Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

Salam sejahtera buat semua.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Doa Awal Tahun Hijrah

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Comments

25 responses to “Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah”

  1. eZmALizA Avatar

    terima kasih ya..mintak izin utk share di facebook.. 🙂 thank you so much..salam maal hijrah.. 🙂

  2. sham Avatar
    sham

    tq. so much…..mohan share kat FB ye….tq banyak-banyak

  3. Syamila Mansor Avatar

    mohon share di blog.
    Syukur buka facebook tadi, kalau tak terlepas juga peringatan ni.

  4. ainuddin Avatar
    ainuddin

    slm, mohon share yer..

  5. m.anas syazwan b md kamal... Avatar
    m.anas syazwan b md kamal…

    salam..
    saya nak tanya saya baca doa akhit tahun tadi…
    saya sempat baca dua saja…
    yang satu lagi saya baca juga tapi dah azan…
    tidak apa ke?

  6. Laily Wahab Avatar
    Laily Wahab

    Salam dan terima kasih atas doa2 yang diberi. Semoga memberi panduan dan pedoman kepada kita semua dan sentiasa dalam redha dan restu Allah swt…insyaAllah

  7. […] terakhir tahun 1431H. Masalah akses blog tersebut disebabkan oleh peningkatan akses untuk entri bacaan doa akhir dan awal tahun. Memang telah berlaku peningkatan sejak beberapa hari lalu, namun peningkatan mendadak bermakna […]

  8. […] – kaki : sila klik di sini untuk bacaan doa awal & akhir tahun […]

  9. yam Avatar
    yam

    Nak tanya..kl tak da hadis tentang doa ni..sapa plak yang dengar setan kata:
    “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
    dan..
    “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

    Bukan ke ada unsur2 penipuan di sini!!

  10. […] ambang tahun baru hijrah lewat petang semalam, dipaparkan di TV1 acara membaca doa akhir tahun dan awal tahun yang diadakan di Masjid Negara yang dihadiri oleh orang kenamaan seperti Yang Di-Pertuan Agong […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge