Respon: HurulAini Memberikan Tip Tingkatkan Trafik

Salam sejahtera buat semua.

Entri ini adalah respon kepada entri di hurulaini.net yang bertajuk “Blog kadang kala boleh jadi sungguh pelik…” yang membincangkan mengenai tip tingkatkan trafik blog dan mesra carian google.

Alexa Ranking

Entri diatas ditulis pada 18 Disember, sehari selepas berlaku peningkatan trafik di blog hurulaini.net. Keadaan tersebut turut berlaku kepada saya, seperti yang ditulis dalam entri sebelum ini. Rasanya, ada beberapa lagi blog yang mengalami peningkatan trafik pada hari tersebut disebabkan adanya peristiwa yang hampir seluruh umat manusia di Malaysia tahu mengenainya.

Continue reading

5 Tip Pengurusan Masa yang Efektif

  1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin untuk mengelakkan momentum tersebut hilang “umhnya”.
  2. Tahu dan kenal pasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang penting dan perlu disiapkan segera.
  3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang untuk membantu anda. Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk menyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.
  4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri untuk sesetengah keadaan. Kadang kala anda perlu mengikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya yang perlu dibantu.
  5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.

beliamuda: artikel ini diambil daripada buku program Kem Penghayatan Islam (KPI) 2009, UTP