Respon: HurulAini Memberikan Tip Tingkatkan Trafik

Salam sejahtera buat semua.

Entri ini adalah respon kepada entri di hurulaini.net yang bertajuk “Blog kadang kala boleh jadi sungguh pelik…” yang membincangkan mengenai tip tingkatkan trafik blog dan mesra carian google.

Alexa Ranking

Entri diatas ditulis pada 18 Disember, sehari selepas berlaku peningkatan trafik di blog hurulaini.net. Keadaan tersebut turut berlaku kepada saya, seperti yang ditulis dalam entri sebelum ini. Rasanya, ada beberapa lagi blog yang mengalami peningkatan trafik pada hari tersebut disebabkan adanya peristiwa yang hampir seluruh umat manusia di Malaysia tahu mengenainya.

One-day-glory’, istilah yang diberikan HurulAini berkenaan peningkatan tersebut. Memang tepat untuk menggambarkan keadaan pada waktu itu, sebab seharian selepasnya, berlakulah penurunan mendadak dalam jumlah trafik. Maka, terhasillah graf runcing yang tajam. Ngeh3.

Kebiasaanya, trafik sementara ini tidak banyak memberikan kesan kepada ranking di Alexa, tetapi jika trafik ini dapat dikekalkan untuk satu tempoh, akan berlaku sedikit pengurangan nombor kedudukan di Alexa. Satu lagi yang saya perasan ialah blog di platform blogspot mungkin kurang berkesan untuk Alexa (kecuali anda menggunakan domain sendiri dan trafik betul-betul tinggi).

Dalam tip meningkatkan trafik blog, ada enam poin yang diberikan. Dalam banyak-banyak poin, yang keenam adalah yang paling sukar untuk dilakukan. Bukan mudah nak tulis entri baru dan bermanfaat. Kalau anda kenal blogger yang tahu menggunakan cara ini, belajarlah bagaimana dia membina entrinya. Saya ada kenal seorang. Hehe (kalau dia komen entri ni, baru saya beritahu siapa dia).

Google

Seterusnya, HurulAini ada memperkatakan tentang tip mesra carian Google. Secara jujurnya, sukar untuk mengetahui bagaimana cara algoritma enjin carian Google ini. Tapi, setakat mengamalkan apa yang ditulis tu, memang dah cukup bagus dan terbukti berkesan. Rajin-rajnlah bersahabat dengan enjin carian terutamanya Google dan belajar menggunakan alatan-alatan berkaitan laman web dan blog yang disediakan Google.

Mengenai tip menjadi blogger berkredibiliti:

  1. Benda paling kita faham adalah diri kita sendiri, sebab itulah paling mudah menulis entri macam ni. Dalam sejarah entri di beliamuda {dot} com ni, hanya ada satu sahaja entri yang saya panggil artikel. Walaupun isu dalam entri tu kecil, cara penulisan entri tersebut sangat berbeza dengan cara penulisan entri yang lain dan memakan masa.
  2. Entri kontroversi paling menarik sekali sebenarnya. Paling senang nak menarik perhatian orang lain, tapi anda kena bersedia untuk menerima kata-kata kesat dan makian la. Cuba elakkan (pernah ke saya buat entri kontroversi?). Saya faham bagaimana perasaan HurulAini mengenai huraiannya di sini.
  3. Fakta adalah paling penting. Tapi, walaupun dah ada bukti, tetap akan ada yang mempersoalkan.
  4. Menulis untuk mendapat komen dan mendapat trafik ada dua benda berbeza. Apabila dah dapat komen banyak, trafik tidak tinggi sangat. Bila dah tinggi trafik, komen sikit pun tak ada. Yang ni bergantung kepada pembaca. Ada blogger yang suka dengan komen yang banyak. Ada yang lebih mementingkan trafik. Cuba imbangkan.
  5. Entri panjang, kadang-kadang peratusan untuk dibaca habis sangat rendah. Kalau panjang, cuba selitkan dengan grafik supaya dapat melegakan mental pembaca. Pecahkan kepada bahagian adalah satu alternatif.
  6. Tajuk yang tepat. No komen (susah juga nak bagi tajuk untuk sesuatu entri).
  7. Pasal kredit pun boleh bawa masalah. Silap-silap kena tuduh plagiat @ curi hak orang. Kreditkan di mana yang patut. Kalau bersalah, kita mengaku. Kalau kita betul, pertahankan. 🙂

Yang terakhir sekali, bukan mudah nak praktikkan. Lagi senang cakap sahaja. Selamat mengaplikasikan dan memeriahkan dunia blog di Malaysia.


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!

beliamuda: [1] Paling best masa trafik memuncak ialah iklan nuffnang turut beraksi. [2] Kalau tak faham apa yang ditulis di sini, sila baca dulu entri asal.

Comments

26 responses to “Respon: HurulAini Memberikan Tip Tingkatkan Trafik”

  1. cikepal Avatar

    entry yang berguna 🙂
    .-= cikepal´s last blog ..A broken heart is a heart that has felt love….. =-.

  2. akubukanartis Avatar

    erm…tak ada apa nak cakap…
    😀

    thanks for the info, 🙂
    .-= akubukanartis´s last blog ..Gatal + Zina + Malu + Bunuh = BODOH! =-.

  3. Kujie Avatar

    kak jie pengikut, jarang dpt menulis tips

    tak reti sebenarnya, tapi selalu kalau dihubungi melalui email, kak jie akan reply

    p/s – dr pemerhatian , kalau musim dunia politik tengah hangat, alexa ranking akan jatuh sebab blog2 politik tengah hangat
    .-= Kujie´s last blog ..Percutian mendebarkan dan pengalaman indah =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Kujie, musim politik tak lama lagi datang semula la tu…

  4. adamokhtar Avatar

    thnx 4 sharing. nice tips 😉

    1. beliamuda Avatar

      @adamokhtar, terima kasih kepada penulis asal. entri ni hanya sekadar respon sahaja.

  5. Eldy Voon Avatar

    tips yg agak umum.. Btw, nice try ^^
    .-= Eldy Voon´s last blog ..Geng blogger – bloggers bergeng =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Eldy Voon, not tips from me, just a respon for her entry…

  6. ariff Avatar

    belum pernah dapat trafik yang meruncing..
    .-= ariff´s last blog ..Tips Menjenamakan Blog Anda =-.

  7. Motivasi Kerja Avatar

    Assalamualaikum. Bagus entri kali ni. Banyak info macam mana nak tingkatkan traffik. Saya yang baru belajar ni seronok membacanya. Cuma kalau dapat bagitau juga cara-cara bagaimana meningkat trafik menggunaka enjin carian tu..

    1. beliamuda Avatar

      @Motivasi Kerja, yg tool tu ke? yg ni basically tool yang telah disediakan oleh Google dan Yahoo (biasa guna yang google)

  8. Melz Avatar

    jawapan aku 🙂

    1. yeap betul tuh . penulisan yang mengikut skema penulisan senang terindeks di dalam google 😉

    2. kalau dah buntu untuk membuat suatu entry . ada baiknya mencari maklumat didalam surat khabar dan Olahkannya lagi ahaks

    3. yeap aku setuju . sekiranya nak buat satu entry . si penulis perlu tahu dan kaji sedalamnya supaya penulis boleh menjawab segala pertanyaan 🙂

    soalan : fav icon kau tuh regedit ke ? haha offtopic nie . sajer mau tau
    .-= Melz´s last blog ..Ntahlah Kedai Makan =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Melz, Balas balik… 🙂

      1.Sebab orang yang search pun guna ayat skema / baku

      2.haha.. betul tu. cuma kena pandai pilih la yang mana satu.

      3. –

      jawapan: yup, regedit… aku nak wat sendiri, tapi takde idea lak… ngeh3.

  9. eyriqazz Avatar

    A very good tips…kasilah tips2 lain lagi ye nanti…
    .-= eyriqazz´s last blog ..flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @eyriqazz, ni olah yang orang dah bagi je. nnt kalau ada lagi, akan dikongsi lagi.

  10. HuRuL_AiNi Avatar

    SALAM….

    terharu & terkejut dapat respon dlm bentuk entri mcm ni…hehehehe…tq tq, kamsahanmida, domo arigato guzaimasu…

    alexa ni susah sikit nak jaga…..turun naik ikut suka dia je….lagipun diindex secara global….so kalau rank juta-juta pun redha je….hehehe

    point yang ke-enam tu, memang agak payah tapi bila kita berusaha ke arah itu, dari situ bermula kredibiliti blog kita. sebab tu bagi aku lebih baik trafik ala kadar je, tapi kualiti ada….memang payah nak buat….last-last banyak entri merapu yang keluar…hehehe. neway, blogger mana yg ko jumpa, share la jugak…nak juga aku belajar dari dia….

    bahagian mesra google tu pun aku x reti sangat…pernah aku baca ada blogger cari keyword dulu, baru tulis artikel….tapi kalau kita buat mcm ni; akan berlawanan dengan point pertama bahagian ketiga ~ menulis apa yang kita tahu…hehehe
    cara yang aku buat; kalau rasa ada perkataan yang berkebarangkalian boleh menjadi ‘keyword penarik trafik’; highlightkan word tersebut dengan H2 tag; tag/category atau sertakan dalam tajuk atau permalink…

    tambahan pasal entri kontroversi, kebiasaannya ia bersifat sementara atau bermusim…untuk long term, kurang membantu untuk trafik….kan kan kan…

    kekeke….entri panjang masih jadi masalah aku…..aku cuba pendekkan pun masih juga orang kata panjang…last2 aku tulis je la segala yang dapat…siapa yang memang nak baca akan baca gak….hehehe….
    mcm entri aku ni….dari lebih 100 view; aku rasa mungkin 5% je yang baca….hahahaha….tak kisah la, yang penting aku sampaikan apa yang aku nak sampaikan;kan kan kan…

    anyway, thanks sebab baca entri aku tu & bagi respon begini….yang baik sesama dikongsi….yang kurang atau tak baik sesama la kita perbaiki & tingkatkan…

    majulah dunia blogging utk negara (cheewah)…

    P/s: ko dah biasa kan aku komen pepanjang….miahahaha
    .-= HuRuL_AiNi´s last blog ..Blog kadang kala boleh jadi sungguh pelik… =-.

    1. beliamuda Avatar

      @HuRuL_AiNi, WASSALAM.

      blog ni pun dah banyak keluar entri merapu. tengah cuba improve nak tulis yang lebih berkualiti, tapi still boleh tarik orang.

      yang keyword2 ni satu hal pulak kan nak cari dulu. kalau dah terbiasa, mungkin akan senang sikit kot bab ni. blogger yang aku cakap kat atas tu, Kak Jie la. Setiap kali baca entri dia, mesti ada sumthing. Tajuk pun bukan main lagi. Hehe.

      Entri kontroversi tu mmg sementara je. Ada entri dalam blog ni biasa je, tapi konfem setiap hari ada visitor. Kena imbang gak la kalau nak wat kontroversi dan long term ni.

      ps: tak kisah pun nak komen pepanjang. baru rasa macam berbaloi tulis entri kan… hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge