Salam sejahtera buat semua.

Entah kenapa rasa macam patut pula tulis entri ni. Dalam entri Malaysia menang di separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2009 menentang Laos, ramai yang tanya ada siaran langsung ke tak.
Aish, rasanya dalam surat khabar dan tv dah heboh cakap nak buat siaran langsung. Dalam radio pun dah dihebahkan. Lagipun, perlawanan akhir kot. Mestila nak buat siaran langsung kan. Dah 20 tahun tunggu emas untuk bola sepak Sukan SEA ni.
Jadi, dengan ini, saya sekali lagi mengulangi yang siaran langsung perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam akan disiarkan oleh RTM 2 bermula pukul 6 petang (lepas tu mesti ada tambah, siaran bergantung kepada jadual perlawanan). Ada juga ura-ura mengatakan yang TV3 turut mahu menyiarkan siaran langsung (terbaca kicauan seseorang di twitter).
Betapa bersungguhnya menteri dalam perlawanan akhir ni, sampai disarankan supaya majikan membenarkan pekerja pulang lebih awal. Satu lagi alternatif dicadangkan ialah supaya disediakan televisyen untuk tontonan. Semoga pasukan Malaysia tahu apa yang rakyat Malaysia buat ni, biar rasa bersemangat sikit.
beliamuda: Layan jugak tulis entri ni sambil dengar lagu ekstravaganza.
Leave a Reply