Salam sejahtera buat semua.
Oleh kerana esok bakal menjadi hari yang sibuk dan meletihkan, sebab ada perkelahan ChemE Jan07 yang awal-awal pagi lagi dah kena bertolak, jadi awal-awal hari lagi entri baru ni dimasukkan. Esok nak pegi berkelah di Teluk Senangin bersama rakan sejurusan dan merupakan aktiviti terakhir kami semua untuk semester ni.
Kebetulan dapat inspirasi di tengah malam yang sunyi ni, layankan “Inspirasi Malam”…
***
Inspirasi Malam
Ku seru inspirasi malam,
datang kepadaku,
meresapi ubun-ubun kepala,
warnai fantasiku,
biarkan ia galak bertebaran,
menjana ilham tiada berkesudahan,
berdetik hati suatu perasaan,
rancak jari-jemari berdansa,
melakar bait-bait indah,
puisi hati gurindam jiwa,
luahan perasaan yang terpendam,
dari lubuk jiwa paling dalam,
Lelaki berduka dari Tanah Serendah Sekebun Bunga…
***
beliamuda: siapa tahu baris terakhir tu dapat idea daripada mana?

Leave a Reply