Hidup Berani Untuk Gagal – Keadaan Terkini

Salam sejahtera buat semua.

Battle of Hidup Berani Untuk Gagal

Wah, memang dahsyat jugaklah sambutan contest Hidup Berani Untuk Gagal anjuran Denaihati ni. Jumlah peserta telah melepasi 100 orang. Apa kurangnya, promosi daripada peserta sedia ada sedikit sebanyak membantuk menyebarkan tentang contest ini.

Dengan nilai hadiah ditawarkan berjumlah lebih RM3750, siapa yang tidak mahu kan? Hadiah untuk lima blog tertinggi ialah RM500, sementara lima blog seterusnya ditawarkan hadiah RM250.

Apa yang menarik dalam peraduan ini ialah ranking blog peserta sentiasa berubah. Tambahan lagi, tarikh tamat contest ini masih lagi belum diumumkan. Entah bila, saya pun tak tahu. Kalau En. Denaihati sudi beritahu, kami sebagai peserta ni, nak tahu juga. Hehe.

Menjadikan contest ini lebih menarik, enjin carian awal yang dicadangkan telah ditukar daripada google.com.my kepada google.com. Banyak kesannya kepada kedudukan blog peserta. Ada seorang blogger mengatakan blog yang dihoskan di US dan blog di platform blogspot mempunyai kelebihan dalam contest ini.

Tercabarlah juga sebahagian peserta yang guna hosting sendiri dan dihoskan di Malaysia. Inilah yang menjadikan contest ini lebih menarik. Kalau disemak di enjin carian, beliamuda {dot} com lebih berpeluang kalau di google.com.my manakala kedudukan agak jauh terbelakang di google.com dan ada blog di blogspot yang memotong.

Jadi, kepada yang belum masuk lagi dan rasa macam nak masuk, jangan lupa join sekali. Boleh semak tentang contest ini di entri Hidup Berani Untuk Gagal.

beliamuda: Inilah masa yang sesuai nak menajamkan skill berbaik-baik dengan Google. Ngeh3.

Comments

14 responses to “Hidup Berani Untuk Gagal – Keadaan Terkini”

  1. zool Avatar

    Belum masuk lagi. Tengok kawan2 blogger masuk je ..
    .-= zool´s last blog ..Spagheti cincai yang sedap =-.

    1. beliamuda Avatar

      @zool, “belum masuk lagi”… nak masuk ke tu? hehe.

  2. wanwma Avatar

    sejak kebelakangan ini blog saya mengalami masalah SEO yg agak tragik..tengah cari jalan penyelesaian lagi..huhu..tah nak masuk tak contest ni tah..
    .-= wanwma´s last blog ..Menghargai Sebelum Dihargai =-.

    1. beliamuda Avatar

      @wanwma, masalah SEO yang macam mana tu?

  3. ariff Avatar

    jadi kalau tukar server hosting ke US peluang lagi tinggi lah ye?
    .-= ariff´s last blog ..End Semester Exam 2009 =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ariff, entahla… kedudukan dah dikuca-kacirkan kat google.com sebab keyword ni turut appear di laman macam digg, yahoo buzz sume tuh… huhu…

      1. ariff Avatar

        @beliamuda, hm. rasanya digg tu semua dan segala jenis benda tak
        patut dikira. pemenang mesti dikira ikut blog asal punya listing.

        benda-benda tu nak buat boleh, mungkin membantu, tapi tak boleh dikira
        untuk menang pertandingan la.

        pendapat aku je..
        .-= ariff´s last blog ..What’s Up With Hidup Berani Untuk Gagal =-.

        1. beliamuda Avatar

          @ariff, mmg tak dikira, tapi macam ada efek pulak kan untuk ranking tu.

          rasa cam betul je pendapat ko…

  4. x-po Avatar

    nmpknya melepas aku nk dpt rm500 kalau guna google.com..huhu
    .-= x-po´s last blog ..LELAKI, BOLA SEPAK, DAN TEMAN WANITA/ISTERI =-.

    1. beliamuda Avatar

      @x-po, makin terabur kedudukan kat google.com dengan laman-laman bukan blog.

    2. denaihati Avatar

      @x-po, Bro jangan kecundang sebelum berjuang. Bayangkan kalau 100 yang gunakan blog bro untuk referral…bayangkan sebelum tidur malam ni…bayangkan
      .-= denaihati´s last blog ..Aku kena Santau =-.

  5. kawie2020 Avatar

    confrimla aku melepas nih.. hehehehe
    .-= kawie2020´s last blog ..Skandal…. =-.

  6. hazwan Avatar

    memang mencabar contest ni erk…….
    baru nk belaja SEO
    da terer br bleh join contest2 camni
    .-= hazwan´s last blog ..Geng Blogger: Konspirasi Blogger SeMalaya =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, memang pon. persaingan bukan setakat dalam negara je, dah sampai luar negara, sebab ada yg submit link ke laman-laman social macam digg, yahoo buzz n etc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge