Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar

Salam sejahtera buat semua.

Gereja Metro Tabernacle A/G

Terkejut apabila terbaca kicauan di pagi hari mengatakan ada sebuah gereja telah dibakar. Dilaporkan, sebuah gereja di Desa Melawati telah dibakar lewat tengah malam tadi.

Kejadian ini yang terjadi di Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak telah dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH. Walaupun pihak polis menafikan dan masih dalam siasatan, tidak dapat tidak kita akan beranggapan pastinya ada kaitan dengan isu tersebut.

Kalau betul ianya dilakukan kerana isu penggunaan kalimah ALLAH, maka ini cuma salah satu akibat daripada percubaan untuk bermain dengan sesuatu hal yang sensitif. Namun begitu, saya tetap kesal dengan kejadian yang terjadi jika betul ianya dilakukan oleh orang Islam.

Walaupun terdapat golongan yang mengatakan isu penggunaan nama ALLAH ini adalah sesuatu hal yang biasa di Sabah dan Sarawak, perlu diingat ia bukan sebegitu di Semenanjung.

Ada dua benda yang tidak patut dicabar dalam kehidupan bangsa Melayu iaitu agama Islam dan ketuanan Melayu (termasuk perihal Raja-raja Melayu). Perkara-perkara ini sangat mudah untuk menyentuh sensitiviti Melayu. Jadi, jangan dicuba untuk mencabar sesuatu hal yang boleh menggugat kestabilan kehidupan majmuk di Malaysia.

Kalau akhirnya nanti Mahkamah tetap membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh Gereja Roman Katolik, saya boleh menjangkakan keadaan yang lebih dahsyat. Penyelesaiannya satu sahaja, tak boleh guna.

beliamuda: [1] Kalau ianya sudah lama digunakan di Sabah dan Sarawak, kenapa baru setahun dua ini isu pengunaan kalimah ALLAH dibangkitkan? Kenapa pula pihak Gereja Roman Katolik bersungguh-sungguh mencabar Kementerian Dalam Negeri? [2] Para penggodam pun sedang giat menyerang di alam siber. Laman web Herald dah beberapa kali digodam. Laman Kehakiman juga turut digodam.

[Gambar ihsan Metro Tabernacle]

82 thoughts on “Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar

  1. @Salvation, kau cakap senang je. kau sembah allah for real? kau sembah jesus. y x guna pekataan god kau ganti dengan jesus? aku syang lagi bangsa aku n agama islam aku. god bless you always too.

    • @adib, if u don’t know about Jesus, please don’t say or wisely talk like that. We as a Malaysian must respect each other. We, as a christian never talk about ur religious. Be patient and pray to God, let Him solve this thing. Together we pray as a religious person.

      • @nocommentation, aku xnak bawak ideologi mana2x la weh. cakap tu elok elok la sikit. aku xde niat pun nak bawak perkara semenanjung datang sarawak. tolong jgn menggelabah boleh x? aku x tau pa pa pasal kristian? kau pandai2 kau je cakap mcm tu. aku tanye je kan ade ke kristian sembah TUHAN nama ALLAH? kan ke korang sembah JESUS KRISTUS, ROH KUDUS, PE SUME. ADE KE ALLAH YANG MAHA ESA NI KAU SEMBAH?. KAU X PENAH SEMBAH ALLAH YANG MAHA ESA, KAU NAK GUNA NAMA DIA? X MALU? MEMANG LA AGAMA KRISTIAN, YAHUDI ISLAM AGAMA DARI LANGIT. MASALAHNYA ITU DULU. SEBELUM KITAB KORANG DIUBAHSUAI. AKU NAK CAKAP BANYAK PUN NANTI KO CAKAP AKU NI PANDAI2 WAT CERITA SENDIRI. KO PUN LAGI TAU DARI AKU KUT PASAL KO BANYAK TENGOK VIDEO VIDEO DEBAT ISLAM KRISTIAN. MEMBER MEMBER AKU PUN SUME KRISTIAN TAPI XDE LA MENGGELABAH MACAM KAU BILA AKU TANYA DORANG. DORANG RILEK AJA. aku x penah pesoalkan la ko nak sembah sape pun. lantak ko la ko punye agama. aku x nak pun. semua agama baik. kau nak tetiba cakap menggelabah apa pasal. kau duduk sarawak dari kecik? ade aku tanye? ade aku peduli? hidup ni kejap je. kalau kau nak kecoh kecoh ko duk sarawak dari kecik, xpayah menggelabah la. SEMOGA TUHAN MERAHMATI KAU. OK?

  2. Knp tiba2 org kristian ingn mengunakan nama ALLAH adakah mereka ingin mengelirukan org2 islam supaya dpt menarik ank2muda kita masuk ugama mereka??? Perdana Menteri kita harus mengambil langkah yg tegas supya jgn ugama lain dgn sewenang2nyg blh mengunakan nama ALLAH negara kita negara Islam dan majoriti pendudukny adala beragama islam so kpd penganut ugama kristian tolong respect kpd org2 yg berugama islam diMalaysia dan jgn timbulkan masalah perkauman lagi.

    • Cik Noraini Ahmad,

      Sebenarnya, orang Kristian di Sabah dan Sarawak sudah lama menggunakan Allah, malah sebelum mereka bersetuju menubuh Malaysia dengan Malaya pada masa itu. Soalannya, kenapakah kerajaan tiba2 mengambil tindakan ke atas umat Kristian secara mendadak walau pun ini bukan amalan pasca Malaysia? Oleh itu, isu orang Kristian tidak menggunakan kalimat Allah “sewenang2nya”. Masalah yang dihadapi sekarang adalah kurang penyelidikan umat Islam atas isu ini. Pendekatan ilmiah adalah perlu dan pensejarahan penggunaan kalimat Allah oleh orang Kristian di timur tengah harus dikaji dan dijadikan panduan bila umat Islam perlu memberi reaksi kepada isu ini.

    • @Noraini Ahmad, tidak secara tiba2 dan bukan utk megelirukan sesiapa.. sebelum merdeka lagi kristian d malaysia(sabah swk) sudah menggunakan Allah dalam bible krana bible yg digunakan adalah diterjemahkan dari indonesia. jadi, Allah bermaksud God/Tuhan. d indonesia penggunaan Allah oleh kristian tidak dipertikaikan dan mereka dapat menerimanya walaupun tdiri dari pelbagai agama. mengapa kita tidak? pertelingkahan begini hanya membawa diri kita ke NERAKA oleh kerana HAK YANG KITA TIDAK BAWA KE LIANG KUBUR! kenapa mau kita dihormati oleh kaum lain jika kita tidak menghormati kaum lain dahulu?? bukan kah baik jika kita saling mhormati.. jgn lah hanya krana islam adalah penduduk majority, kaum minority dtindas sehingga gereja dbakar!

    • Seperti yang dinyatakan sebelum ini bhw Kitab Injil (Bible) dlm bahasa Indonesia telah lama dibawah ke Sabah dan Sarawak sebelum masuk M’sia lagi. Kami dilahirkan dan dididik menggunakan perkataan trsebut, ia telah sebati dlm diri kami. Hilang perkataan itu bermaksud hilanglah sebahagian diri kami.

      Kalau benar M’sia ingin melarang perkataan tersebut dari diucap atau dicetak mana2 sekalipun oleh yang bukan Islam, maka laksanakanlah juga larangan tersebut di serata dunia. Perlu diingat Kitab Injil di Sabah dan Sarawak bermula dari Indonesia. Adalah tidak adil sekiranya hanya mempersalahkan orang yang bukan Islam di M’sia yang selama ini menggunakan perkataan tersebut tanpa mengganggu umat agama lain sehinggalah hal ini diprovokasikan.

      Bagi mereka yang ekstremist dalam sebarang agama, kenapa perlu mencari bencana? Kenapa perlu melihat sengsara? Kenapa perlu ada yang menderita? Adakah anda dilahirkan hanya untuk melaksanakan onar-onar tersebut? Semoga dosa anda diampunkan!

      • Bersabarlah saudara-saudara sekalian, saya memang kenal ramai di antara kamu dan memahami sentimen anda. Walaupun gereja saya tidak menggunakan BM/BI, tetapi ada pengalaman dan pendedahan dalam aspek ini semasa diluar negara. Sungguh indah memuji Allah menggunakan kalimat ini dan saya rasa hasilnya adalah perasaan yang lebih akrab dengan saudara Islam. Nabi2 pun hampir sama.

        Dalam masyarakat berbilang ugama, memang ada di kalangan kita yang akan menimbulkan masalah tetapi ingatkan ajaran yang diturunkan kepada kami, umat Kristian sekalian, bagaimana pentingnya bersabar, mengasihi mereka yang cuba menyakitkan hati kita dan juga terus berdoa untuk mereka.

        Tuhan kita tetap satu tetapi menampilkan dirinya kepada kita dalam tiga bentuk. Ramai yang tak faham dan tidak tahu yang kita sebagai Kristian percaya Tuhan itu hanya satu.

        Semoga kasih Tuhan menyelubungi dan melindungi saudara sentiasa. Amin.

    • Tuhan kami hanya satu…hnya orang yang ikhlas sahaja mengerti…dan yang bukan seiman hormatlah kami seperti kami menghormati kamu…kami menganggap kmu saudara kmi…e2 la yang di ajar oleh kami..dan tiada agama yang mengajar umatnya berbuat jaht…wlupun kami pya bible ne kna ckap disala tafsir oleh orang dulu2..memang la orang bkan kristian ckap g2….kami pn bleh ckap ajaran kmu disalah tafsirkan orang dlu2..biasalah manusia…xpernah lepas dari dosa.sekian..

  3. Pingback: Rasa Macam Nak Buat Contest La Pulak | beliamuda {dot} com

  4. 4 all christian, be patient…remember GOD. Not because of the words ‘God’ that used to say as ‘Allah’ become an isssue. REMEMBER!!! Don’t argue…Remember what Jesus had tell us all His words…

  5. aku xnak bawak ideologi mana2x la weh. cakap tu elok elok la sikit. aku xde niat pun nak bawak perkara semenanjung datang sarawak. tolong jgn menggelabah boleh x? aku x tau pa pa pasal kristian? kau pandai2 kau je cakap mcm tu. aku tanye je kan ade ke kristian sembah TUHAN nama ALLAH? kan ke korang sembah JESUS KRISTUS, ROH KUDUS, PE SUME. ADE KE ALLAH YANG MAHA ESA NI KAU SEMBAH?. KAU X PENAH SEMBAH ALLAH YANG MAHA ESA, KAU NAK GUNA NAMA DIA? X MALU? MEMANG LA AGAMA KRISTIAN, YAHUDI ISLAM AGAMA DARI LANGIT. MASALAHNYA ITU DULU. SEBELUM KITAB KORANG DIUBAHSUAI. AKU NAK CAKAP BANYAK PUN NANTI KO CAKAP AKU NI PANDAI2 WAT CERITA SENDIRI. KO PUN LAGI TAU DARI AKU KUT PASAL KO BANYAK TENGOK VIDEO VIDEO DEBAT ISLAM KRISTIAN. MEMBER MEMBER AKU PUN SUME KRISTIAN TAPI XDE LA MENGGELABAH MACAM KAU BILA AKU TANYA DORANG. DORANG RILEK AJA. aku x penah pesoalkan la ko nak sembah sape pun. lantak ko la ko punye agama. aku x nak pun. semua agama baik. kau nak tetiba cakap menggelabah apa pasal. kau duduk sarawak dari kecik? ade aku tanye? ade aku peduli? hidup ni kejap je. kalau kau nak kecoh kecoh ko duk sarawak dari kecik, xpayah menggelabah la. SEMOGA TUHAN MERAHMATI KAU. OK?

  6. Terima kasih saudara colin atas respon yg baik..

    dialog sebegini yg kita perlukan, bukannya pertengkaran yg tiada asas sebagaimana berlaku kini. Justeru diharapkan agar kerajaan memperbykkn dialog seumpamanya untuk sama-sama mencari titik persefahaman dan permuafakatan.

    berkenaan isu bakar Gereja, bagi umat Islam, sememangnya perbuatan yg haram. Justeru, tidak adil untuk mempertanggungjawabkan Islam dalam isu ini. Islam pun tidak akan melindungi org2 yg melakukanny. Samalah kiranya apabila masjid2 di USA dan Palestin dibakar dan diletupkan bbrp lama dahulu. Adakah adil menyalahkan Kristian dan Yahudi? Tidak bukan? Secara jujur, saya pun merasakan ada ‘tangan’ dari luar yg cuba memporak-perandakan kita. Justeru, kita selaku rakyat yg telah lama hidup aman damai di Malaysia harus bersatu padu dlm hal ni. Kita tunggulah keputusan siasatan itu nanti. Apapun, jgn biarkan kekecohan yg berlaku mhancurkan Malaysia yg kecil ni

    TQ =D
    .-= faris´s last blog ..Bas Dua Tingkat 2 =-.

    • Sdr Faris

      Saya setuju. Penjenayah mungkin bukan Islam, bukan Melayu tetapi pihak ketiga yang mengambil peluang disaat genting ini. Mengenai Sabah dan Sarawak (S&S), oleh kerana kedua2 negeri ini sebahagian daripada persekutuan, maka kita sekeluarga dan dari itu, isu orang S&S tidak boleh disisihkan dari arus perdana. Mereka dah mual dengan layanan sebegini. Semasa di luar negara awal 80’an, ramai yang menuntut di luar kerana mereka masih aliran BI tetapi universiti di Malaysia sudah menggunakan BM. Bagi mereka, terasa dipinggirkan dan disisih dari mata masyarakat umum Malaysia. Sejarah berulang lagi. Orang S&S merintih kenapa dibuat hal sedangkan dari dulu hingga malah kini tak ada masaalah.

      Bagi orang Semenanjung, walaupun penggunaan BM dalam gereja begitu sikit, tetapi ada juga terutama dikalangan orang S&S yang bekerja di semenanjung dan juga mereka yang berpendidikan BM. Harus dijelaskan di sini bahawa risalah dan penerbitan Kristian tidak boleh disebarkan kepada umat Islam. Oleh itu, sepatutnya tidak menjadi isu.

  7. @Colin Wong, apa yang dimaksudkan oleh kerajaan adalah penggunaan ALLAH dalam herald tu dicetak di semenanjung. sebab itu lah dia tidak bagi. ada pula pihak yang tiba tiba mengkaitkan dengan sabah dan sarawak. itulah pasalnya. apabila benda yang biasa di sarawak dan sabah di bawa ke semenanjung, tentulah orang akan berasa pelik dan mungkin akan timbul perasaan marah. seperti contoh, A dan B berjiran. mereka baik dan rapat malahan selalu bantu-membantu. A tahu yang B tidak suka akan anjing. di rumah A ada anjing, di rumah B tidak suka dan tidak pernah anjing masuk. apabila A melawat B dan sengaja membawa anjing masuk ke rumah B, tentulah B akan marah kerana dia tidak suka akan anjing dan belum pernah ada anjing pijak halaman rumahnya. walaupun A dan B duduk dalam satu taman. A hendaklah menghormati si B walaupun dalam satu taman yang sama anjing sebenarnya dibenarkan. ini perumpamaan sahaja. tidak berniat menyakitkan hati atau sebagainya. disebabkan pihak itu, orang islam di semenanjung terkena pula dengan sesuatu yang mereka tidak pernah fikirkan selama ini akan berlaku. . berkenaan dengan membakar gereja, itu bagi saya belum terbukti lagi orang islam yang melakukannya. jadi, kenapa sahaja mesti orang islam yang dipersalahkan sebaik sahaja benda macam tu berlaku. bagi saya, kepalanya adalah anasir dari luar yang ingin memecahbelahkan malaysia. ini sudah melampau. harap saya x sakitkan hati sesiapa. saya ni pun bukannya sempurna. salam.

    • @adib, yup.. maybe ada org ketiga.. kita tgu pihak polis siasat dan tengok sapa yg ditangkap.. jgn saja ada manipulasi pula bila penjenayah berjaya di berkas… yala.. suma menteri dalam negeri, polis2, judges pun bukan org lain___… peace!

  8. Sama ada kerajaan Malaysia melarang orang kristian menggunakan perkataan Allah, saya tetap menggunakan perkataan Allah setiap kali berdoa. kalau orang islam tutup mulut saya, saya dan semua orang kristian akan bergabung membuka mulut saya.

    Sejak sekian lama kristian Sabah menggunakan perkataan Allah. Mengapa sekarang baru heboh ??

    Di suatu tempat mungkin islam adalah majoriti tapi di kawasan saya daripada puluh ribu orang, islam tidak sampai sepuluh ribu. Jadi hati-hati. Jangan tunjuk hero di tempat sendiri. Fikirkan keselamatan saudara seiman..

    • @BeliaKristian, untuk kegunaan anda sendiri, itu terserahlah. tiada siapa yang akan dapat menghalang.

      yang menjadi kebimbangan pihak kami sekarang ni ialah penggunaan di semenanjung (seperti apa yang saya faham) sedangkan sebelum ini tidak pernah terjadi sebegini.

      tidak perlulah untuk kita bergaduh. kita hidup dalam satu negara. apa yang terjadi di gereja2 yang diserang itu sangat dikesalkan. kalau betul ianya dilakukan orang Islam, sesungguhnya orang yang melakukannya telah melakukan suatu larangan dan dosa yang besar. kami diajar untuk menjaga rumat ibadat agama lain. mungkin mereka yang melakukannya itu bodoh.

    • @BeliaKristian, Sama ada kerajaan Malaysia melarang orang kristian menggunakan perkataan Allah, saya tetap menggunakan perkataan Allah setiap kali berdoa. kalau orang islam tutup mulut saya, saya dan semua orang kristian akan bergabung membuka mulut saya.

      Sejak sekian lama kristian Sabah menggunakan perkataan Allah. Mengapa sekarang baru heboh ??

      Di suatu tempat mungkin islam adalah majoriti tapi di kawasan saya daripada puluh ribu orang, islam tidak sampai sepuluh ribu. Jadi hati-hati. Jangan tunjuk hero di tempat sendiri. Fikirkan keselamatan saudara seiman..

      Tak tawu jangan cakap.. orang marah bila perkara ni dibawa ke semenanjung.. tu je,dari dulu x penah heboh sebab x penah dibawa benda ni ke 1 malaysia. tp sekarang nampaknye sensitiviti kaum dah meningkat.macam yang kat atas cakap,ilah dalam arabic bukan Allah tp tuhan..mane boleh samakan.pastu yg ngko nak kuar ayat2 berbaur ancaman pahal? “tapi di kawasan saya daripada puluh ribu orang, islam tidak sampai sepuluh ribu. Jadi hati-hati. Jangan tunjuk hero di tempat sendiri. Fikirkan keselamatan saudara seiman..” hehe.. law nak kira… bangsa ko lagi poyo kat K.L nehh… pikir berpada2 nak taip beringat2 jangan sibuk nak tunjuk samseng.hidup tu biar beradab sket.Kat atas aku terbaca ade orang cakap menyesal Sabah + Persekutuan tp mase beratus-ratus orang sabah yang menyibuk kat k.l ni kene tangkap… merayu xnak kene hantar balik.. MALU katanye… jgn la nak bangga sangat dengan negeri kau.aku dah lama baca tp aku diam sebab sume sopan2.. sampai kau je,dahla.. penat aku. cakap siang pandang2 cakam malam ingat2 (tah kau paham ke tak) ciao

  9. SALAM SEMUA.SAYA SEBAGAI HAMBA YG CUKUP HINA LAGI KERDIL DI SISI TUHAN IGN MEMBERI PENDAPAT. MASYALLAH,SUBHANALLAH,ALLAH HU AKHBAR! SEBAGAI SEORANG MUSLIM,SAYA TERPANGGIL UNTUK BERKONGSI RASA. DI SABAH DAN SARAWAK PENGGUNAAN ALLAH MEMANG MELUAS.ITU KITA TAHU DAN KITA HORMAT MEMANDANGKAN DI SANA JUGA MEMANG MAJORITI BUMIPUTERA NYA ADALAH BERAGAMA KRISTIAN. WHICH IS OK. 🙂 DI GUNAKAN MELUAS OLEH MAJALAH,GEREJA DOA MEREKA . YANG MENJADI MASALAH NYA,APABILA PIHAK TERTINGGI MAJALAH ITU MAHU PUBLISH MAJALAH ITU KE SEMENANJUNG MALAYSIA…MAHU MENUKARKAN DARI GOD KE ALLAH..SEPERTI SEDIA MAKLUM DI SEMENANJUNG,ISLAM MERUPAKAN AGAMA UTAMA SINI…

    HORMATILAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA,HORMATILAH SULTAN,HORMATILAH SENSITIVITI MSYARAKAT MUSLIM DI MALAYSIA, AGAR TIDAK MNGGUNAKAN KALIMAH ALLAH ITU..GUNA SAJALAH GOD… ALSAN MEREKA KERANA ALLAH TELAH PUN DI GUNA MELUAS..ITU BENAR SEKALI..TETAPI MASALAHNYA KENAPA BARU SEKARANG MAHU MENGGUNAKAN ALLAH?MAHU BAWA ISU ALLAH INI KE MUKA PENGHAKIMAN?KENAPA?BENAR INDON SUDAH LAMA MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH BAGI RAKYAT KRISIAN NYA..TETAPI IA DILAKSANAKAN SEJAK TURUN TEMURUN YG LALU.TETAPI DI MALAYSIA IANYA TERJADI SECARA TIBA-TIBA…

    APA AKAN JADI JIKA KERAJAAN MEMBENARKAN PENGGUNAAN ALLAH OLEH SEMUA AGAMA DI MALAYSIA? HINDU PUN GUNA ALLAH,BUDDHA PUN SILAP HARIBULAN MENGGUNAKAN ALLAH..TIDAK KE PELIK DAN MENGELIRUKAN ITU WAHAI TEMAN2? YERLA DAH KERAJAAN KASI LESEN PADA AGAAM KRISTIAN,BUDDHA,SINGH,HINDU PUN TAK MUSTAHIL AKAN GUNAKAN NYA JUGA BETUL TAK? DAN SELEPAS ITU MSJID PUN MUGKIN BOLEH DI GUNA PAKAI OLEH SEMUA AGAMA..CONTOH MASJID ST. PAUL DAN MASJID MAHABRATA.. APA SEMUA NI?ADAKAH ANDA2 SEMUA MAHU KEJADIAN SEBEGINI TERJADI? MASYALLAH!!!…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge