Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

Salam sejahtera buat semua.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Doa Awal Tahun Hijrah

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu, sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia.

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

Comments

25 responses to “Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah”

  1. […] ringan tangan ini mengangkat tangan ke langit, lantas berdoa kepada Tuhan, melafazkan doa akhir tahun. Teringat lagi, sebelum ini, kerapkah aku berdoa meminta kepada Tuhan? Ibadah semudah ini, jarang […]

  2. penaberkala Avatar

    salam maal hijrah
    .-= penaberkala´s last blog ..CONTEST @ [Ekspresi] Dot Com =-.

  3. N0t !mportant Avatar
    N0t !mportant

    MA ASSLAMAH 1430 HIJRAH..AHLAN WASAHLAN 1431 HIJRAH

  4. izzati hashim Avatar
    izzati hashim

    salam maal hijrah 1431 H~ moga hijrah kita ke arah yg lebih baik, demi mencari redha Ilahi…

    1. beliamuda Avatar

      @izzati hashim, salam maal hijrah. terima kasih…

  5. Hariz Avatar

    sy ingin hafal ayat ini terima kasih

  6. ujee Avatar

    salam…mohon dikongsi bersama ye…

  7. ira Avatar

    mohon share ya

  8. LR Avatar

    nak share ye. terima kasih. =)

  9. ameer irfan Avatar
    ameer irfan

    baca jngn xbaca

  10. Nizam Avatar
    Nizam

    Bismillahirahmanirahim. Tahukah anda kalendar Hijrah tidak wujud pada zaman Rasulullah kerana ianya hanya diperkenalkan pada zaman pemerintahan ‘Umar al-Khaththab r.a iaitu tujuh tahun setelah baginda wafat. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyambut kehadiran bulan Muharram atau kedatangan tahun baru dengan upacara yang tertentu.

    Sebenarnya kesemua amalan-amalan sempena tibanya tahun baru hijrah tidak memilki dalil-dalil yang sah daripada Rasulullah s.a.w. bahkan para Imam-Imam mazhab seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi’i dan Ahmad r.h juga tidak pernah mengamalknnya. Bahkan Saidina ‘Umar yang memperkenalkan kalendar ini juga tidak pernah melakukan atau menganjurkan upacara terterntu sempena kedatangan tahun baru dan begitu juga para sahabat serta para al-Salafussoleh yang lain.

    Pada hakikatnya kedua-dua lafaz doa akhir & awal tahun serta fadhilat yang ditetapkan itu tidak pernah wujud dalam mana-mana kitab-kitab hadis dan tidak ada juga hadis walaupun yang bertaraf lemah (dha’if) mahupun palsu (mawdhu’) yang mengkhabarkan tentangnya.

    Tetapi sekiranya sesiapa yang hendak membacanya tanpa beri’tiqad seperti yang ada di dalam fadhilat yang direka tersebut silakan, kerana ia termasuk di dalam keumuman doa, dan perlu diingat tidak ada upacara khas atau dibaca beramai-ramai (untuk membaca doa tersebut).

    Maka marilah kita mencari yang Sunnah dan menjauhi yang Bidaah. Insyaallah.

    1. honey ej Avatar
      honey ej

      @Nizam, taknak buat…tak yah laa…dia buat, dia dapat.
      mudah aje.

      1. din Avatar
        din

        @honey ej,
        “dia buat dia dapat” buat ape? amal ibadat kita hendaklah yg sohih datang dari Rasulullah saw aje yg d anggap sohih; bila buat baru dapat.
        Kalau dah Nabi saw serta semua para sahabat & imam2 mazhab pun xde buat, kita nak sandarkan kpd siapa lagi amalan kita tu?
        Islam trsangat mudah, kembali kpd yg asal – alQuran & Sunnah. insyaallah selamat. wallahu a’lam.

    2. ummu nana Avatar
      ummu nana

      @Nizam,

      aslmkm . terima kasih kerana berkongsi fakta yang tepat semoga kita berjaya dunia dan akhirat. salaam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge