islam dalam isu ini. Islam pun tidak akan melindungi org2 yg melakukanny. Samalah kiranya apabila masjid2 di USA dan Palestin dibakar dan diletupkan bbrp lama dahulu. Adakah adil menyalahkan Kristian dan Yahudi? Tidak bukan? Secara jujur, saya pun merasakan ada ‘tangan’ dari luar yg cuba memporak-perandakan kita. Justeru, kita selaku rakyat yg telah lama hidup aman damai di Malaysia harus bersatu padu dlm hal ni. Kita tunggulah keputusan siasatan itu nanti. Apapun, jgn biarkan kekecohan yg berlaku mhancurkan Malaysia yg kecil ni

    TQ =D

    Faris Omar Reply:

    @Colin Wong,sekadar menambah..Tuhan telah turunkan agama pada manusia yg terdahulu..Antaranya agama Yahudi. Agama yahudi ni dibawa oleh Nabi Musa a.s (dlm bible klau x slah sy dipanggil sbgai Mooses). Bersama Nabi Daud ada kitab Taurat (skrg pun nmenye msih taurat)…nabi Daud membawa agama yang menyembah Allah SWT…dipendekkan cerita, apabila baginda wafat(meninggal dunia)..maka, para ahli agama Yahudi telah menukar isi kandungan Taurat-sehingga ada kitab baru yg digelar Telmud. Lama lps tu, Allah telah lahirkan nabi Isa a.s(org kristian gelar Jesus)..Nabi Isa a.s telah dilahirkan tnpa bapa oleh Mariam (org kristian pggl Mary). Nabi Isa a.s membawa agama Nasrani(kristian) kpd org Israel. Tapi, berlaku suatu kejadian di waktu itu sehingga baginda hampir dibunuh. Klau mgikut Bible (Injil),Nabi Isa @ Jesus telah disalib. Tapi, menurut Allah SWT, Nabi Isa tidak dibunuh. Bahkan, yg dibunuh ialah pengikut dia (muka dia diubh mnjadi spt nabi Isa) yg khianat pd Nabi Isa (sy x ingat nme dia).Nabi Isa yg sbnr telah diangkt ke langit dn akn turun kmbali pd akhir zaman.

    Setelah 600thn kmudian, barulah dtg agama Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Utk pgtahuan saudara Collin, org yg mula2 dpt taw psal Nabi Muhammmad ialah seorg paderi bernama Buhara dlm perjalanan Nabi ke Syam (eithiophia). Byk sgkut paut baginda dgn org pd zaman baginda yg beragama yahudi dan nasrani(kristian).

    Apa yg saya nak jelaskan disini ialah, agama saya dan agama anda mengajak kpd menyembah Allah SWT, tuhan yg satu…walaupun kitab yg kita gnekan berbeza, jika diperhatikan, byk persamaan di dlmnye. Cumenye, kitab Bible(Injil) dan taurat telah diselewengkan oleh para pendeta agama masing2 pd zaman dahulu..Apabila Nabi Musa telah wafat,ahli agama pada waktu itu telah menafsirkan kitab Taurat mengikut nafsu mereka. Cth, ada hukuman utk berzina dlm kitab Taurat ialah rejam (dibaling batu) sampai mati.Tapi, mereka telah ubah hukum ini kpd hukaman lain-pristiwa ini berlaku semasa Nabi Muhammad SAW msih hdup.

    Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad..masing2 membawa utusan Allah swt. Cuma..apabila nabi Isa dtg kpd org israel, syariat (peraturan dan hukum ahkam) agama yahudi telah dimansuhkan oleh Allah SWT dan mereka perlu beriman dgn dgn Nabi Isa. Tapi,mereka engkar dan terus beramal dgn agama Yahudi. Bgitu juga apabila agama Islam dtg. Agama Yahudi dan Nasrani dimansuhkan oleh Allah SWT dan pengikut agama yahudi dan nasrani hendaklah mengikut agama Islam.

    [Reply]

    Faris Omar Reply:

    @Colin Wong,
    Pada pndapat sy sndri, x salah org kristian @ yahudi menggunakan nma Allah SWT sbb memang tuhan yg org kristian (dan jgak org yahudi) sembah ialah Allah. Permasalahannya ialah, mengapa org kristian bru skrg (mksud sy di M’sia) nak gne nma Allah?Knp di Amerika atau di negara barat lain x nk gne nma Allah? Knp baru skrg dn di sini? Apa tujuan timbulnye isu ni? Sy tahu sudah ada Bible versi BM. ada stu kisah dimana shbt nbi, Umar ra ingin mmbce injil utk membuktikan penyelewengan dlm kitab itu. Tapi, Nabi Muhammad melarang beliau. Ats kisah ini jga, org2 Islam tidak boleh membaca Bible-kecuali mereka2 yg btul2 mahir atau bljar agama.

    Tntg pmbakaran gereja plak, sy sndri klau bleh nk tgkap penjenayah ni..Sbgai org Islam,kmi TIDAK BOLEH LGSG kcau rumah ibadat agama lain.(Walaupun org2 amerika dgn biadapnye menghina rumah ibadat kmi di Iraq dn ngara Islam lain).

    Nabi Saw ada berkata bahawa tidak masuk syurga org yg mmbnuh org kafir (zimmi) tnpa sbb. Org Islam sndri jika berlaku tidak adil pd org bkn Islam pun akan dihukum. Sy cme berharap,anda tidak menghukum smua org Islam jhat hnya krn segelintir yg bermasalah.Sekian

    [Reply]

    din Reply:

    @Colin Wong,

    Sila rujuk juga:

    http://www.islam.gov.my/portal/pr_kalimah_Allah.php

    [Reply]

  2. sharinginfoz

    harap2 semua ini dapat ditangani dengan bijaksana….

    Petrol Tanpa Subsidi-RM2.10????

    Nak Gelak Ke Tak????

    [Reply]

  3. ya betul..mmg tak boleh guna..cuba awk bkk link ni..sy de terbaca bukti nama Allah tidak terdapat dlm bible mereka 2..

    http://www.bible.ca/islam/islam-bible-allah.htm
    zihnun fatin´s last blog ..Interpret This My ComLuv Profile

    [Reply]

  4. harap sgt kerajaan malaysia dan pemimpin2 bijik menangani isu ni… jgn sampai jd balik peristiwa 1969… hurrmmm
    nOj´s last blog ..baby ALBINO anak istimewa yg sungguh comel : penah bayangkan anak korg ALBINO? My ComLuv Profile

    [Reply]

  5. We are just a lab rat. Key player is watching.
    Dr House´s last blog ..mahkamah.gov.my kena hack My ComLuv Profile

    [Reply]

    Kid The Phantom Thief Reply:

    @Dr House, aren’t you? Do you realize that the Key Player never notice the ‘KEY’. We (the lab rat) are escaping silently through out the day…wait for my appearance!

    [Reply]

  6. Ibu Lin

    Kalau org Islam yg buat, ini hanye menunjukkan kejahilan kita tentangIslam sendiri..Islam is a PEACEFUL RELIGION.Allah melarang kita bergaduh dengan penganut agama lain..lihat surah al Ankabut ayt 46..kalau bukan org Islam buat…boleh saja di sabotaj..be wise…dont be emotional guys…please! For Allah’s sake..

    [Reply]

  7. Mungkinkah ada pihak ke 3 samada dari luar atau dalam yg ambil kesempatan untuk memanaskan lagi isu ini.
    denaihati´s last blog ..Selamat datang ke rumah baru Denaihati My ComLuv Profile

    [Reply]

    Otak Biru Reply:

    @denaihati,

    i have strong feeling that, this is the work Illuminati and the Freemason. The same group which create ‘religious bloodbath’in Ambon and other moslem countries. and the same group who create 9/11.

    And do you know that, Singapore is the HQ for Freemason in South East Asia and making the 1st Masonic State in this region?
    Otak Biru´s last blog ..CONGRATULATIONS, McCURRY! My ComLuv Profile

    [Reply]

  8. Sebab itu pemimpin perlu ada ilmu agama supaya masalah antara agama dapat diselesaikan dengan bijak. Berkenaan insiden gereja dibakar, kalau kejadian ini didalangi oleh orang Islam, ini bukan cara kita. Kita ada akal. Gunakan akal untuk bertindak.
    Fahmishah´s last blog ..Kalimah Suci Tertinggi Islam My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Fahmishah, bukan gunakan akal. gunakan landasan yang tepat dengan Islam. Mungkin sebab justifikasi kurang tepat akallah kejadian tersebut terjadi.

    [Reply]

  9. Agak sensitif isu ini..semoga kerajaan menyelesaikan dengan jalan yang terbaik utk semua…
    eyriqazz´s last blog ..Nuffnang Friso Gold Family Day Out My ComLuv Profile

    [Reply]

  10. mmg tul la kata pakcik pengarang, org2 melayu agak pantang jika disentuh isu agama dan raja2…

    apapun, org2 melayu pun tidak menyentuh sentimen kaum lain, agama lain, so…better jgn kacau sesape, baru aman…
    mytafa´s last blog ..Sapa sependapat ngan AKU ??? My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @mytafa, err. pak cik? mungkin saya lebih muda daripada saudara. ataupun sama umur sahaja. :D

    [Reply]

    mytafa Reply:

    @beliamuda, owh…sori…dh terbawak2 lak trend guna nama pakcik kat sni, hohoho…..semua yg tua tau muda sy panggil pakcik…jgn mare…
    mytafa´s last blog ..Sakai tul…. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @mytafa, tak mare.. rasa dewasa lak.. :D

    [Reply]

  11. Do you actually believed the Malaysian Moslem did that?

    Someone or some group want the ‘fire’ to ignite.They want to create a blaze in this country.
    My dear brothers and sisters , doesnt matter you are a moslem or christians, please ..do not got provoked
    by these issue.

    I am moslem and i believed ,this ‘Allah’ Issue is a big conspiracy created by a group of powerful people.
    The same modus operandi like they did to Indonesia and other moslem countries.The same group that ‘orchestrated’ WTC 9/11 .
    Otak Biru´s last blog ..CONGRATULATIONS, McCURRY! My ComLuv Profile

    [Reply]

  12. semga perkara buruk tdk berlaku lpas ni..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hazwan, harapnya begitulah.

    [Reply]

  13. This should be a non issue pun. Memang ada banyak invisible hands kat sini
    ariff´s last blog ..Kehidupan Di Celah Bandar Moscow (Siri 1) My ComLuv Profile

    [Reply]

  14. indun

    allah = god
    god = tuhan
    allah + god + tuhan = allah god tuhan
    allah, tuhan dan god adalah satu dan sama
    yg membezakan perkataan dan ejaanya
    kamu hanya membawa diri kamu ke NERAKA apabila kamu sengaja membiarkan diri kamu bertelagah hanya kerana hak yang tidak kamu bawa ke liang kubur. ingatlah, syaitan tengah tersenyum gembira bila melihat kamu bertelagah sesama sendiri kerana dia tahu kamu adalah salah seorang yang akan menjadi makananya. ingat TUHAN, jangan fikir hal yang akan membinasakan iman dan kepercayaanmu sahaja.

    [Reply]

    touya Reply:

    @indun,

    Masalahnya mereka hanya mengantikan perkataan GOD kepada Allah , bukannya menyembah Allah .

    [Reply]

  15. aku blaja kat sarawak. islam kat sini x sampai 20% pun yang islam kat sarawak ni. dalam bible mereka versi bahasa malaysia memang menggunakan pekataan allah dengan meluas. ini salah. mereka mengaku mereka x sembah allah. kenapa masih gatal2 lagi nak guna perkataan tu. god dalam bible tuka jadi bahasa malaysia patutnya tuhan la. jgn melampau. ini negara islam. pemimpin pun bukan nak wat keje. tau cari duit je susah la kalau sampai agama dan bangsa tergadai.

    [Reply]

    Salvation Reply:

    @adib, ko blaja kat sarawak tak pyh nak ckp pasal bible. u dh khatam ke bible? umat Islam adalah bertamadun, u bertamadun ke? Jesus said, loves your enemy as you loves yourself. Allah in arabic is God, God in bahasa melayu is Tuhan. So what is the different. My ustazah said, Islam is simple, y you made it so complicated? we live together with the muslims in a house, there is nothing happen thus we are living happily. Open your eyes and your mind, pal. God bless you always.

    [Reply]

    adib Reply:

    @Salvation, aku xnak bawak ideologi mana2x la weh. cakap tu elok elok la sikit. aku xde niat pun nak bawak perkara semenanjung datang sarawak. tolong jgn menggelabah boleh x? aku x tau pa pa pasal kristian? kau pandai2 kau je cakap mcm tu. aku tanye je kan ade ke kristian sembah TUHAN nama ALLAH? kan ke korang sembah JESUS KRISTUS, ROH KUDUS, PE SUME. ADE KE ALLAH YANG MAHA ESA NI KAU SEMBAH?. KAU X PENAH SEMBAH ALLAH YANG MAHA ESA, KAU NAK GUNA NAMA DIA? X MALU? MEMANG LA AGAMA KRISTIAN, YAHUDI ISLAM AGAMA DARI LANGIT. MASALAHNYA ITU DULU. SEBELUM KITAB KORANG DIUBAHSUAI. AKU NAK CAKAP BANYAK PUN NANTI KO CAKAP AKU NI PANDAI2 WAT CERITA SENDIRI. KO PUN LAGI TAU DARI AKU KUT PASAL KO BANYAK TENGOK VIDEO VIDEO DEBAT ISLAM KRISTIAN. MEMBER MEMBER AKU PUN SUME KRISTIAN TAPI XDE LA MENGGELABAH MACAM KAU BILA AKU TANYA DORANG. DORANG RILEK AJA. aku x penah pesoalkan la ko nak sembah sape pun. lantak ko la ko punye agama. aku x nak pun. semua agama baik. kau nak tetiba cakap menggelabah apa pasal. kau duduk sarawak dari kecik? ade aku tanye? ade aku peduli? hidup ni kejap je. kalau kau nak kecoh kecoh ko duk sarawak dari kecik, xpayah menggelabah la. SEMOGA TUHAN MERAHMATI KAU. OK?

    [Reply]

    Army of god Reply:

    @adib,
    yelah, ko tu bru je blaja kat swak. ko tak idup pon kat sni dr kecik. kita kat sni dr kecik lagi dah kawan ngan pelbagai kaum & agama tanpa masalah.
    swak & semenanjung jauh kali perbezaan nya dr segi toleransi antara kaum & agama. ko jgn pandai2 nak kritik kita kat sni. jgn pandai2 nak bawak ideologi semenanjung ke swak semata2 pegangan@pandangan nko tu.
    nko pikir la…takan ada msia tanpa swak & sbah.
    klo nak tau dgn lebih lagi, ko “KAJI” 20 privilege swak dlm msia.

    [Reply]

    adib Reply:

    @Army of god, aku xnak bawak ideologi mana2x la weh. cakap tu elok elok la sikit. aku xde niat pun nak bawak perkara semenanjung datang sarawak. tolong jgn menggelabah boleh x? aku x tau pa pa pasal kristian? kau pandai2 kau je cakap mcm tu. aku tanye je kan ade ke kristian sembah TUHAN nama ALLAH? kan ke korang sembah JESUS KRISTUS, ROH KUDUS, PE SUME. ADE KE ALLAH YANG MAHA ESA NI KAU SEMBAH?. KAU X PENAH SEMBAH ALLAH YANG MAHA ESA, KAU NAK GUNA NAMA DIA? X MALU? MEMANG LA AGAMA KRISTIAN, YAHUDI ISLAM AGAMA DARI LANGIT. MASALAHNYA ITU DULU. SEBELUM KITAB KORANG DIUBAHSUAI. AKU NAK CAKAP BANYAK PUN NANTI KO CAKAP AKU NI PANDAI2 WAT CERITA SENDIRI. KO PUN LAGI TAU DARI AKU KUT PASAL KO BANYAK TENGOK VIDEO VIDEO DEBAT ISLAM KRISTIAN. MEMBER MEMBER AKU PUN SUME KRISTIAN TAPI XDE LA MENGGELABAH MACAM KAU BILA AKU TANYA DORANG. DORANG RILEK AJA. aku x penah pesoalkan la ko nak sembah sape pun. lantak ko la ko punye agama. aku x nak pun. semua agama baik. kau nak tetiba cakap menggelabah apa pasal. kau duduk sarawak dari kecik? ade aku tanye? ade aku peduli? hidup ni kejap je. kalau kau nak kecoh kecoh ko duk sarawak dari kecik, xpayah menggelabah la. SEMOGA TUHAN MERAHMATI KAU. OK?

    [Reply]

  16. dengar cerita byk lg gereja yg kena serang, cuma tak keluar berita. takut sesuatu yang ngeri berlaku. hoho
    naz´s last blog ..Kontroversi penggunaan nama Allah : Gereja di bakar My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @naz, dalam berita sahkan ada tiga kena serang.

    [Reply]

  17. Banyak masalah berlaku…Risau betul sekarang ni…..
    blinkky´s last blog ..Free Arcade Script My ComLuv Profile

    [Reply]

  18. org kristian jgn nk kurang ajar..org islam tak penah usik pun org kristian, so jgn nk bermain dgn api, nnt api akan membakar kamu
    x-po´s last blog ..AKU TAK NAK JADI MACAM SI CAPIK My ComLuv Profile

    [Reply]

    Salvation Reply:

    @x-po, watch your words dude. God bless you always, Amen..Alleluia.

    [Reply]

  19. Salvation

    One Malaysia.. Is it achievable? The Christians please pray to God/Allah/Tuhan to bless all of us in Malaysia and be patient.

    [Reply]

  20. Ala-ala covert operation oleh anasir asing pula.
    bloginformasi´s last blog ..Iklan Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

  21. @Salvation, kau cakap senang je. kau sembah allah for real? kau sembah jesus. y x guna pekataan god kau ganti dengan jesus? aku syang lagi bangsa aku n agama islam aku. god bless you always too.

    [Reply]

    nocommentation Reply:

    @adib, if u don’t know about Jesus, please don’t say or wisely talk like that. We as a Malaysian must respect each other. We, as a christian never talk about ur religious. Be patient and pray to God, let Him solve this thing. Together we pray as a religious person.

    [Reply]

    adib Reply:

    @nocommentation, aku xnak bawak ideologi mana2x la weh. cakap tu elok elok la sikit. aku xde niat pun nak bawak perkara semenanjung datang sarawak. tolong jgn menggelabah boleh x? aku x tau pa pa pasal kristian? kau pandai2 kau je cakap mcm tu. aku tanye je kan ade ke kristian sembah TUHAN nama ALLAH? kan ke korang sembah JESUS KRISTUS, ROH KUDUS, PE SUME. ADE KE ALLAH YANG MAHA ESA NI KAU SEMBAH?. KAU X PENAH SEMBAH ALLAH YANG MAHA ESA, KAU NAK GUNA NAMA DIA? X MALU? MEMANG LA AGAMA KRISTIAN, YAHUDI ISLAM AGAMA DARI LANGIT. MASALAHNYA ITU DULU. SEBELUM KITAB KORANG DIUBAHSUAI. AKU NAK CAKAP BANYAK PUN NANTI KO CAKAP AKU NI PANDAI2 WAT CERITA SENDIRI. KO PUN LAGI TAU DARI AKU KUT PASAL KO BANYAK TENGOK VIDEO VIDEO DEBAT ISLAM KRISTIAN. MEMBER MEMBER AKU PUN SUME KRISTIAN TAPI XDE LA MENGGELABAH MACAM KAU BILA AKU TANYA DORANG. DORANG RILEK AJA. aku x penah pesoalkan la ko nak sembah sape pun. lantak ko la ko punye agama. aku x nak pun. semua agama baik. kau nak tetiba cakap menggelabah apa pasal. kau duduk sarawak dari kecik? ade aku tanye? ade aku peduli? hidup ni kejap je. kalau kau nak kecoh kecoh ko duk sarawak dari kecik, xpayah menggelabah la. SEMOGA TUHAN MERAHMATI KAU. OK?

    [Reply]

  22. Knp tiba2 org kristian ingn mengunakan nama ALLAH adakah mereka ingin mengelirukan org2 islam supaya dpt menarik ank2muda kita masuk ugama mereka??? Perdana Menteri kita harus mengambil langkah yg tegas supya jgn ugama lain dgn sewenang2nyg blh mengunakan nama ALLAH negara kita negara Islam dan majoriti pendudukny adala beragama islam so kpd penganut ugama kristian tolong respect kpd org2 yg berugama islam diMalaysia dan jgn timbulkan masalah perkauman lagi.

    [Reply]

    Colin Wong Reply:

    Cik Noraini Ahmad,

    Sebenarnya, orang Kristian di Sabah dan Sarawak sudah lama menggunakan Allah, malah sebelum mereka bersetuju menubuh Malaysia dengan Malaya pada masa itu. Soalannya, kenapakah kerajaan tiba2 mengambil tindakan ke atas umat Kristian secara mendadak walau pun ini bukan amalan pasca Malaysia? Oleh itu, isu orang Kristian tidak menggunakan kalimat Allah “sewenang2nya”. Masalah yang dihadapi sekarang adalah kurang penyelidikan umat Islam atas isu ini. Pendekatan ilmiah adalah perlu dan pensejarahan penggunaan kalimat Allah oleh orang Kristian di timur tengah harus dikaji dan dijadikan panduan bila umat Islam perlu memberi reaksi kepada isu ini.

    [Reply]

    godlovesus Reply:

    @Noraini Ahmad, tidak secara tiba2 dan bukan utk megelirukan sesiapa.. sebelum merdeka lagi kristian d malaysia(sabah swk) sudah menggunakan Allah dalam bible krana bible yg digunakan adalah diterjemahkan dari indonesia. jadi, Allah bermaksud God/Tuhan. d indonesia penggunaan Allah oleh kristian tidak dipertikaikan dan mereka dapat menerimanya walaupun tdiri dari pelbagai agama. mengapa kita tidak? pertelingkahan begini hanya membawa diri kita ke NERAKA oleh kerana HAK YANG KITA TIDAK BAWA KE LIANG KUBUR! kenapa mau kita dihormati oleh kaum lain jika kita tidak menghormati kaum lain dahulu?? bukan kah baik jika kita saling mhormati.. jgn lah hanya krana islam adalah penduduk majority, kaum minority dtindas sehingga gereja dbakar!

    [Reply]

    BlessUs Reply:

    Seperti yang dinyatakan sebelum ini bhw Kitab Injil (Bible) dlm bahasa Indonesia telah lama dibawah ke Sabah dan Sarawak sebelum masuk M’sia lagi. Kami dilahirkan dan dididik menggunakan perkataan trsebut, ia telah sebati dlm diri kami. Hilang perkataan itu bermaksud hilanglah sebahagian diri kami.

    Kalau benar M’sia ingin melarang perkataan tersebut dari diucap atau dicetak mana2 sekalipun oleh yang bukan Islam, maka laksanakanlah juga larangan tersebut di serata dunia. Perlu diingat Kitab Injil di Sabah dan Sarawak bermula dari Indonesia. Adalah tidak adil sekiranya hanya mempersalahkan orang yang bukan Islam di M’sia yang selama ini menggunakan perkataan tersebut tanpa mengganggu umat agama lain sehinggalah hal ini diprovokasikan.

    Bagi mereka yang ekstremist dalam sebarang agama, kenapa perlu mencari bencana? Kenapa perlu melihat sengsara? Kenapa perlu ada yang menderita? Adakah anda dilahirkan hanya untuk melaksanakan onar-onar tersebut? Semoga dosa anda diampunkan!

    [Reply]

    Colin Wong Reply:

    Bersabarlah saudara-saudara sekalian, saya memang kenal ramai di antara kamu dan memahami sentimen anda. Walaupun gereja saya tidak menggunakan BM/BI, tetapi ada pengalaman dan pendedahan dalam aspek ini semasa diluar negara. Sungguh indah memuji Allah menggunakan kalimat ini dan saya rasa hasilnya adalah perasaan yang lebih akrab dengan saudara Islam. Nabi2 pun hampir sama.

    Dalam masyarakat berbilang ugama, memang ada di kalangan kita yang akan menimbulkan masalah tetapi ingatkan ajaran yang diturunkan kepada kami, umat Kristian sekalian, bagaimana pentingnya bersabar, mengasihi mereka yang cuba menyakitkan hati kita dan juga terus berdoa untuk mereka.

    Tuhan kita tetap satu tetapi menampilkan dirinya kepada kita dalam tiga bentuk. Ramai yang tak faham dan tidak tahu yang kita sebagai Kristian percaya Tuhan itu hanya satu.

    Semoga kasih Tuhan menyelubungi dan melindungi saudara sentiasa. Amin.

    [Reply]

  23. 4 all christian, be patient…remember GOD. Not because of the words ‘God’ that used to say as ‘Allah’ become an isssue. REMEMBER!!! Don’t argue…Remember what Jesus had tell us all His words…

    [Reply]

  24. aku xnak bawak ideologi mana2x la weh. cakap tu elok elok la sikit. aku xde niat pun nak bawak perkara semenanjung datang sarawak. tolong jgn menggelabah boleh x? aku x tau pa pa pasal kristian? kau pandai2 kau je cakap mcm tu. aku tanye je kan ade ke kristian sembah TUHAN nama ALLAH? kan ke korang sembah JESUS KRISTUS, ROH KUDUS, PE SUME. ADE KE ALLAH YANG MAHA ESA NI KAU SEMBAH?. KAU X PENAH SEMBAH ALLAH YANG MAHA ESA, KAU NAK GUNA NAMA DIA? X MALU? MEMANG LA AGAMA KRISTIAN, YAHUDI ISLAM AGAMA DARI LANGIT. MASALAHNYA ITU DULU. SEBELUM KITAB KORANG DIUBAHSUAI. AKU NAK CAKAP BANYAK PUN NANTI KO CAKAP AKU NI PANDAI2 WAT CERITA SENDIRI. KO PUN LAGI TAU DARI AKU KUT PASAL KO BANYAK TENGOK VIDEO VIDEO DEBAT ISLAM KRISTIAN. MEMBER MEMBER AKU PUN SUME KRISTIAN TAPI XDE LA MENGGELABAH MACAM KAU BILA AKU TANYA DORANG. DORANG RILEK AJA. aku x penah pesoalkan la ko nak sembah sape pun. lantak ko la ko punye agama. aku x nak pun. semua agama baik. kau nak tetiba cakap menggelabah apa pasal. kau duduk sarawak dari kecik? ade aku tanye? ade aku peduli? hidup ni kejap je. kalau kau nak kecoh kecoh ko duk sarawak dari kecik, xpayah menggelabah la. SEMOGA TUHAN MERAHMATI KAU. OK?

    [Reply]

  25. Terima kasih saudara colin atas respon yg baik..

    dialog sebegini yg kita perlukan, bukannya pertengkaran yg tiada asas sebagaimana berlaku kini. Justeru diharapkan agar kerajaan memperbykkn dialog seumpamanya untuk sama-sama mencari titik persefahaman dan permuafakatan.

    berkenaan isu bakar Gereja, bagi umat Islam, sememangnya perbuatan yg haram. Justeru, tidak adil untuk mempertanggungjawabkan Islam dalam isu ini. Islam pun tidak akan melindungi org2 yg melakukanny. Samalah kiranya apabila masjid2 di USA dan Palestin dibakar dan diletupkan bbrp lama dahulu. Adakah adil menyalahkan Kristian dan Yahudi? Tidak bukan? Secara jujur, saya pun merasakan ada ‘tangan’ dari luar yg cuba memporak-perandakan kita. Justeru, kita selaku rakyat yg telah lama hidup aman damai di Malaysia harus bersatu padu dlm hal ni. Kita tunggulah keputusan siasatan itu nanti. Apapun, jgn biarkan kekecohan yg berlaku mhancurkan Malaysia yg kecil ni

    TQ =D
    faris´s last blog ..Bas Dua Tingkat 2 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Colin Wong Reply:

    Sdr Faris

    Saya setuju. Penjenayah mungkin bukan Islam, bukan Melayu tetapi pihak ketiga yang mengambil peluang disaat genting ini. Mengenai Sabah dan Sarawak (S&S), oleh kerana kedua2 negeri ini sebahagian daripada persekutuan, maka kita sekeluarga dan dari itu, isu orang S&S tidak boleh disisihkan dari arus perdana. Mereka dah mual dengan layanan sebegini. Semasa di luar negara awal 80′an, ramai yang menuntut di luar kerana mereka masih aliran BI tetapi universiti di Malaysia sudah menggunakan BM. Bagi mereka, terasa dipinggirkan dan disisih dari mata masyarakat umum Malaysia. Sejarah berulang lagi. Orang S&S merintih kenapa dibuat hal sedangkan dari dulu hingga malah kini tak ada masaalah.

    Bagi orang Semenanjung, walaupun penggunaan BM dalam gereja begitu sikit, tetapi ada juga terutama dikalangan orang S&S yang bekerja di semenanjung dan juga mereka yang berpendidikan BM. Harus dijelaskan di sini bahawa risalah dan penerbitan Kristian tidak boleh disebarkan kepada umat Islam. Oleh itu, sepatutnya tidak menjadi isu.

    [Reply]

  26. @Colin Wong, apa yang dimaksudkan oleh kerajaan adalah penggunaan ALLAH dalam herald tu dicetak di semenanjung. sebab itu lah dia tidak bagi. ada pula pihak yang tiba tiba mengkaitkan dengan sabah dan sarawak. itulah pasalnya. apabila benda yang biasa di sarawak dan sabah di bawa ke semenanjung, tentulah orang akan berasa pelik dan mungkin akan timbul perasaan marah. seperti contoh, A dan B berjiran. mereka baik dan rapat malahan selalu bantu-membantu. A tahu yang B tidak suka akan anjing. di rumah A ada anjing, di rumah B tidak suka dan tidak pernah anjing masuk. apabila A melawat B dan sengaja membawa anjing masuk ke rumah B, tentulah B akan marah kerana dia tidak suka akan anjing dan belum pernah ada anjing pijak halaman rumahnya. walaupun A dan B duduk dalam satu taman. A hendaklah menghormati si B walaupun dalam satu taman yang sama anjing sebenarnya dibenarkan. ini perumpamaan sahaja. tidak berniat menyakitkan hati atau sebagainya. disebabkan pihak itu, orang islam di semenanjung terkena pula dengan sesuatu yang mereka tidak pernah fikirkan selama ini akan berlaku. . berkenaan dengan membakar gereja, itu bagi saya belum terbukti lagi orang islam yang melakukannya. jadi, kenapa sahaja mesti orang islam yang dipersalahkan sebaik sahaja benda macam tu berlaku. bagi saya, kepalanya adalah anasir dari luar yang ingin memecahbelahkan malaysia. ini sudah melampau. harap saya x sakitkan hati sesiapa. saya ni pun bukannya sempurna. salam.

    [Reply]

    godlovesus Reply:

    @adib, yup.. maybe ada org ketiga.. kita tgu pihak polis siasat dan tengok sapa yg ditangkap.. jgn saja ada manipulasi pula bila penjenayah berjaya di berkas… yala.. suma menteri dalam negeri, polis2, judges pun bukan org lain___… peace!

    [Reply]

    adib Reply:

    @godlovesus, bunyi mcm rasis aja ni. jangan la. kita org malaysia. nak rasis wat apa. kecik saja malaysia ni.

    [Reply]

  27. Hohoho…

    PANAS sungguh artikel anda ini…

    hahaha….
    Pisyek´s last blog ..SMKA Wataniah My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Pisyek, hal ehwal negara…

    [Reply]

  28. BeliaKristian

    Sama ada kerajaan Malaysia melarang orang kristian menggunakan perkataan Allah, saya tetap menggunakan perkataan Allah setiap kali berdoa. kalau orang islam tutup mulut saya, saya dan semua orang kristian akan bergabung membuka mulut saya.

    Sejak sekian lama kristian Sabah menggunakan perkataan Allah. Mengapa sekarang baru heboh ??

    Di suatu tempat mungkin islam adalah majoriti tapi di kawasan saya daripada puluh ribu orang, islam tidak sampai sepuluh ribu. Jadi hati-hati. Jangan tunjuk hero di tempat sendiri. Fikirkan keselamatan saudara seiman..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @BeliaKristian, untuk kegunaan anda sendiri, itu terserahlah. tiada siapa yang akan dapat menghalang.

    yang menjadi kebimbangan pihak kami sekarang ni ialah penggunaan di semenanjung (seperti apa yang saya faham) sedangkan sebelum ini tidak pernah terjadi sebegini.

    tidak perlulah untuk kita bergaduh. kita hidup dalam satu negara. apa yang terjadi di gereja2 yang diserang itu sangat dikesalkan. kalau betul ianya dilakukan orang Islam, sesungguhnya orang yang melakukannya telah melakukan suatu larangan dan dosa yang besar. kami diajar untuk menjaga rumat ibadat agama lain. mungkin mereka yang melakukannya itu bodoh.

    [Reply]

    ghostboy Reply:

    @BeliaKristian, Sama ada kerajaan Malaysia melarang orang kristian menggunakan perkataan Allah, saya tetap menggunakan perkataan Allah setiap kali berdoa. kalau orang islam tutup mulut saya, saya dan semua orang kristian akan bergabung membuka mulut saya.

    Sejak sekian lama kristian Sabah menggunakan perkataan Allah. Mengapa sekarang baru heboh ??

    Di suatu tempat mungkin islam adalah majoriti tapi di kawasan saya daripada puluh ribu orang, islam tidak sampai sepuluh ribu. Jadi hati-hati. Jangan tunjuk hero di tempat sendiri. Fikirkan keselamatan saudara seiman..

    Tak tawu jangan cakap.. orang marah bila perkara ni dibawa ke semenanjung.. tu je,dari dulu x penah heboh sebab x penah dibawa benda ni ke 1 malaysia. tp sekarang nampaknye sensitiviti kaum dah meningkat.macam yang kat atas cakap,ilah dalam arabic bukan Allah tp tuhan..mane boleh samakan.pastu yg ngko nak kuar ayat2 berbaur ancaman pahal? “tapi di kawasan saya daripada puluh ribu orang, islam tidak sampai sepuluh ribu. Jadi hati-hati. Jangan tunjuk hero di tempat sendiri. Fikirkan keselamatan saudara seiman..” hehe.. law nak kira… bangsa ko lagi poyo kat K.L nehh… pikir berpada2 nak taip beringat2 jangan sibuk nak tunjuk samseng.hidup tu biar beradab sket.Kat atas aku terbaca ade orang cakap menyesal Sabah + Persekutuan tp mase beratus-ratus orang sabah yang menyibuk kat k.l ni kene tangkap… merayu xnak kene hantar balik.. MALU katanye… jgn la nak bangga sangat dengan negeri kau.aku dah lama baca tp aku diam sebab sume sopan2.. sampai kau je,dahla.. penat aku. cakap siang pandang2 cakam malam ingat2 (tah kau paham ke tak) ciao

    [Reply]

  29. SALAM SEMUA.SAYA SEBAGAI HAMBA YG CUKUP HINA LAGI KERDIL DI SISI TUHAN IGN MEMBERI PENDAPAT. MASYALLAH,SUBHANALLAH,ALLAH HU AKHBAR! SEBAGAI SEORANG MUSLIM,SAYA TERPANGGIL UNTUK BERKONGSI RASA. DI SABAH DAN SARAWAK PENGGUNAAN ALLAH MEMANG MELUAS.ITU KITA TAHU DAN KITA HORMAT MEMANDANGKAN DI SANA JUGA MEMANG MAJORITI BUMIPUTERA NYA ADALAH BERAGAMA KRISTIAN. WHICH IS OK. :) DI GUNAKAN MELUAS OLEH MAJALAH,GEREJA DOA MEREKA . YANG MENJADI MASALAH NYA,APABILA PIHAK TERTINGGI MAJALAH ITU MAHU PUBLISH MAJALAH ITU KE SEMENANJUNG MALAYSIA…MAHU MENUKARKAN DARI GOD KE ALLAH..SEPERTI SEDIA MAKLUM DI SEMENANJUNG,ISLAM MERUPAKAN AGAMA UTAMA SINI…

    HORMATILAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA,HORMATILAH SULTAN,HORMATILAH SENSITIVITI MSYARAKAT MUSLIM DI MALAYSIA, AGAR TIDAK MNGGUNAKAN KALIMAH ALLAH ITU..GUNA SAJALAH GOD… ALSAN MEREKA KERANA ALLAH TELAH PUN DI GUNA MELUAS..ITU BENAR SEKALI..TETAPI MASALAHNYA KENAPA BARU SEKARANG MAHU MENGGUNAKAN ALLAH?MAHU BAWA ISU ALLAH INI KE MUKA PENGHAKIMAN?KENAPA?BENAR INDON SUDAH LAMA MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH BAGI RAKYAT KRISIAN NYA..TETAPI IA DILAKSANAKAN SEJAK TURUN TEMURUN YG LALU.TETAPI DI MALAYSIA IANYA TERJADI SECARA TIBA-TIBA…

    APA AKAN JADI JIKA KERAJAAN MEMBENARKAN PENGGUNAAN ALLAH OLEH SEMUA AGAMA DI MALAYSIA? HINDU PUN GUNA ALLAH,BUDDHA PUN SILAP HARIBULAN MENGGUNAKAN ALLAH..TIDAK KE PELIK DAN MENGELIRUKAN ITU WAHAI TEMAN2? YERLA DAH KERAJAAN KASI LESEN PADA AGAAM KRISTIAN,BUDDHA,SINGH,HINDU PUN TAK MUSTAHIL AKAN GUNAKAN NYA JUGA BETUL TAK? DAN SELEPAS ITU MSJID PUN MUGKIN BOLEH DI GUNA PAKAI OLEH SEMUA AGAMA..CONTOH MASJID ST. PAUL DAN MASJID MAHABRATA.. APA SEMUA NI?ADAKAH ANDA2 SEMUA MAHU KEJADIAN SEBEGINI TERJADI? MASYALLAH!!!…

    [Reply]

  30. jossept anak kepingan

    Kenapa ‘Allah’ popular kepada penganut Kristian
    Bernard Giluk Dompok Jan 6, 10 12:42pm
    Keputusan hakim Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 bahawa penerbitan Herald boleh terus menggunakan istilah Allah dalam penerbitan edisi Bahasa Malaysia telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada beberapa pihak di seluruh negara.

    Sesetengah daripada komen dan reaksi tersebut tidak membantu usaha pengukuhan perpaduan dan hubungan antara kaum di negara ini.

    Sejurus selepas perkara ini dibawa ke mahkamah, saya telah menggesa semua pihak supaya menghormati dan memberikan sepenuhnya kebebasan kepada mahkamah untuk menjalankan tanggungjawabnya.

    Saya percaya bahawa hakim Datuk Lau Bee Lian telah melihat segala aspek sejarah dan hak perlembagaan sebelum membuat keputusan tersebut.

    Dari aspek sejarah, istilah Allah telah digunakan sejak sekian lama, yakni sebelum rakyat Sabah memutuskan untuk menubuhkan Malaysia bersama-sama dengan Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak pada 1963.

    Masyarakat Sabah telah menggunakan bahasa Melayu sesuai dengan statusnya sebagai lingua franca di rantau ini. Agama Kristian mulai bertapak di Sabah sejak 1881 dan terus berkembang selepas itu.

    Bagi masyarakat bumiputera Kristian di Sabah seperti Kadazandusun dan Murut, upacara ibadat diadakan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Melayu dan bahasa ibunda mereka.

    Dalam upacara ibadat yang menggunakan bahasa Inggeris, istilah yang digunakan ialah God, manakala upacara ibadat dalam bahasa Melayu menggunakan istilah Allah dan upacara ibadat dalam bahasa ibunda, misalnya dalam bahasa Kadazandusun, menggunakan istilah ‘Kinoingan’.

    Kebanyakan gereja di kawasan bandar menggunakan bahasa Inggeris, manakala bahasa Melayu dan bahasa ibunda digunakan dengan meluas di gereja-gereja di kawasan luar bandar di Sabah.

    Pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perantara dalam sistem pendidikan negara telah memperluaskan lagi pengaruh bahasa ini di kalangan masyarakat Sabah.

    Generasi yang lahir selepas dasar ini dibuat lebih selesa menggunakan bahasa Melayu. Mereka juga lebih selesa menghadiri upacara-upacara ibadat yang diadakan dalam bahasa kebangsaan ini.

    Generasi muda masyarakat bumiputera Kristian dari Sabah yang berhijrah ke Semenanjung sama ada untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran turut meminta pihak gereja di sini supaya upacara ibadat dalam bahasa Melayu turut diadakan kerana mereka sudah serasi dengan penggunaan bahasa ini.

    UPKO merasakan bahawa setiap anggota masyarakat diberikan kebebasan untuk terus menunaikan ibadat keagamaan mereka dalam keadaan yang tenang serta dapat menggunakan bahasa serta istilah-istilah yang mereka berasa selesa untuk menggunakannya sepanjang upacara ibadat tersebut.

    Kenyataan media Tan Sri Bernard Giluk Dompok, presiden UPKO dan menteri perusahaan perladangan dan komoditi.

    ______________________________________________________________

    Tan Sri,
    kalau nak ikut sejarah orang islam dah guna perkataan ini sebelom masihi lagi. kalau tan tak percaya cuba kaji dalam Al-Quran. jangan bagi fakta yang tak berapa tepat dan tak boleh diterima dek akal. permasalahan seperti ini akan mendatangkan masalah perkauman. jadi selesaikan dengan pengharaman penggunaan bagi pertubuhan atau agama lain.

    kalau ada pertubuhan atau agama lain letakkan JESUS tu adalah syaitan. Dalam kefahaman mereka sendiri. apa kata penganut agama kristian. Dan penganut agama kristian adalah pengikut syaitan. itulah kepercayaan mereka. dan akan keluarkan sebuah judul buku seperti itu. mcm mana?

    dgn kata lain KDN patut selesaikan cara ini dgn kebijaksanan akal fikiran dan bukan otak. harap tan juga faham dan harus tarik balik kenyataan akhbar tersebut.

    [Reply]

    volley Reply:

    @jossept anak kepingan, ko ne…ko ne dah mlampau…kristian cma pakai nama ‘allah’ je,yg ko masuk nama JESUS 2 syaitan ne napa ne…biarlah…suka ati korang la…yg memberontak ne la yg syaitan!!PAHAM!!!dah cukup

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @volley, itu cuma andaian dia. sekali lagi anda guna nama yang lain. tak perlulah tuduh melulu dalam hal ni. saya buka perbincangan ni untuk mereka yang cukup matang untuk berbicara.

    [Reply]

  31. napa perlu kita debatkan hal ini? lbih baik diam dan jan cbuk dgn hal ne….utk mngelakkan dari semua org trus marah,
    kan lebih baik jangan terbitkan halaman post komen ne…kalo bnda ne,dah lama aku buang kat parit bahagian komen ne…puas ati aku

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nota era, sebab tiada persefahaman la perlu ada ruang. cuma mungkin medium ni kurang sesuai. tanpa benda ni, saya tidak mungkin tahu yang selama ni penggunaan kalimah ALLAH adalah biasa di Sabah dan Sarawak.

    Tidak bolehkah kita bertolak ansur dalam hal ni?

    saya tahu saudara/i pun tidak berani mendedahkan siapa diri anda yang sebenar kan?

    [Reply]

  32. jossept anak kepingan

    @volley,

    cara percakapan anda menunjukan anda budak hingusan.
    kata mengikut otak dan bukan akal fikiran.
    otak bukan saja bagi udang tapi juga haiwan lain seperti lembu.

    cuba fikir mengikut cara orang dewasa atau arti kata lain seperti anda juga yang memerintah sesebuah negara. bukan setakat sebuah kandang. pelajarilah dari hadish atau kitab dan buka kata-kata mengikut hati. tak kira lah anda dari agama atau mazhab atau ajaran mana sekali pun, dari kata-kata anda seperti orang yang tak beriman.

    renung dan fikir-fikirkan lah wahai sahabatku satu malaysia.
    jika anda seperti ini, tidak mermaknalah laungan Dato’ Najib.

    [Reply]

  33. Isu Penggunaan Kalimah Allah
    Posted on Mac 11, 2009 by HermanSamsudeen

    Oleh Ust. Nasaruddin Hassan At-Tantawi
    Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat

    Pengguna Kalimah Allah oleh Non Muslim .

    Akhir – akhir ini isu penggunaan kalimah Allah semakin sensasi dan mencetus kontraversi malah turut mendapat ruang perbahasan di dalam parlimen . Hari ini pun , sejurus saya selesai menyampaikan kuliah Hadis di Akademi Ar Rasyidin , soalan yang sama ditimbulkan oleh salah seorang pelajar saya.

    Bagi saya dan sesiapa sahaja yang pernah tinggal di negara arab seperti Mesir , Syria dan Jordan tentunya menjadi perkara biasa mendengar penganut agama kristian menyebut kalimah Allah swt . Bahkan mereka turut bersumpah dengan menggunakan kalimah Allah swt . Maksud saya penggunaan istilah atau kalimah Allah tidaklah menjadi polemik dikalangan ummat Islam di sana.

    Mungkin kelihatan ganjil apabila ada beberapa pihak non muslim di negara ini mahu menggunakan kalimah Allah swt dalam penerbitan mereka , katalog mahupun signboard .

    Saya pernah memasuki sebuah restoran di Tanta Mesir yang tertulis di dinding kedainya perkataan Allahu Yarhamuk atau maknanya Semoga Allah merahmatimu . Pada mulanya mati – mati saya sangka itu kedai muslim sehinggalah saya dimaklumkan oleh seorang sahabat arab yang belajar sekelas dengan saya bahawa kedai tempat saya makan itu adalah kedai milik seorang nasrani [ kristian ] .

    Sepanjang masa saya berada di Mesir , tidak pula saya perasan wujud perbahasan mengenai penggunaan kalimah Allah dikalangan kristian meskipun Mesir adalah antara negara yang mempunyai ramai ulama’ yang hebat dan tersohor .

    Hukum Menggunakan Kalimah Allah oleh Non Muslim

    Bagi menjelaskan perkara ini , saya melihat isu ini dari 2 sudut . Pertama dari sudut hukumnya secara tekstual sementara sudut kedua ialah dari aspek kemaslahatan yang perlu dilihat dari implikasi kepenggunaan kalimah Allah oleh Non Muslim dalam negara kita Malaysia.

    Sudut pertama : Prinsip Hukum

    Allah swt adalah Tuhan sekelian Alam . Tuhan kepada semua makhluk malah dialah Tuhan yang Mencipta segala suatu . Tuhan yang Maha Esa dan Memelihara makhluknya . Saya percaya perkara ini turut diyakini oleh mereka non muslim dalam negara ini terutama bekas agama samawi seperti kristian .

    Malah hal ini diakui oleh al Quran apabila Allah swt berfirman dengan maksudnya :

    “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)-(Surah al-Ankabut ayat 63).

    Dilihat daripada ayat di atas , jelas mereka juga mengaku bahawa Allah swt adalah Tuhan yang mencipta dan memelihara alam ini dengan segala isinya . Bahkan Allah swt tidak melarang atau membantah golongan non muslim ini menggunakan kalimah Allah swt sebaliknya menyuruh Nabi Muhammad saw bersyukur ekoran pengakuan tersebut .

    Lalu saya berpendapat bahawa menggunakan Kalimah Allah swt sebagai tuhan yang mencipta oleh golongan non muslim tidaklah menjadi kesalahan .

    Sebenarnya yang menjadi perbahasan sejak dulu oleh para ulamak bukan terhenti di atas penggunaan kalimah Allah swt tetapi bagaimana mereka menanggapi Allah swt . Ertinya yang dilarang ialah perbuatan mereka mensyirikkan Allah swt .

    Menyebut dan menggunakan nama Allah swt pada tempat dan perkara yang tidak wajar dan tidak layak bagi Allah seperti mensyirikkannya maka ianya diharamkan . Sebagai contoh , Firman Allah swt yang bermaksud :

    “Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..(Surah al-Maidah ayat 73).

    Perkara yang terlarang berkait penggunaan kalimah Allah swt ialah perbuatan atau perkataan yang mensyirikkan Allah swt . Jika mereka menggunakan nama atau kalimah Allah dengan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan yang berkuasa maka tiada salahnya meskipun dia seorang non – muslim .

    Samalah isunya seperti Gobala Krishnan dan beberapa pemimpin cina DAP yang membaca ayat al Quran dalam ucapan mereka . Jika mereka membacanya dengan niat ingin memetik kebenaran yang terkandung di dalam ayat tersebut , kenapa kita mesti melarang atau menolak ? kecualilah dibaca dengan maksud menghina atau mempersenda . Jelas hukumnya haram dan kita wajib menegah siapa sahaja yang berbuat demikian meskipun ia seorang muslim , justeru menghina itu adalah salah [ dosa ] dan ditegah [ haram ].

    Sudut Kedua : Maslahah

    Perkara yang berkait dengan kemaslahatan adalah suatu yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa agama seperti Majlis Agama Islam , JAKIM , IKIM , Majlis Fatwa dan lain – lain badan berauthority . Sejauh mana penggunaan kalimah Allah itu mencetus keresahan dan mengundang polemik dikalangan rakyat yang berbilang kaum agar tidak tercetus perang yang tidak diingini .

    Juga perlu dilihat kepada kesesuaian dan keperluan menggunakan kalimah Allah tersebut sebelum kita menjatuhkan hukum , apakah ia membawa maksud yang berbeza dari prinsip tauhid sehingga membawa maksud atau nilai yang salah terhadap KeEsaan Allah swt dan segala kesuciaannya .

    Jika hasil siasatan memperlihatkan bahawa kepenggunaan nama Allah swt adalah kerana mahu turut sama menyebut bahawa Allah swt adalah tuhan yang sebenar dan Tuhan yang layak disembah maka tidak mengapa mereka menggunakannya . Namun jika hasil kajian dan siasatannya menunjukkan sikap yang jelas ingin mencetuskan kegelisahan atau keresahan dikalangan ummat Islam maka saya kira ianya wajar dihentikan . Apatah lagi membawa maksud mahu menghina agama Islam.

    Kesimpulan

    Hukum penggunaan kalimah Allah dilihat kepada bagaimana ia digunakan . Jika penggunaannya hanya bertujuan untuk merendah dan mempersenda agama Islam , maka ianya haram dan wajib ditentang habis – habisan sekalipun dilakukan oleh seorang muslim .

    Sementara penggunaan yang positif untuk memberi pengiktirafan bahawa Allah adalah tuhan yang mencipta sebagaimana yang disebut oleh Allah swt di dalam al Quran maka ia dibenarkan oleh syara’ sekalipun digunakan oleh non muslim .

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @john, terima kasih kerana berkongsi artikel ini.

    [Reply]

  34. jossept anak kepingan

    bro john..

    bukan dari sudut penggunaan itu membimbangkan umat islam.. tetapi percetakkan yang mungkin mengelirukan umat islam akan datang… apa bezanya jika penggunaan tu bebas.. dan pada satu masa ..dah tak boleh bezakan antara buku ilmuan islam dan cetakan yang dipesongkan… itu yang menjadi masalah sekarang dan ditentang seluruhnya… umat islam sekarang tak mahu masa akan datang kucar kacir… tak dapat bezakan terjemahan al-QURAN kitab allah dan BIBLE yang dah diubah. jadi harus kita tentukan sekarang demi masa depan anak cucu adam. allahhuakbar… sedangkan belom seluruhnya digunakan pun dah ader yang dipesongkan… apa tah lagi bila tak dikawal… kandang lembu pun boleh terbalik…

    [Reply]

    Kid The Phantom Thief Reply:

    @jossept anak kepingan, aren’t you? Emm…mmm… agak-agak la ekh, lau kita sendiri maupun generasi muslim akan datang tak dapat bezakan mana satu terjemahan ayat2 suci Al-Quran dan mana satu terjemahan Bible, itu salah sape ekh…nak tuduh salah umat agama lain pulak…muhasabah la diri, nampak sangat kita jarang-jarang nak bukak kitab suci Al-Quran, apatah lagi nak membacanya…kita istighfarlah banyak2 ye…malu la dengan umat agama lain yang sungguh2 jaga kitab mereka…kita???nak pelihara saje tanpa nak kenal…kate pepatah yang dah biase budak2 kecil pun dengar, ‘tak kenal maka tak cinta’. So, nak tak nak, lau kita nak buktikan yang kita cinta,sayang akan agama Allah ini, kenallah baik2 apa yang ada dalam kitab suci kita 2…tulah satu2 nye kitab peninggalan dari nabi Muhammad SAW.selin sunnah baginda. Boleh???

    [Reply]

    jossept anak kepingan Reply:

    @Kid The Phantom Thief,

    kalau dah tak tekawal… dan banyak musuh islam yang cuba binasakan agama allah itu.. maka
    org macam tuanhamba lah yang pertama akan jatuh kelembah itu.. sebabnya daripercakapan tuanhamba seperti org bukan islam menyamar islam atau pengikut islam sekunder… ( wahabA ker wahabB ker gua tak tau lah..) hanya allah yang akan tentukan nya… pencipta rekod dunia pun lahir dlmislam tapi bila dek pergaulan bebas dgn yang bukan islam pun boleh murtad.. apatah lagi belia2 muda kita zaman sekarang… free thingker … pegi jahanam la…

    [Reply]

  35. Choi

    Datuk Seri Najib Tun Razak telah menulis satu perkataan kaligrafi iaitu “he” yang bermaksud harmoni semasa menghadiri makan malam Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia. Tulisan ini senang untuk ditulis tetapi untuk mengekalkan keharmonian negara kita, terutamanya negara kita mempunyai penduduk yang pelbagai jenis kaum dan agama merupakan sesuatu perkara yang memerlukan jangka masa yang panjang. Selepas kejadian rusuhan antara kaum seperti peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, kes cubaan membakar dan lemparan bom petrol terhadap gereja sejak kebelakangan ini telah menjadi noda negara yang menjejaskan kemasyhuran negara. Perkara yang selama ini cuba kita kawal, akhirnya terjadi juga. Bagaimanakah kita dapat meredakan keadaan sentimen, menyenangkan perasaan rakyat, memulihkan status negara serta memastikan kejadian ini tidak akan berlaku?

    Media kini telah menjadi satu bahagian yang penting dalam proses interaksi antara manusia. “In the name of progress, our official culture is striving to force the new media to do the work of the old.”. Kemudahan yang ditawarkan oleh media baru seperti Internet dan telefon bimbit ditengah kesibukan manusia menyebabkan media baru menjadi pilihan yang tepat untuk memperoleh informasi kerana kebanyakan orang mampu mengakses Internet di mana-mana tempat. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pernah berkata media baru telah mencetuskan satu fenomena perubahan baru di seluruh dunia dan membolehkan orang ramai membaca apa sahaja yang ingin dibaca. Media baru mula menggantikan peranan media konvensional seperti surat khabar sebagai alat propaganda bagi pihak media dan penduduk dalam menyebarkan dan membincangkan sesuatu perkara.

    Bagi isu serangan ke atas rumah-rumah ibadah susulan isu penggunaan kalimah Allah, media baru memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat kerana Internet memberi peluang kepada kita untuk melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain dan berkongsi identiti. Hal ini telah menjadikan Internet sebagai satu jambatan yang menghubungkan masyarakat dengan pemimpin negara. Pada 8 Januari, Gereja Metro Tabernacre A/G Catholic di Taman Melawati, Gereja Assumption Assunta di Petaling Jaya dan Gereja Chappel di Damansara telah dilempar bom petrol, lantas menyebabkan berlakunya kebakaran. Penyerangan ketiga-tiga tempat ibadah ini telah menjadi isu pembicaraan yang hangat dalam laman web.

    Bekas pemimpin kita, Dr. Asri Zainul Abidin yang merupakan bekas Mufti Perlis, turut melibatkan diri dalam laman web Facebook dengan membincangkan isu serangan ke atas gereja dalam laman Facebook beliau dan mendapat sebanyak 95 respons daripada pengguna Facebook. Menurut beliau, tindakan merosakkan atau memusnahkan tempat ibadah agama tanpa alasan yang benar adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang murni. Kejadian ini mungkin berkaitan dengan isu kalimah Allah yang hangat dibincangkan sekarang. Beliau percaya penyerangan dilakukan oleh (1) golongan pihak yang fanatik dalam kalangan orang Islam yang tidak memahami disiplin Islam berhubung dengan tempat-tempat ibadah agama lain, (2) pihak yang fanatik dalam kalangan orang Kristian yang cuba menimbulkan provokasi, atau (3) pihak yang cuba mengambil kesempatan politik dari ketegangan agama di negara ini dengan tujuan-tujuan tertentu.

    Dalam ruangan respons, terdapat sebahagian orang bersetuju dengan pandangan Dr. Asri. Salah satu pengguna Facebook, Zaimie Congka berpendapat ada dalang yang sengaja memperbesarkan isu ni supaya suasana negara menjadi tidak aman dan kestabilan politik negara tergugat lantas menyebabkan kemerosotan ekonomi negara. Pengguna Facebook Kar Kheng memberi respons bahawa hal ini bukan sahaja berkait dengan apa yang kita percaya tetapi ia adalah tentang sikap seseorang sebagai manusia. Jika penduduk negara bersikap bertoleransi dan tidak mementingkan diri sendiri, penyerangan gereja tidak akan berlaku.

    Laman web telah membekalkan satu tempat bagi pemimpin dan penduduk untuk mengemukakan pandangan sendiri dan meluahkan idea sendiri. Pertukaran pandangan antara pemimpin dengan penduduk adalah lebih berkesan jika dibandingkan dengan media konvensional seperti surat khabar kerana pemimpin dan penduduk dapat memaparkan idea sendiri dalam laman web pada bila-bila masa.

    Internet membekalkan semua maklumat yang kita inginkan. “ The Internet represents the newest, most widely discussed, and perhaps most sighnificant manifestation of new media. The Internet constitutes the electronic network of networks that link people and information through other digital media technologies, and allow both interpersonal communication and information retrieval”. Oleh itu, kita dapat mengedarkan maklumat melalui Internet dengan cepat ke seluruh dunia tanpa sempadan.

    Internet sebenarnya membekalkan banyak maklumat kepada kita. Malangnya, sebahagian penduduk telah menyalahgunakan Internet dalam penyebaran maklumat yang melanggar undang-undang dalam isu penyerangan tempat ibadah. Ayat “ Ke nak aku baling bom petrol di sana plak?… harga boleh runding…” dalam Facebook telah mengheret seorang pelajar Akedemi Seni Budaya dan Warisan, Mohamad Tasyrif, 25, ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana dituduh menggunakan aplikasi dalam Internet dengan membuat komen yang mengancam dan mengganggu orang lain. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, tindakan bagi kes yang membabitkan komen-komen di laman berita seperti Malaysiakini tidak dapat dilakukan dengan segera. Pihak tertentu tidak dapat mengesan siapa yang bertanggungjawab kerana golongan ini akan menggunakan nama palsu serta tidak dapat mengesan Protokol Internet (IP) iaitu persetujuan yang digunakan kerana ia dimuat oleh laman berita, bukan pemberi komen.

    Mengapakah penduduk menyebarkan maklumat kritikan dalam laman web, bukannya media konvensional? Walaubagaimanapun surat khabar mengandungi kolum bagi orang ramai menyatakan idea tetapi kandungannya terhad menyebabkan orang ramai memaparkan pandangan dan kritikan sendiri dalam laman web. Apabila saya melayari laman web, banyak kritikan telah dipaparkan oleh pengguna internet kerana mereka mampu memberi komen dengan lebih terbuka. Internet juga membenarkan penduduk di seluruh dunia berkomunikai tanpa sempadan serta mudah diakses oleh orang ramai jika berbanding dengan media cetak yang boleh disampai ke kawasan tertentu sahaja.

    Selain itu, telefon bimbit juga disalahgunakan dalam penyebaran maklumat isu penyerangan tempat ibadah kerana individu telah menyalahgunakan telefon bimbit untuk menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu dan khabar angin. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan beliau telah menerima SMS berbunyi: “ Tolong jangan simpan tasbih dan artikel keagamaan (Kristian) dalam kereta anda…mereka memecahkan kereta…bermula di Bangsar, bantahan masih berjalan dan bergerak ke Shah Alam.” Penyebaran maklumat yang palsu akan mencetuskan kebimbangan penduduk kerana mereka mungkin percaya keadaan ini akan mengeruhkan keadaan negara.

    Pihak media perlu memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tidak akan menimbulkan ketidakpuasan hati pembaca. Walaupun media di negara kita seperti surat khabar diberi kebebasan bersuara, media ditegah untuk menyampaikan perkara yang mengandungi berita dan pandangan yang sensitif. Tambahan pula, Parlimen telah menetapkan undang-undang untuk melarang penerbitan sebarang berita yang sensitif seperti mempersoalkan perkara agama dan isu perkauman untuk menjamin keselamatan negara.

    Akhbar Herald-The Catholic Weekly yang menggunakan kalimah Allah telah menimbulkan reaksi yang besar daripada masyarakat. Penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katolik dikatakan telah menyebabkan sebahagian penduduk mengambil kesempatan merosakkan gereja sebagai bantahan selepas Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah. Sebagai media awam, surat khabar harus menyedari peranannya dalam memastikan sebarang isi kandungan akhbar tidak akan menimbulkan kesan terhadap semua pihak.
    Selepas kejadian penyerangan tempat ibadah, banyak pandangan daripada pemimpin negara sentiasa
    dipaparkan dalam surat khabar. Pihak kerajaan, tokoh Kristian, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya turut menyuarakan idea dan nasihat sendiri kepada masyarakat. Pergerakan Pemuda UMNO menyeru semua pihak bersatu mengutuk kejadian serangan dan cubaan membakar gereja. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata: “ kejadian itu tidak spatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat di negara kita.” Selain itu, Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong menggesa rakyat agar bersabar supaya isu sensitif tidak akan terus disemarakkan. Beliau juga menyeru semua parti politik negara bekerjasama untuk menenangkan orang ramai dan mengembalikan keamanan negara ini. Seruan daripada pemimpin negara difikirkan agak penting kerana seruan akan menyenangkan penduduk kerana pemimpin negara adalah orang yang
    berkemampuan untuk mempengaruhi pemikiran penduduk.

    Pada pendapat saya, pihak berkuasa hanya memberi seruan dan pandangan yang sama iaitu memujuk orang ramai supaya bertenang kerana keadaan tidak begitu mendesak sehingga mengancam keselamatan negara. Soalan saya ialah adakah seruan dan pandangan ini boleh menghalang kejadian ini tidak berlaku lagi? Saya tidak menafikan bahawa seruan mungkin akan menyenangkan segolongan penduduk mempercayai keadaan masih di bawah kawalan tetapi hal ini tidak akan menyenangkan golongan yang melakukan kesalahan.

    Media baru dan media konvensional dapat meningkatkan kesedaran penduduk mengenai isu perkauman negara. Semasa kejadian berlaku, pihak media menjadikan isu penyerangan sebagai agenda kerana penduduk dapat mengetahui perkembangan kejadian penyerangan tempat ibadah di negara ini. Dalam masyarakat yang berbilang kaum, kita sepatutnya memahami setiap kaum mempunyai sejarah dan kebudayaan masing-masing dan bersedia menerima asal usul mereka. Presiden Majlis Gereja Malaysia, Rev. Dr. Thomas Phillips berkata: “ kalimah Allah telah digunakan oleh orang Kristian di Indonesia mahupun Malaysia, terutamanya di Sabah dan Sarawak sejak lama, sukar kita menghalang mereka tidak menggunakannya.” Jika penggunaan kalimah Allah oleh golongan Katolik dihalang, hal ini mungkin akan mencetuskan masalah baru. Jadi, penduduk harus bertoleransi dan menerima penggunaan kalimah Allah oleh umat Katolik dengan rela hati supaya negara berada dalam keadaan yang damai.

    Kita tidak dapat menafikan perbuatan itu mungkin didorong oleh kemarahan individu berkenaan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh majalah bukan Islam, tetapi membakar gereja bukan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah atau sebagai bantahan. “Dialog antara agama boleh diadakan supaya rakyat berbilang kaum di negara ini lebih memahami kepercayaan agama masing-masing,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Dialog antara agama membolehkan wakil-wakil daripada kumpulan agama yang berbeza berbincang dengan lebih teliti mengenai kepercayaan dan masalah agama yang dihadapi. Dengan cara ini, perhubungan antara kaum dapat dieratkan dengan efisien kerana kefahaman pelbagai jenis agama ditingkatkan.

    Saya bersetuju dengan idea ini kerana melalui pendekatan berunding, kita dapat membincangkan sesuatu masalah dengan lebih berkesan sekiranya semua pihak yang terlibat rela dan sanggup memberi pandangan sendiri secara terbuka. Masalah bagi rundingan adalah rakyat dikatakan boleh menyuarakan pendapat sendiri, tetapi kita hanya boleh menyuarakan perkara yang tidak menyentuh perasaan setiap kaum. Kesannya, masalah antara kaum dan perasaan ketidakpuasan tidak diselesaikan, malah keadaan ini tertimbul menjadi semakin serius akhirnya muncul segolongan penduduk kritikal.

    Penyerangan tempat ibadah bukan sahaja menjadi berita di negara kita, tetapi sudah menjadi berita dunia. Kerosakan yang dilakukan oleh kumpulan fanatik tersebut telah menjejaskan nama baik Malaysia dan merosakkan kesucian agama. Pandangan orang asing terhadap negara kita terjejas kerana keadaan negara tidak stabil. Hal ini telah memberi kesan kepada industri pendidikan tinggi. Pusat promosi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di luar negara diminta menjelaskan penyerangan gereja supaya kedatangan pelajar asing melanjutkan pelajaran di sini tidak terjejas. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya harus dilakukan secepat mungkin untuk memperbaiki imej negara melalui media terhadap serantau dunia.

    Media memainkan peranan yang penting dalam isu penyerangan tempat ibadah. Media dapat meningkatkan kesedaran penduduk terhadap perkara-perkara yang berlaku dalam negara kerana penduduk dapat memperoleh media baru dan media konvensional dengan mudah. Selain itu, media baru juga merupakan satu jambatan yang menghubungkan pemimpin dengan penduduk untuk membincangkan isu tersebut dalam laman web. Dalam masyarakat kini, pelbagai jenis alat teknologi telah diperkenalkan seperti Internet memudahkan kehidupan kita tetapi manusia telah menyalahgunakan kemudahan ini untuk menyebarkan maklumat yang palsu. Bagi media konvensional, ia telah mengehadkan orang ramai meluahkan pandangan secara bebas.

    Isu penyerangan tempat ibadah telah mewujudkan banyak pandangan dan kritikan. Mari kita fikirkan, adakah isu ini mampu menjadi satu agenda yang besar jika semua rakyat Malaysia menganggap diri mereka adalah bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat? Kejadian peyerangan tempat ibadah telah menunjukkan sebahagian rakyat masih berfikiran tertutup dan belum bersedia untuk menerima antara satu sama lain menyebabkan mereka melakukan kerosakan sebagai bantahan penggunaan kalimah Allah oleh kaum lain.

    Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri mengandungi langkah yang amat bertetapan dengan cita rasa dan demografi rakyat seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu bangsa Malaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersatu. Peyerangan tempat ibadah telah menunjukkan rakyat negara belum menerima konsep ini dengan sepenuhnya. Pendek kata, masalah dan persoalan perkauman masih muncul sejak kemerdekaan sehingga hari ini. Bilakah kita boleh berfikir dan bertindak bersama untuk memajukan dan membangunkan negara di samping mempertahankan negara daripada sebarang ancaman?

    [Reply]

  36. jinggostar@ymail.com

    Seorang aktivis Kristian sdr K. Sudhagaran Stanley membuat kenyataan mendakwa kegagalan kerajaan bertindak terhadap wartawan majalah Al Islam yang didakwa kononnya menceroboh sebuah gereja tahun lepas antara punca kekecohan agama mutakhir ini dalam isu penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh puak Kristian. Malahan beliau mendakwa kerajaan sebagai anti-Kristian (sila lihat lapuran penuh yang disiarkan oleh MalaysiaKini bertarikh Rabu 20.01.2010 yang saya siarkan dibawah).

    Saya menyangkal tohmahan sdr K.Sudha dan menegaskan sebaliknya kelembutan dan sikap kerajaan yang terlalu bertolak ansur kepada kebiadapan puak anti-Islam lah menyebabkan ketegangan antara agama mutakhir ini,

    Sdr. Sudha perlu sedar bahawa Malaysia adalah negara yang menjadikan Islam agama Persekutuan sejajar dengan Artikel 3 Perlembagaan. Malahan Islam dan institusinya ditempatkan lebih tinggi dalam Perlembagaan melalui beberapa peruntukkan yang ada; antaranya mengiktiraf status orang Melayu sebagai beragama Islam, dan agama dan kepercayaan lain tidak boleh didakyahkan kepada orang Islam.

    Sdr. Sudha juga perlu faham sebenarnya sikap dan kebiadapan anti Islam yang dilakukan secara terbuka di negara ini yang menyebabkan ketegangan antara agama mula berlaku. Umat Islam dinegara ini sudah mula meluat dengan sikap biadap ini. Sejak 1950 lagi, apabila Natrah Maria Hertogh dimurtad dan dikristiankan oleh Mahkamah penjajah di Singapura, perasaan orang Islam sudah terguris. Dan akhir-akhir ini, kebiadapan itu semakin melampau, dan kerajaan langsung tidak mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan-perbuatan ini, antaranya:

    1. tindakan mengkristiankan Nor Aisyah Bukhori, gadis Melayu daripada Pontian, Johor pada tahun 1997. Bukan itu sahaja, pihak Kristian telah memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk merampas kembali Aisyah yang telah diselamatkan. Sebelum kes itu sempat dibicarakan, pihak Kristian telah menculik Nor Aisyah dan sehingga kini beliau masih hilang tanpa berita, walaupun ibunya baru-baru ini meninggal dunia. Tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang terlibat sehingga ke hari ini;

    2. tindakan sekumpulan bukan Islam membunuh dengan kejam keluarga Allahyarham Ibrahim Pillai, isterinya Siti Solehah anak mereka Nurrahimah berusia 5 bulan di sebuah kabin di Subang Jaya pada 14.02.1998. Keluarga ini dibunuh kejam dengan disembelih dan dipancung kepala mereka dan dikelar badan mereka hanya kerana memilih memeluk Islam. Sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil, dan pembunuh mereka masih bebas;

    3. tindakan sekumpulan bukan Islam memurtadkan Hartini Kamaruddin pada tahun 1996 dengan menukar nama beliau kepada Rajeswari. Kemudian menyaman ayah kandung dia sendiri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebanyak RM3 juta kononnya kerana tidak membenarkan Hartini menukar agamanya dari Islam ke Hindu. Sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dikenakan keatas mana-mana pihak walaupun jelas Perlembagaan Persekutuan dicemari;

    4. tindakan kumpulan Kristian yang memurtadkan seorang gadis Melayu bernama Azlina Binti Jailani dan cubaan menukar nama beliau kepada Lina Joy. Umat Islam sekali lagi diheret ke Mahkamah dan institusi Islam diperlekeh di Mahkamah Persekutuan pada bulan Ogos 2006. Pihak Church of Our Lady Fatima Brickfield yang melakukan upacara baptisma terhadap Azlina Jailani dan mengeluarkan sijil baptisma tidak dikenakan sebarang tindakan pun hingga kini walaupun perbuatan mereka jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang negara;

    5. Tindakan kumpulan bukan Islam diketuai oleh Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha dan Sikh berserta NGO-NGO bukan Islam lain termasuk Majlis Peguam yang cuba menjuarai penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC Interfaith Commission) yang antara lain memperjuangkan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia supaya umat Islam di Malaysia ini boleh murtad. Sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap para pengajur walaupun perbuatan mereka menghina umat Islam dan Perlembagaan Persekutuan;

    6. Tindakan Majlis Peguam yang jelas anti-Islam apabila menganjurkan secara terbuka “Forum Masuk Islam” yang jelas mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam beberapa kes mengenai hak jagaan anak-anak pasangan yang memeluk Islam, dan berdegil meneruskan forum tersebut walaupun seluruh umat Islam, daripada Raja-Raja, Perdana Menteri, ulama’-ulama’ dan umat Islam membantah dan mendesak mereka menghentikan forum tersebut. Sehingga hari ini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka walaupun perbuatan mereka menghina umat Islam dan institusi Islam.

    7. Paling akhir, tindakan segelintir Kristian yang mencabar umat Islam sehinggakan nama ALLAH tuhan yang disembah oleh umat Islam pun hendak dijadikan bahan pertikaian hakmilik!!

    Ini adalah antara secebis daripada banyak lagi perbuatan dan tindak-tanduk yang dilakukan dalam negara Malaysia ini yang jelas mencemar dan menghina Islam serta bertindak diluar batasan Perlembagaan dan perundangan negara.

    Jadi Sdr. Sudha, sebenarnya bagi umat Islam, kerajaan terlalu bertolak ansur dengan kaum bukan-Islam menyebabkan kami merasakan nasib dan maruah agama Islam tidak terbela. Sebab itu saya menyeru Sdr Sudha dan yang sewaktu dengan beliau supaya membuka sedikit mata beliau. Lihatlah bagaimana kamu boleh hidup aman damai dan memperkayakan diri dan keluarga, boleh mengamal agama kamu dengan aman damai tanppa gangguan; kerana sikap toleransi umat Islam bangsa Melayu dalam negara ini begitu tinggi, kerana agama Islam mengajar kami begitu.

    Sebaliknya, kamu lihat bagaimana nasib umat Islam dinegeri dimana mereka minoriti, samada diThailand (pembunuhan, pengeboman, perogolan berlaku hampir setiap hari, sehingga sedang solat pun ditembak mati), di Filipina (umat Islam diburu macam haiwan), di India (masjid tertua umat Islam dirobohkan oleh puak fanatik Hindu), Amerika (dimana masjid dibakar, umat Islam dihina dan ditekan), di Britain (umat Islam hidup saperti dalam sangkar), di Perancis (umat Islam nak bertudung pun tidak boleh), di Switzerland (menara masjid umat Islam pun diruntuhkan), di German (kubur umat Islam nak dihapuskan), dan jangan ceritalah nasib umat Islam di Chechen, Kashmir, Bosnia, Afghanistan, Iraq dan tidak lupa Falastin!!

    Oleh itu, saya seru diri saudara dan rakan-rakan bukan Islam lain, belajarlah hormat menghormati orang lain, hormati Perlembagaan dan perundangan negara. Islam adalah agama negara ini. Islam diletakkan ditempat yang tinggi didalam Perlembagaan. Umat Islam serta institusi Islam dihormati dan diiktiraf oleh Perlembagaan. Sebenarnya bukan kamu yang tidak dilindungi kerajaan, sebaliknya mutakhir ini umat Islam mula merasakan yang kami sendiri di anaktirikan oleh kerajaan!!

    [Reply]

  37. jinggostar99

    GELARAN KRISTIAN

    Bila Perkataan Ini Muncul?

    CHRISTIAN

    CHRIST

    CHRISTOS

    MESSIAH = AL-MASIH

    Umat Islam dipanggil muslim, sempena nama Islam sebagai agama yang diberi namanya oleh Allah SWT sendiri di dalam Al-Quran. Allah SWT berfirman di dalam Surah Ali Imran ayat 19 :

    “ Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam….. ”

    Firmannya lagi dalam Surah Al-Haj ayat 78 :

    “ …..(Ikutilah) agama orang tua mua Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu (kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad)…..”

    Berbeza dengan agama Kristian, nama agama yang mereka anuti sebenarnya tidak ada di dalam Kitab Bible yang menjadi pegangan mereka hari ini. Bukan Nabi Isa (Jesus) yang memberikan nama tersebut kepada mereka, tetapi sebenarnya perkataan Kristian itu diambil dari perkataan Christos dalam Bahasa Yunani yang memberi erti Messiah atau Al-Masih dalam Bahasa Arab. Perkataan ini juga memberi makna yang diurapi atau yang disapu dengan minyak kerana kemuliaannya. Orang-orang yang mengikuti ajaran mereka dipanggil dengan gelaran tersebut ketika berada di Mesir.

    Kisah Para Rasul 11 : 26 (Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaat itu satu tahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhialah murid-murid itu untuk pertama kalinya disebut Kristen)

    Maka bermula dari situlah lahirnya gelaran Kristian kepada penganut Kristian ini. Dengan erti kata lain Jesus sendiri tidak pernah mendengar nama agamanya sebagai Kristian kerana baginda tidak bertutur dalam bahasa Greek atau bahasa Inggeris dan nama Kristian hanya muncul lama selepas ketiadaan Jesus.

    Sebagai umat Islam kita boleh berbangga kerana kita tidak perlu mencari nama sendiri untuk agama yang kita anuti. Allah sendiri memberi nama Islam terhadap agama yang diturunkanNya kepada umat manusia.

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Rasa Macam Nak Buat Contest La Pulak | beliamuda {dot} com 08 01 10

Komen anda

CommentLuv diaktifkan