Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar-pelajar yang berniat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk sesi seterusnya (2010/2011), permohonan telah mula dibuka. Sila ambil perhatian terhadap segala tarikh-tarikh penting dan berkaitan.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan tarikh permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut;

Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang

  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 10 Disember 2009
  • Tarikh permohonan dibuka (Fasa 1) : 10 Disember 2009
  • Tarikh tutup permohonan (Fasa 1) : 10 Januari 2010

Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2009 diumumkan

Lepasan STAM 2009/2008/2007

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STAM 2009 diumumkan

Lepasan SPM dan setaraf

Kategori A, B, C, D

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 12 Oktober – 13 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka :

    Fasa 1 – 2 November 2009 – 31 Disember 2009

    Fasa 2 – 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

  • Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen : 30 Mac 2010 (Kategori C, D)

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

  • Lepasan STPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
  • Lepasan Program Asasi PASUM/USIM/UIAM/UPNM/UiTM pada 23 Mei 2010.
  • Lepasan SPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.

Maklumat di atas diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Para pemohon dinasihatkan supaya sentiasa memantau laman web ini dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kredit kepada ePutra.

Untuk maklumat lain berkaitan kemasukan ke IPTA dan biasiswa, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

209 responses to “Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011”

  1. bata Avatar
    bata

    nak apply uitm. masuk laman web mohe.gov.my.pengambilan julai upu yg buat.

  2. syafiq Avatar
    syafiq

    salam,macam mana nak apply uitm..betul ka uitm nak apply kena melalui web uitm bukan upu????? tolong saya

    1. beliamuda Avatar

      @syafiq, yup, cara permohona UiTM berbeza. Setakat ni saya tiada info terkini lagi.

    2. dayang sayang Avatar

      @syafiq,salam abg?nape sekarang susah sangat nak masuk uni?
      saya lepasan stpm tapi keja kilang sekarang coz nak tampung masuk study?

  3. Fairo Avatar
    Fairo

    salam..bro..permohonan boleh buat skali je ke?? kalo silap isi camner?

    1. beliamuda Avatar

      @Fairo, kalau tak silap, ada tiga kali peluang untuk buat pembetulan. rasanya ada tercatat dalam guideline (ataupun yang berkaitan).

      1. Fairo Avatar
        Fairo

        OK, bro..saya faham..erm..nak tanya, permohanan UITM macam mana?? adakah lain dengan permohonan di upu tu?

        1. beliamuda Avatar

          @Fairo, kalau tak silap, UiTM ada sistem dia tersendiri. tapi masih ada link dengan upu rasanya. Hanya USM sahaja yang betul2 menggunakan sistem sendiri.. tu pun ada masalah masa ianya mula2 dilaksanakan tahun lepas…

  4. comel Avatar
    comel

    salam….tlg bantu sy????????
    adkah permohonan sy diterima sekiranya sy tidak mengisi borang fasa 1 tetapi pada fasa 2……????

    1. beliamuda Avatar

      @comel, sepatutnya, Fasa 1 tu untuk pendaftaran sahaja. Dan Fasa 2 adalah lanjutan. Tapi, jika anda boleh berbuat demikian dalam fasa 2, silakan mencuba. Anda juga boleh bertanya pihak berkenaan.

  5. hawa Avatar
    hawa

    salam. kalau uitm berbeza, knapa masa isi borg upu ada kos untuk uitm ditwrkn??? xphm.. tlg..

  6. […] beliamuda: Tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2010/2011. […]

  7. Man Avatar
    Man

    tumpang tya. sy da isi matrik. tp xsempat nk tgk semakan dya. camna nih??

    1. beliamuda Avatar

      @Man, semakan tak perlu dibuat kalau tiada pembetulan. tidak menjejaskan permohonan anda rasanya.

  8. LILI Avatar
    LILI

    salam…

    nak tanya sket..
    1. kemasukan ipta yg guna borang upu 2. Ada sampai fasa 2 je ke? fasa 3 x da?
    2. kalau kita diterima ke mana-mana ipta, kita dapat tahu dr mane? kena cek online ke ataupun
    nanti dye hantar surat kat rumah?

    terima kasih banyak2 sebab bagi banyak sgt info yg berguna.. teruskan usaha ni..:)

    1. beliamuda Avatar

      @LILI, wasalam.

      1. sampai fasa 2 sahaja.
      2. nanti keputusan dikeluarkan, boleh semak online. lepas tu baru surat-menyurat berkaitan akan dihantar.

  9. LILI Avatar
    LILI

    salam…

    nak tanya lg ni..
    boleh x tolong tunjukkan susur galur untuk belajar dlm bidang perubatan?
    mula drpd lepasan spm..
    kalau x pon, tunjukkan mana2 site yang boleh tunjukkan perkara2 yang berkaitan..

    terima kasih banyak2.. :]

    1. beliamuda Avatar

      @LILI, secara kasarnya,

      melalui matrik (sains hayat) >> ijazah kedoktoran…

      melalui asasi pun boleh rasanya. A-Level pun ada.

  10. ema Avatar
    ema

    nak mohon USM mcm mna ya? UITM?
    thank you. :p

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge