Salam sejahtera buat semua.
Baru sebulan yang lalu kita mendapat berita kematian ADUN Permatang Pasir, Tuan Mohd. Hamdan bin Abd. Rahman yang membawa kepada Pilihan Raya Kecil pada 25 Ogos lalu. Hari ini, kita dikejutkan pula dengan kematian ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN).
Petikan berita daripada Utusan Malaysia Online.
PORT DICKSON 4 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia pukul 2.30 petang ini.
Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu. – Utusan
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YB Azman Mohd. Noor.
Allahyarham merupakan ADUN Bagan Pinang (N31) yang berada di bawah Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu untuk DUN Bagan Pinang.
Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan kali ini adalah yang ke-9. Pasca PRU 2008 telah menyaksikan pelbagai peristiwa. Selain Pilihan Raya Kecil yang agak banyak diadakan, kita telah menyaksikan krisis kerajaan di Perak yang membawa kepada 1Perak, 2Kerajaan dan ADUN melompat parti.
Pilihan Raya Kecil kali ini bakal menyaksikan perebutan di kawasan milik BN. Kemenangan di pihak Pakatan Rakyat pasti membawa nafas baru dan ini juga memberikan tekanan kepada BN untuk terus mengekalkan kerusi ini yang berada di dalam Parlimen yang diduduki Pakatan Rakyat (PR).
Nota:
Parlimen Teluk Kemang adalah kawasan di bawah PR. Ada lima DUN di bawah Parlimen ini. Tiga adalah kawasan yang dimenangi PR, manakala dua lagi adalah kawasan BN. Kawasan yang dimenangi BN majoritinya adalah penduduk berbangsa Melayu.
beliamuda: Al-Fatihah untuk Allahyarham YB Azman. *bersiap sedia untuk menyaksikan perang maki hamun jika PRK ini diadakan…

Leave a Reply