Tarikh Tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Untuk Lepasan SPM, STPM dan STAM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2009 yang memohon kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi tahun 2010, tarikh tutup permohonon dalam talian ialah pada 30 Mac 2010.

Borang permohonan aplikasi dalam talian bagi kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 telah mula dibuka mulai 2 Feb yang lalu. Setiap pemohon berpeluang untuk melakukan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Kesemua pemohon lepasan SPM yang telah mengemukakan permohonan ke IPTA FASA 1 wajib mengesahkan permohonan mereka di FASA 2 dengan mengguna pakai nombor Unik ID, nombor kad pengenalan atau My Kad dan kata laluan, nama ibu dan kod imej.

Pemohon lepasan SPM dan setaraf boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai 7 April manakala pemohon lepasan STPM boleh membuat semakan mulai 14 April.

Bagi pemohon program pengajian pendidikan untuk Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf (Ijazah Pertama), semakan panggilan Ujian MedSI boleh dilakukan mulai 15 April 2010.

Bagi sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian am 03-8883 5801, 03-8883 5802 dan 03-8883 5858 atau e-mel upu@mohe.gov.my.

beliamuda: Tarikh-tarikh penting permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2010/2011.

Sumber daripada BERNAMA

14 thoughts on “Tarikh Tutup Permohonan Kemasukan ke IPTA 2010 Untuk Lepasan SPM, STPM dan STAM 2009

  1. tumpang tanya,macam mana proses pemilihan pelajar ke ipta dibuat? maksud sya,kalaulah kita hntar application lmbt n tmpt dah penuh dah dikira tak bole masok ke, @ ada sistem pengiraan mata untuk memilih pemohon2 yg layak. lagi 1,kalau saya tak isi ruangan ‘kod sekolah’ tak jadi masalah ke?

    • @must92, kwn saye ade bc dlm akhbar..klu dpr result ok, kite dpt twrn tp kite akn ambil tmpt student yg sdh dpt twrn lebh awl..sy pon x brape faham sgt. 😀

  2. mmmm…ri tu sy ad wt pmohonan untk matrik ten ms nk smak dye kta mklmt sy tiada! np ek?is it mean yg sy xlyk untuk mtrik o else?
    tp bhgian mtrik ad anta pengeshn yg pemhnan sy dtrma(mohon by surt)

    • @aqilah, baru2 ni ada masalah keciciran dalam sistem. ada beberapa orang lagi yang turut mengalami masalah yang sama. anda perlu memaklumkan pihak berkaitan mengenai masalah ini…

  3. salam~
    nak tanya…
    mcm mne klu terlpas Fasa 1 Permohonan UPU 2011 utk lepasan SPM?
    ada peluang ke nak mohon UPU..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge