Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011

Written by

in

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar-pelajar yang berniat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk sesi seterusnya (2010/2011), permohonan telah mula dibuka. Sila ambil perhatian terhadap segala tarikh-tarikh penting dan berkaitan.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan tarikh permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut;

Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang

  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 10 Disember 2009
  • Tarikh permohonan dibuka (Fasa 1) : 10 Disember 2009
  • Tarikh tutup permohonan (Fasa 1) : 10 Januari 2010

Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf

  • Tarikh iklan : 3 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
  • Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010

Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2009 diumumkan

Lepasan STAM 2009/2008/2007

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
  • Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STAM 2009 diumumkan

Lepasan SPM dan setaraf

Kategori A, B, C, D

  • Tarikh iklan : 31 Januari 2010
  • Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

    Secara pukal mulai 12 Oktober – 13 November 2009

  • Tarikh permohonan dibuka :

    Fasa 1 – 2 November 2009 – 31 Disember 2009

    Fasa 2 – 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

  • Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010
  • Tarikh akhir penghantaran dokumen : 30 Mac 2010 (Kategori C, D)

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

  • Lepasan STPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
  • Lepasan Program Asasi PASUM/USIM/UIAM/UPNM/UiTM pada 23 Mei 2010.
  • Lepasan SPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.

Maklumat di atas diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Para pemohon dinasihatkan supaya sentiasa memantau laman web ini dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kredit kepada ePutra.

Untuk maklumat lain berkaitan kemasukan ke IPTA dan biasiswa, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:

Langgan melalui emel:

Disokong oleh FeedBurner

Comments

209 responses to “Tarikh Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi Akademik 2010/2011”

  1. Atiqah Avatar

    Salam.Betulke without Muet rsult dh
    bleh mohon IPTA utk sesi kmskn Julai
    & trikh tutup pmhonannya 4feb ini?

  2. eyna Avatar

    okay..tq beliamuda..nati ada pe2,eyna tnya ag..

    1. beliamuda Avatar

      @eyna, ok. sama-sama.

      1. eyna Avatar

        @beliamuda, pasal 2 dah dibuka kn??pasal 2 nie,kte kena isi terus ke ipta pilhan kte???

        1. beliamuda Avatar

          @eyna, fasa 2 adalah pengesahan permohonan, jadi ianya memerlukan anda memilih IPTA pilihan anda berdasarkan jurusan yang dikehendaki.

          1. eyna Avatar

            @beliamuda, ok…tq

          2. beliamuda Avatar

            @eyna, samap-sama.

  3. amore Avatar
    amore

    helo, blh tanya tak kita orang pelajar lepasan spm 2009 patut buat apa sekarang? perlukah kita buat apa-apa terhadap permohonan bagi mengikuti program pengajian di peringkat diploma/program persediaandan ijazah pertama? kita orang memang dah mohon di fasa1.

    1. beliamuda Avatar

      @amore, tunggu fasa 2 dibuka. masa fasa 2 nanti ada kena wat sumthing untuk permohonan tu.

  4. ieqa Avatar
    ieqa

    salam..fasa 2 ble kluar?

    1. beliamuda Avatar

      @ieqa, fasa dua telah dibuka mulai semalam.

  5. izad Avatar
    izad

    pasalpa fasa 2 x lh on line

    1. beliamuda Avatar

      @izad, fasa 2 sudah dibuka.

  6. iena Avatar
    iena

    nk mohon masuk ke maktab ni mcmn? keliru la.
    kalo guna no pin utk upu tu blh ke?
    mohon nk masuk maktab perguruan ni mmg kne pg kt web usm dlu ea?

    1. beliamuda Avatar

      @iena, maaflah, untuk kemasukan ke maktab saya kurang pasti.

    2. zura_aamy Avatar

      @iena, kena beli no pin lain./juz rm6

  7. taufiq Avatar
    taufiq

    saya nak tanya…untuk politeknik macam mana nak apply??
    saya dah buka dia punya laman tpi x bleh…uitm pun sama..
    no pin upu saya dah ada…

    1. beliamuda Avatar

      @taufiq, nombor upu tu hanya untuk permohonan ke IPTA yang disenaraikan sahaja. apakah laman yang anda maksudkan tu? adakah laman web upu ataupun laman web uni berkenaan?

      bagi politeknik, saya tidak pasti bagaimanakah pendaftarannya.

  8. liya Avatar

    saya pelajar lepasan spm 2009.saya dah buat permohonan kemasukan ke ipta(fasa 1).saya tak faham la mengenai fasa 2 ni..Apa yang patut saya buat sekarang??

    1. beliamuda Avatar

      @liya, fasa 2 adalah semakan kepada fasa 1. Fasa 1 dulu kan hanya pendaftaran untuk login sahaja? fasa 2 lebih menyeluruh dan akan menentukan pilihan ke IPTA.

  9. eda Avatar

    hi sya ambil stpm pda 2008.tp tarikh pemohonan untk kemasukan untk thn nie dah ttp semalam .jd mcm ne sya nak pohon .please tlg bantu ..pe yg patut sya buat skrg…

    1. beliamuda Avatar

      @eda, maaf, kalau dah ditutup, memang tidak dapat buat permohonan.

  10. eda Avatar

    blh ka klu sya pohon untk fasa yg ke2?

    1. beliamuda Avatar

      @eda, nak buat permohonan ke IPTA ke? Tgk di bawah kategori mana anda berada. Sama ada lepasan SPM atau yang lain2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge