Inspirasi Malam
Salam sejahtera buat semua.
Oleh kerana esok bakal menjadi hari yang sibuk dan meletihkan, sebab ada perkelahan ChemE Jan07 yang awal-awal pagi lagi dah kena bertolak, jadi awal-awal hari lagi entri baru ni dimasukkan. Esok nak pegi berkelah di Teluk Senangin bersama rakan sejurusan dan merupakan aktiviti terakhir kami semua untuk semester ni.
Kebetulan dapat inspirasi di tengah malam yang sunyi ni, layankan “Inspirasi Malam”…
***
Inspirasi Malam
Ku seru inspirasi malam,
datang kepadaku,
meresapi ubun-ubun kepala,
warnai fantasiku,
biarkan ia galak bertebaran,
menjana ilham tiada berkesudahan,
berdetik hati suatu perasaan,
rancak jari-jemari berdansa,
melakar bait-bait indah,
puisi hati gurindam jiwa,
luahan perasaan yang terpendam,
dari lubuk jiwa paling dalam,
Lelaki berduka dari Tanah Serendah Sekebun Bunga…
***
beliamuda: siapa tahu baris terakhir tu dapat idea daripada mana?





Saya tau, novel cinta sang ratu
[Reply]
beliamuda Reply:
November 21st, 2009 at 7:23 AM
@Irsyaduddin Zakwan, tahniah, anda betul..
[Reply]
hmmmmmmmmmm…bestnye anda…ade kesempatan juga nak berkelah…
malam begini selalu datang inspirasi…
dan saya tertarik dengan masa post anda.
[Reply]
beliamuda Reply:
November 21st, 2009 at 7:23 AM
@ikin, masa post tu boleh set sebenarnya.. tapi yg ni, mmg tak set, tgk2 dah tepat 12 malam.. (^_~)v
[Reply]
Wah, jiwang betul =)
[Reply]
hoho aku pun nk berjiwang gak la kalau cmni
x-po´s last blog ..BUDAK SKEMA vs BUDAK TIDAK SKEMA
[Reply]
wah…tangkap jiwang btol…hehe
shazclan´s last blog ..So Nyuh Shi Dae
[Reply]
he..23x
xtau huhuhuhu
[Reply]
beliamuda Reply:
November 21st, 2009 at 7:26 AM
@framestone, Trilogi Cinta Sang Ratu, gelaran ni diberi kepada watak utama, Laksamanan Sunan sebagai Lelaki Berduka dari Tanah Rencong..
[Reply]
mmg superb lirik lagu ni incik hanifi.eheh
[Reply]
beliamuda Reply:
November 21st, 2009 at 7:27 AM
@naz, ini bukan lirik lagu la…
[Reply]
nipi tangkap leleh
[Reply]
beliamuda Reply:
November 21st, 2009 at 7:27 AM
@hazwan, tak meleleh pun.. haha..
[Reply]
Malam merupakan suasana yang paling sesuai untuk mendapat idea dan inspirasi untuk menulis
kerana suasana hening malam ditiup rembulan nan salju 

Nikuve´s last blog ..Exam: Finally done
[Reply]
beliamuda Reply:
November 21st, 2009 at 7:29 AM
@Nikuve, malam dingin dengan hembusan lembut angin sejuk ala sepoi-sepoi bahasa…
[Reply]
Best betul bro jalan-jalan makan angin..
Exam bila habis?
[Reply]
beliamuda Reply:
November 21st, 2009 at 7:30 AM
@Mantra, sem ni je aktif sikit.. memang meriah ah..
aku habis exam Rabu ni… skang ni tengah bertenang sejak paper sebelumnya pada Isnin lepas..
[Reply]
Good Luck Bro..
Aku dah lepas penantian penuh penyeksaan hehehe…
Mantra´s last blog ..Tip: Update Blog susah ke?
[Reply]
beliamuda Reply:
November 22nd, 2009 at 7:31 AM
@Mantra, tq.. best ar dah abeh.. ni tak start studi lagi untuk next paper..
[Reply]
oh..
maaf bro xtau…cite ape itew
[Reply]
beliamuda Reply:
November 22nd, 2009 at 7:31 AM
@framestone, cerita yang dikarang oleh Ramlee Awang Murshid… citer thriller die best gak ar.. diselit dengan percintaan dan agama..
[Reply]
‘Lelaki berduka dari Tanah Serendah Sekebun Bunga’
Mmg mendalam sungguh ayat ni. Kat kedah cuma ada Serendah Si Kebun Bunga. Itu nama kebun buah2an

nazra´s last blog ..Nama saya Rain dan dia Nazra.
[Reply]
beliamuda Reply:
November 22nd, 2009 at 7:33 AM
@nazra, itu nama lama untuk Kelantan…
[Reply]
bukan tanah rendah sekebun bunga tu nama lain bagi kelantan ker?
kalo betul…ayatnya jadi lelaki berduka dari kelantan… maksudnya tuan bog ni lah sdg berduka..btul tak ? =P
[Reply]
beliamuda Reply:
November 22nd, 2009 at 7:36 AM
@nik, haha.. mmg btol pun.. ada jugak yang faham..
[Reply]