Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi

Salam sejahtera buat semua.

[TerbaruMaklumat Fasa 2 Permohonan ke IPTA]

Lepasan Matrikulasi, PASUM dan Asasi 2009 yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

FASA

  1. Permohonan bagi kategori ini terbahagi kepada dua fasa;
    1. Fasa 1 – Pendaftaran dan Permohonan
    2. Fasa 2 – Pengemaskinian
  2. Pemohon yang tidak membuat pendaftaran dan mengemukakan permohonan semasa Fasa 1, tidak boleh memohon pada Fasa 2 dan seterusnya tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA. Fasa 2 hanyalah untuk pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua.

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Matrikulasi , PASUM dan Asasi 2009 ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; dan
  2. Lulus Matrikulasi KPM atau Asasi Sains UM atau Asasi UiTM dengan mendapat PNGK dan gred yang baik mengikut keperluan khas program pengajian, dan
  3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET), dan
  4. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). Ini hanya untuk permohonan ke USM.

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • Fasa 1 – 10 Disember 2009 – 10 Januari 2010
    • Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
  2. Sebelum membuat permohonan di Fasa 1, pemohon perlu membeli nombor pin dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • Fasa 1 – 10 Disember 2009 – 29 Januari 2010
    • Fasa 2 – akan diumumkan (biasanya selepas keputusan semestar 2)
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Matrikulasi seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM, calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

  1. Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan bagi Fasa 1 adalah;
    • UPU – 10 Januari 2010
    • USM – 29 Januari 2010
  2. Tarikh tutup bagi Fasa 2 untuk UPU dan USM akan diumumkan kemudian tetapi biasanya dua minggu selepas pengumuman keputusan semester 2.

MAKLUMAT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

[diberitakan oleh ePutra]

Comments

53 responses to “Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Matrikulasi, PASUM Dan Asasi”

  1. […] kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf (Matrikulasi, PASUM dan Asasi) dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian (online) secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi […]

  2. […] Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang […]

  3. fatin Avatar
    fatin

    nak tanya, kalau saya habis asasi bulan 10, saya kena apply UPU ni masa bila? saya dari asai uiam

    1. beliamuda Avatar

      @fatin, bukan ke kalau asasi UIAM salurannya mmg ke UIAM terus? takde sistem dalaman ke?

  4. presc Avatar

    hye…
    nk tnya ni blh lg ke apply utk matri?
    wkt kat skol ari tu xdpat apply coz lupa bwa ic..
    ckg kat skol xtrima lg..
    so, skg tgh frust…:(

    1. beliamuda Avatar

      @presc, matrik dah ditutup. sekarang fasa semakan / pembetulan.

  5. lalal Avatar
    lalal

    salam..
    nak tnye , kalo lepasan spm nak apply usm cmane??

    1. beliamuda Avatar

      @lalal, USM ada cara dia tersendiri. nnt saya tgk balik cmne.

      1. lalal Avatar
        lalal

        @beliamuda, tqvm..bile awk da jumpe..tlg la kc alert kt sye..
        anyway..thx a lot..

        1. anis Avatar
          anis

          @lalal, kalau usm, xleh msk terus,kene masuk matriks dulu,pastu baru boleh memohon di laman web usm.
          sebab dulu matrikulasi usm,bawah usm.sekarang diambil alih oleh kementerian pelajaran…

  6. WADI Avatar

    sy nk tny pasl sy ni dr asasi uiam dr kos arkitek,,sy nk tau yg sy ni xonline pn yg fasa 1 hr 2 sb sy dlm sem 2 ms 2..sy xthu plak ms 2 kna isi borang..tp lpas kuar result 2,3 hr lpas..so,sy nk tkar msuk ke ukm..tp pmohonan da dtutup..cmne?

    1. beliamuda Avatar

      @WADI, anda boleh hubungi pihak berkaitan untuk penjelasan lanjut.

    2. anis Avatar
      anis

      @WADI, setahu saya,jika membuat asasi disesebuah u,pelajar akan diserap masuk terus ke u tersebut dan tidak boleh memohon untuk berpindah ke universiti lain…
      pelajar yg mengambil matrikulasi,boleh memohon utk memilih universiti seperti usm dan ukm

  7. noor azrina binti ismail Avatar
    noor azrina binti ismail

    salam,camne nak masuk kalau lepasan stam tapi takde muet???

    1. beliamuda Avatar

      @noor azrina binti ismail, saya tidak pasti mengenai hal ini. Saudari boleh merujuk terus kepada pihak berkaitan. nnt boleh beritahu kepada yang lain.

    2. anis Avatar
      anis

      @noor azrina binti ismail, boleh melawat laman web yg berkaitan mengenai syarat2 kemasukan…boleh th syarat2 itu memerlukan muet atau tidak…

  8. norie Avatar
    norie

    salam..sy nk tanye..
    klau stdy asasi kt uiam..
    boleh x ble habis tu mohon utk degree kt u lain?
    atau memg hya boleh sambung kt uiam shj?

    1. beliamuda Avatar

      @norie, boleh sahaja, asalkan ianya diiktiraf di u yang anda nak masuk tu…

  9. akem Avatar
    akem

    x isi fasa 1~
    jadi xleyh mohon~
    mcm mane nk mohon~
    ade care lain~
    kene tunggu hingge bile?~

  10. rider Avatar

    nie nk tnya skit..
    asl jwpan belia cm x tau pape jew psl upu ngn usm..?
    sy x puas ati la…

    1. beliamuda Avatar

      @rider, nak tahu pasal apa? saya bukan orang kementerian pun. saya hanya melakukan hebahan. kaunter pertanyaan ada terbuka luas di pihak KPM.

    2. anis Avatar
      anis

      @rider, untuk mengetahui lebih lanjut,anda boleh menelefon pihak universiti tersebut,pihak universiti tersebut akan menerangkan dengan lebih lanjut…
      utk maklumat tambahan anda boleh ke booth universiti tersebut di karnival pendidikan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge