Permohonan Kemasukan ke IPTA Secara Online Sepenuhnya Untuk Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf (Matrikulasi, PASUM dan Asasi) dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian (online) secara sepenuhnya mulai sesi akademik bagi 2010/2011.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi, permohonan diadakan dalam dua fasa dan bagi fasa pertama ia telah dibuka kepada pemohon mulai 2 Nov lepas dan tarikh tutup adalah pada 31 Dis ini.

Fasa kedua permohonan pula akan dibuka pada 2 Feb 2010 mulai pukul 12 tengahari sehingga 30 Mac 2010.

Menurut kenyataan itu lagi, permohonan kali ini dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori bagi pemohon SPM 2009, kategori B bagi lepasan SPM 2008 atau 2007, kategori C untuk lepasan SPM 2006 atau sebelumnya atau yang mempunyai sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA dan kategori D adalah bagi lepasan SPM 2007 dengan sijil ulangan 2008 atau SPM 2007 dengan sijil ulangan 2009, atau SPM 2008 dengan sijil ulangan 2009.

Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar melalui URL laman web rasmi kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Bagi pemohon Fasa 1, mereka dikehendaki mengemukakan permohonan dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau MyKad serta kata laluan dan mengisi di bahagian maklumat peribadi, maklumat pekerjaan dan keluarga, kategori permohonan dan maklumat aktiviti ko-kurikulum yang disertai.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

beliamuda: Kepada pelajar yang berkenaan, diharap anda dapat menyampaikan info ini kepada rakan anda kerana sistem secara online ini akan berakhir sebelum tahun ini bagi Fasa 1. Harap Maklum.

Comments

71 responses to “Permohonan Kemasukan ke IPTA Secara Online Sepenuhnya Untuk Sesi 2010/2011”

  1. Emmanuel Avatar
    Emmanuel

    saya terlambat mengisi fasa 1,dan kini fasa 1 telah ditutup,saya ingin memohon kemasukkan ke IPTA umtuk tahun 2011,ada apa-apa cara agar saya dapat masuk ke IPTA untuk tahun ini juga walaupun tidak mengisi fasa 1

  2. cool Avatar

    sye da lpsn spm..tp da tlps wt fasa 1..pe plu sye wt…sy mhon utk dftr jew..psl dpt ke x msuk U 2..hal kdua..yg 2 sy blh mnta owg dlm usha kn..tp yg pnting nk dftr msuk U jew…tolong laa sye..sy buntu da nie..sume xleh tlg daa….

    1. beliamuda Avatar

      @cool, anda masih lagi boleh membuat permohonan dengan mengambil peluang fasa 2.

  3. fitrah mohammad Avatar
    fitrah mohammad

    sy br bli no upu skang ni.tp ble sy nk msk kn id tu skang(untk fasa 1),dh xda dh permohonanan kemasukan lepasan spm..
    mcm ne ni??

  4. flower's girlz Avatar
    flower’s girlz

    sye dah apply untk frasa 2,cm ne nk tau kputusan dterima atupun tdak…

    1. beliamuda Avatar

      @flower’s girlz, untuk keputusan, kena tunggu dulu. belum keluar lagi.

  5. kiela Avatar
    kiela

    slm…cmne sye nk pohon ni?sy ceyes nk msok ni..tlong laaaaa..uuuuwwwaaaaa……

  6. tuwawan pinky Avatar
    tuwawan pinky

    sy xtau apa lagi y ptut sy mhon
    klu blh sy nk mohon smua
    blh bgitau x apa y ptut sy isi??????

  7. kartiga Avatar
    kartiga

    nak memohon universiti tapi x dpt laman web yang sesuai utk memohon

    1. beliamuda Avatar

      @kartiga, apa maksud anda tak dapat laman web yang sesuai?

  8. franklyn Avatar
    franklyn

    pngmbilan ke ipta fasa kedua brmula bulan brapa dn bla tmpoh akhir prmohonan fasa kedua???????

    1. beliamuda Avatar

      @franklyn, Fasa kedua telah pun bermula sehingga 4 April.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge