Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar-pelajar yang berniat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk sesi seterusnya (2010/2011), permohonan telah mula dibuka. Sila ambil perhatian terhadap segala tarikh-tarikh penting dan berkaitan.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan tarikh permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut;

Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang

  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 10 Disember 2009
  • Tarikh permohonan dibuka (Fasa 1) : 10 Disember 2009
  • Tarikh tutup permohonan (Fasa 1) : 10 Januari 2010

Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2009 diumumkan

Lepasan STAM 2009/2008/2007

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STAM 2009 diumumkan

Lepasan SPM dan setaraf

Kategori A, B, C, D

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 12 Oktober – 13 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka :

    Fasa 1 – 2 November 2009 – 31 Disember 2009

    Fasa 2 – 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

  • Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen : 30 Mac 2010 (Kategori C, D)

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

  • Lepasan STPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
  • Lepasan Program Asasi PASUM/USIM/UIAM/UPNM/UiTM pada 23 Mei 2010.
  • Lepasan SPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.

Maklumat di atas diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Para pemohon dinasihatkan supaya sentiasa memantau laman web ini dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kredit kepada ePutra.

Untuk maklumat lain berkaitan kemasukan ke IPTA dan biasiswa, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

209 responses to “Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011”

  1. […] kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Lepasan SPM/Setaraf (Matrikulasi, PASUM dan Asasi) dilaksanakan melalui aplikasi dalam talian (online) secara […]

  2. emy Avatar
    emy

    saya adalah pelajar yg baru menduduki exam stpm 2009,nak tanya skit bley tak saya
    isi borang maktab???sesuai tak kalau saya isi borang maktab utk kelayakan saya?????

    1. beliamuda Avatar

      @emy, borang maktab? maksud anda maktab perguruan ke?

      1. eyna Avatar

        @beliamuda, camne nk apply uitm??n…camne nk tgk program pegjian y ditwarkn di uitm or other u???

        1. beliamuda Avatar

          @eyna, UiTM mempunyai pendaftaran yang berasingan dengan UPU. Buat masa ni, sila rujuk dulu laman web UiTM.

          1. eyna Avatar

            @beliamuda, memg dah rujuk lamn web uitm…tpi..asyik kuar dia pnya history ajer..

          2. beliamuda Avatar

            @eyna, kalau gitu, tunggu dulu buat masa ni.

  3. Sofia Avatar
    Sofia

    saya pelajar IKM lepasan sijil.
    boleh ke saya memohon diploma utk pengambilan 2010 di uitm.

    1. beliamuda Avatar

      @Sofia, sepatutnya boleh. tapi uitm ada cara memohon yang tersendiri. boleh rujuk dalam pendaftaran nnt.

      1. eyna Avatar

        @beliamuda, camne cra nk mohon uitm????????….

  4. siti nurbaya eddy warman Avatar
    siti nurbaya eddy warman

    salam.hmm,,betul2 nak tahu,harap boleh tolong.sebenarnya masih boleh atau tidak memohon ke IPTA bg lepasan SPM 2009 untuk sesi kemasukan ke IPTA 2010/2011?confuse,sbb bc dlm entry di site ni kata 1 februari 2010 br boleh beli no unik id di bsn.jika masih belum membuat permohonan apa2 masih terbuka peluang tak?atau sudah tiada peluang lagi untuk memohon ke IPTA bg sesi 2010/2011?harap boleh bantu..=(

    1. beliamuda Avatar

      @siti nurbaya eddy warman, permohonan masih belum dibuka. tajuk entri ni pun hanya menyebut tarikh sahaja. kira ni semakan untuk IPTA sesi akademik 2010/2011 la.

      1. eyna Avatar

        @beliamuda, nak isi maktab perguruan bila erk???nak masuk upsi

        1. beliamuda Avatar

          @eyna, mula dibuka 8 Feb.

          1. eyna Avatar

            @beliamuda, lau dah mohon ipta,x blh ke mohon maktab????

          2. beliamuda Avatar

            @eyna, hmm. entahla. boleh je rasanya kalau nak cuba memohon.

        2. zura_aamy Avatar

          @eyna,untuk pengetahuan anda kemasukan kemaktab adalah bersyarat tidak lebih dari 20 tahun.sila rujuk syarat.klu dah isi upu still boleh isi borang maktab.ex student maktab.

  5. eiyra Avatar
    eiyra

    salam…sy nk tnye…harap le bantu…

    saya pelajar foundation kat ipts…bulan mei nie baru abis…le tak saya apply untuk kemasukan 2010/2011??.
    tp keputusan pperiksaan saya kua selepas bulan mei nnt….adakah saya berpeluang myambung pengajian bagi kemasukan jun nanti?
    atau saya perlu mohon untuk kemasukan tahun hadapan?

    1. beliamuda Avatar

      @eiyra, untuk biasiswa dalam negara, permohonan akan dikeluarkan pada bulan jun, seiring dengan kemasukan ke IPTA pada masa tu.

  6. siti jujuda Avatar
    siti jujuda

    minta maaf..saya nak tanya..saya adala lepasan stpm tahun 2009..adakah saya boleh memohon kemasukan ke makab menggunakan keputusa stpm atau saya hanya blh menggunakan keputusan spm pada tahun 2007..terima kasih..

    1. beliamuda Avatar

      @siti jujuda, maaflah, kalau mengenai maktab, saya kurang arif. kalau ada yang tahu, minta tolong saudari kita nih.

      1. Aniq Eyman Avatar
        Aniq Eyman

        @beliamuda,

        saya nak tanya,

        saya pelajar lepasan spm 2009,

        menunggu result kluar 16hb ni.

        soalan saya,

        saya telah mengisi borang maktab dan politeknik,

        tp result spm saya letak result trial je,

        saya jadi ragu2..

        macamane tu?

        tolonglah saya.

        1. beliamuda Avatar

          @Aniq Eyman, kalau boleh update lagi permohonan selepas result SPM, tukar la ke result SPM.

      2. zura_aamy Avatar

        @beliamuda, bila kuar result nanti isi semula.ex student ipgm

  7. siti jujuda Avatar
    siti jujuda

    minta maaf..saya lupa nak maklumkan bahawa saya ingin memohon kemasukan ke maktab perguruan..terima kasih..

  8. eiyra Avatar
    eiyra

    salam…

    terima kasih atas jawapan yang diberikan..tetapi saya kurang jelas…adakah ini bermaksud saya masih lagi boleh memohon kemasukan ipta pada bulan julai nanti bersama2 calon yang akan ke ipta kemasukan julai 2010/2011..??atau kemasukan disember 2010/2011 bagi uitm dan ke ipta tahun hadapan..???

    1. beliamuda Avatar

      @eiyra, anda belajar di IPTS kan? tak boleh teruskan ke undergrade ke di IPTS tu? Permohonan ke IPTA untuk sesi Julai bermula bulan Feb lagi.

      Macam budak matrik, result kuar sekitar Mei, tapi diorang still leh apply untuk kemasukan Jun.

  9. Atiqah Avatar

    sesi kemasukan ke IPTA on Julai, akhir thaun punya kemasukan bila?

    1. beliamuda Avatar

      @Atiqah, bulan Dis kalau tak silap.

      1. Atiqah Avatar

        @beliamuda, bln 9 punye kmsukan ke IPTA ada x? Sbbbnya, saya baru nak ambil MUET, jadi kmsukan bln Julai x sempat…

        1. beliamuda Avatar

          @Atiqah, rasanya takde. kalau IPTS ada la kot.

  10. jelly Avatar

    hye , did you know anything about the monbukagakusho scholarship ? im having difficulties in applying it . if you have any info about the scholarship i really appreaciate it if you can email me . thank you 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @jelly, i’m sorry. dunno anything about that scholarship..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge