Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar-pelajar yang berniat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk sesi seterusnya (2010/2011), permohonan telah mula dibuka. Sila ambil perhatian terhadap segala tarikh-tarikh penting dan berkaitan.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan tarikh permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut;

Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang

  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 10 Disember 2009
  • Tarikh permohonan dibuka (Fasa 1) : 10 Disember 2009
  • Tarikh tutup permohonan (Fasa 1) : 10 Januari 2010

Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2009 diumumkan

Lepasan STAM 2009/2008/2007

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STAM 2009 diumumkan

Lepasan SPM dan setaraf

Kategori A, B, C, D

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 12 Oktober – 13 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka :

    Fasa 1 – 2 November 2009 – 31 Disember 2009

    Fasa 2 – 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

  • Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen : 30 Mac 2010 (Kategori C, D)

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

  • Lepasan STPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
  • Lepasan Program Asasi PASUM/USIM/UIAM/UPNM/UiTM pada 23 Mei 2010.
  • Lepasan SPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.

Maklumat di atas diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Para pemohon dinasihatkan supaya sentiasa memantau laman web ini dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kredit kepada ePutra.

Untuk maklumat lain berkaitan kemasukan ke IPTA dan biasiswa, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

209 responses to “Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011”

  1. steven Avatar
    steven

    haloo…salam sejahtera salam satu Malaysia. saya pelajar lepasan stpm tahun 2009.saya nak tanya, kalau ameka bidang perguruan bagaimana? saya nak amek bidang moral dengan kaunseling..tapi saya amek jurusan kemanusian semsa di sekolah?

    1. beliamuda Avatar

      @steven, saya tak pasti sangat pasal hal guru ni… cuba check kat sini >> http://apps.emoe.gov.my/kplspm/kplspm_jun_2010/index.cfm

    2. zura_aamy Avatar

      @steven, ex student maktab.kita boleh memilih jurusan yang kita nak.kita d beri 2 pilihan untuk permohonan kita.dimana setiap permohonan telah tersedia apa subjek utama dan subjek yang ada pada subjek tersebut

  2. wewe Avatar
    wewe

    nak isi borg maktab mcmaner??
    pe web dye??

  3. CIK MANDA Avatar
    CIK MANDA

    @beliaumuda…kemasukan ipta for lepasan diploma sudah tutup ke??????if dah tutup boleh buat rayuan ke????

    1. beliamuda Avatar

      @CIK MANDA, try kontek pihak berkaitan.

  4. ariswary.selvam Avatar
    ariswary.selvam

    hw i can enter the public university

    1. beliamuda Avatar

      @ariswary.selvam, u can apply via MOHE.

  5. Muhammad Hanafi b Haron Avatar
    Muhammad Hanafi b Haron

    Assalamualaikum…belia muda…saya pljar lepasan SPM 2009..sye cme ingin mengetahui senarai2 biasiswa yg dtawarkn?mcm mne nk mohon?biasiswa jpa dan MARA ble boleh dmohon?lg 1,sye keliru sama ada nk amek course law @ pharmacy?bleh x kalo sya amek kedua2 course ini,di dlm @ luar negara?

    1. sara Avatar

      @Muhammad Hanafi b Haron, biasiswa jpa ..layari lmn web tu
      ade iklan pasal biasiswa,then klik mohon
      .-= sara´s last blog ..Pencalonan Bagi Mengikuti Program Pembangunan Eksekutif Di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea Tahun 2010 =-.

      1. sara Avatar
        sara

        again salah..lmn web ni http://www.jpa.gov.my/

  6. azie Avatar
    azie

    hal semau..boleh tnya..pin bsn untuk upu tu sama ka dengan pin bsn untk daftar maktab perguruaan??

    1. zura_aamy Avatar

      @azie, x sama

  7. mimi Avatar
    mimi

    salam..
    mane nk carik permohonan ke maktab prguruan bg lepasan spm 2009??????

    1. zura_aamy Avatar

      @mimi, 1st beli no pin kat bsn.pas tu layari http://www.emoe.gov.my

  8. ira Avatar
    ira

    rep maria.

    perbezaan kod tu ialah untuk laen2 uni..
    contoh (uitm m0010 sains hayat),(usm y0012 sains hayat).
    paham?

  9. aKu_KoMpiuS Avatar
    aKu_KoMpiuS

    smekom..aku nak tnya ni..kalo isi maktab,kena beli number pin dye jgak ke???cara dye same cam nak msuk ipta ke???aku kompius tol..

  10. Hafizul Avatar

    saya pelajar lepasan spm.kalau nak lanjutkan plajaran kat oversea memang wajib wat founation lu ke??pastu kalau nak dapatkan biasiswa jpa camne?kna apply atau mmg automatik dapat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge