Inspirasi Malam

Salam sejahtera buat semua.

Oleh kerana esok bakal menjadi hari yang sibuk dan meletihkan, sebab ada perkelahan ChemE Jan07 yang awal-awal pagi lagi dah kena bertolak, jadi awal-awal hari lagi entri baru ni dimasukkan. Esok nak pegi berkelah di Teluk Senangin bersama rakan sejurusan dan merupakan aktiviti terakhir kami semua untuk semester ni.

Kebetulan dapat inspirasi di tengah malam yang sunyi ni, layankan “Inspirasi Malam”…

***

Inspirasi Malam

Ku seru inspirasi malam,
datang kepadaku,
meresapi ubun-ubun kepala,
warnai fantasiku,
biarkan ia galak bertebaran,
menjana ilham tiada berkesudahan,
berdetik hati suatu perasaan,
rancak jari-jemari berdansa,
melakar bait-bait indah,
puisi hati gurindam jiwa,
luahan perasaan yang terpendam,
dari lubuk jiwa paling dalam,
Lelaki berduka dari Tanah Serendah Sekebun Bunga…

***

beliamuda: siapa tahu baris terakhir tu dapat idea daripada mana?

Comments

25 responses to “Inspirasi Malam”

  1. Mantra Avatar

    Good Luck Bro..
    Aku dah lepas penantian penuh penyeksaan hehehe…
    .-= Mantra´s last blog ..Tip: Update Blog susah ke? =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Mantra, tq.. best ar dah abeh.. ni tak start studi lagi untuk next paper.. 😛

  2. framestone Avatar

    oh..
    maaf bro xtau…cite ape itew

    1. beliamuda Avatar

      @framestone, cerita yang dikarang oleh Ramlee Awang Murshid… citer thriller die best gak ar.. diselit dengan percintaan dan agama..

  3. nazra Avatar

    ‘Lelaki berduka dari Tanah Serendah Sekebun Bunga’

    Mmg mendalam sungguh ayat ni. Kat kedah cuma ada Serendah Si Kebun Bunga. Itu nama kebun buah2an 😀
    .-= nazra´s last blog ..Nama saya Rain dan dia Nazra. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, itu nama lama untuk Kelantan…

  4. nik Avatar

    bukan tanah rendah sekebun bunga tu nama lain bagi kelantan ker?

    kalo betul…ayatnya jadi lelaki berduka dari kelantan… maksudnya tuan bog ni lah sdg berduka..btul tak ? =P

    1. beliamuda Avatar

      @nik, haha.. mmg btol pun.. ada jugak yang faham.. 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge