Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar-pelajar yang berniat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk sesi seterusnya (2010/2011), permohonan telah mula dibuka. Sila ambil perhatian terhadap segala tarikh-tarikh penting dan berkaitan.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan tarikh permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut;

Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang

  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 10 Disember 2009
  • Tarikh permohonan dibuka (Fasa 1) : 10 Disember 2009
  • Tarikh tutup permohonan (Fasa 1) : 10 Januari 2010

Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2009 diumumkan

Lepasan STAM 2009/2008/2007

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STAM 2009 diumumkan

Lepasan SPM dan setaraf

Kategori A, B, C, D

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 12 Oktober – 13 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka :

    Fasa 1 – 2 November 2009 – 31 Disember 2009

    Fasa 2 – 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

  • Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen : 30 Mac 2010 (Kategori C, D)

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

  • Lepasan STPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
  • Lepasan Program Asasi PASUM/USIM/UIAM/UPNM/UiTM pada 23 Mei 2010.
  • Lepasan SPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.

Maklumat di atas diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Para pemohon dinasihatkan supaya sentiasa memantau laman web ini dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kredit kepada ePutra.

Untuk maklumat lain berkaitan kemasukan ke IPTA dan biasiswa, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

209 responses to “Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011”

  1. girra Avatar
    girra

    @beliamuda
    lepasan STPM 2007 masih ada peluang ke universiti ke?

  2. Aniq Eyman Avatar
    Aniq Eyman

    Assalamualaikum,

    Saya disini mempunyai beberapa soalan yang penting tentang Borang Permohonan ke IPTA Lepasan SPM 2009 saya;

    1. Bolehkah saya hendak menukar pilihan universiti pada borang permohonan saya tetapi saya sudah tidak dapat membuat kemaskini disebabkan bilangan kemaskini saya sudah tiada??

    *Hal ini disebabkan saya tidak tahu apa-apa tentang kod universiti yang diletakkan dalam borang permohonan tersebut dan saya cuma pilih jurusan yang saya inginkan sahaja tanpa melihat kod. Saya sangat berharap pada pihak UPU untuk membantu saya menukar pilihan universiti kerana saya mahukan pilihan universiti saya sendiri.

    2. Bolehkah saya membuat sekali lagi permohonan tetapi hanya mengisi untuk fasa 2 sahaja?

    Saya berharap beliamuda dapat tolong saya selesaikan kebimbangan ini.

    1. beliamuda Avatar

      @Aniq Eyman, waalaikumussalam. cara terbaik untuk mendapatkan penjelasan mengenai hal ini ialah dengan menghubungi terus pihak UPU. Diharap, mereka dapat memahami masalah anda, dan dapat membantu anda.

  3. mira edora Avatar
    mira edora

    bila tarikh akhir ec upu?

    1. beliamuda Avatar

      @mira edora, seperti di atas, 30 Mac.

  4. juji Avatar
    juji

    for those who want to apply uitm, there will be an expo..selangkah ke uitm on 13-14 at komplks belia and kebudayaan sek 7,shah alam..leh la nk tanya ap2 yang ptut..tapi utk students yg dok jauh2 2,xsure camane nk dptkn info 2..

  5. juji Avatar
    juji

    UiTM Expo 13th – 14th March 2010…check kt laman web uitm, then click kt announcement.

  6. lala Avatar
    lala

    saya nak tanya , kalau kita tak buat fasa 1 UPU , boleh ke buat fasa 2 UPU ?

    thanx !

    1. beliamuda Avatar

      @lala, rasanya tak boleh sebab Fasa 2 adalah semakan kepada Fasa 1. Tapi, untuk maklumat lanjut/rayuan anda boleh telefon kepada pihak berkaitan.

  7. maria Avatar
    maria

    macam mana nak ambik paper julai

  8. wan nurul hafiza Avatar
    wan nurul hafiza

    mana laman web nak isi jadi guru .tolonglahlah bantu saya….

  9. dayah Avatar

    cmne nk apply kt uitm?

  10. bata Avatar
    bata

    kalau nak mohon institut perguruan http://www.moe.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge