beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Suatu perkongsian dari hati dan Jika aku jatuh hati

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

Salam sejahtera buat semua.

Tulisan aku kali ini agak berlainan. Apa yang aku tulis kali ini, merupakan suatu yang lahir daripada hati aku, melalui pengalaman yang aku telah lalui. Sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri di masa hadapan, kerana kita memang mahluk yang pelupa.

Semalam yang menjadi pengajaran untuk hari ini

Terus terang aku katakan, semalam merupakan saat-saat yang sangat mencabar dalam hidupku. Bangun lewat pagi selepas tidur semula selepas subuh, sambil ditemani sang mimpi yang menambah gelora perasaan. Mimpi yang tanpa diduga menjadi kenyataan.

Aku bangun tanpa semangat yang kuat seperti hari sebelumnya. Terasa letih dan lesu. Menghadap sahaja monitor komputer ribaku, terasa satu kesunyian.

Tiba-tiba terdetik di hati untuk merealisasikan mimpi tadi. Walaupun mustahil, ilham yang datang kemudiannya menjadikan ia satu kenyataan.

Tanpa diduga, rasa serba-salah menyusup ke hati. Terasa sangat bersalah, lantaran perbuatan yang melanggar prinsip diri. Sebahagian lagi lantang berkata, “alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”. Langsung dibalas, “sudah masuk ke dalam mulut pun”.

Rasa bersalah dipendam sahaja dengan harapan jalan penyelesaian yang lahir daripada buah fikiran itu dapat mengembalikannya semula seperti sedia kala.

Dalam menyelusuri lorong-lorong memori, terbuka satu hijab di balik rahsia yang dicari selama ini. Kebenaran yang pahit kerana ia menimbulkan rasa gelisah, namun puas kerana tiada lagi tipu daya.

Ketika mata melilau mencari, satu hijab terbuka, langsung rahsia diketahui, membeban di jiwa untuk bertahan.

5:46PM 6-SEPTEMBER-2009

Namun, satu bebanan tertujah di benak fikiran apabila satu kisah hitam turut terdedah. Alangkah beratnya rasa untuk mendukung rahsia besar ini. Mampukah aku melalui hari-hari mendatang?

Natijahnya, sepanjang hari gelora perasaan membadai jiwa. Hampir sahaja aku tumpas. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa terbebannya aku. Aku termenung memikirkan semua ini.

***

Aku bersyukur setalah segalanya kembali reda apabila semuanya diluahkan kepada DIA. Sesungguhnya DIA-lah yang Maha Mendengar. Aku tenangkan lagi fikiran dengan alunan melodi perlahan yang sarat dengan mesej dan nasihat. Terasa terbelai mendengarnya.

Lantas, aku mampu tersenyum semula hari ini. Terima kasih ya ALLAH, kerana “tiada yang lebih indah daripada sekuntum senyuman”.

Ku masih berdoa, agar hari-hari mendatang yang bakal dilalui, aku dikurniakan kekuatan dan kemudahan. Telah aku “mulakan hari ini dengan senyuman, kerana semalam penuh kedukaan”.

4.00PM

07-SEPTEMBER-2009

17 RAMADHAN 1430H

Sedikit perkongsian dengan anda semua.

90/10 Principle

Suatu gagasan idea daripada Steven Covey mengenai cara kita bertindak balas terhadap sesuatu keadaan. 10% daripadanya tidak mampu untuk kita kawal, seperti kemalangan jalan raya ataupun dicemuh orang. 90% lagi merupakan tindakan yang mampu kita kawal. Bagaimana kita bertindak terhadap sesuatu. Reaksi kita apabila dihina dan dikeji. Kita boleh melawan balik ataupun sekadar membiarkannya sahaja. Satu situasi sama, tapi dua pilihan reaksi yang boleh kita laksanakan. Pilihan di tangan anda!

Jika aku jatuh hati

Ini adalah video yang dikongsikan oleh seorang rakan di twitter. Anda boleh hayati apa yang disampaikan dalam video itu.

Khas untuk mereka yang tidak boleh menggunakan youtube, anda boleh dengar audio berkenaan di bawah ini.

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

beliamuda: ayat-ayat condong di atas adalah ayat-ayat yang ditulis terlebih dahulu sebelum entri ini ditulis…

07

September
2009
Masa: 17:39

29 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. bia kisah yg lalu menjadi pengjaran ^^
    rue´s last blog ..y we must keep boycotting My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @rue, betul tu… belajar daripada pengalaman dan jadikan teladan…

    [Reply]

  2. langsung, bkn lansung hahaha
    hazwan´s last blog ..Satu Labah-Labah My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hazwan, ces, itu jugak yang mung nak komen.. haha.. siyes tak pasan aku leh eja cmtu.. ke aku mmg eja cmtu sepanjang hidup aku ek? haha.. :P

    [Reply]

  3. x brp nk paham sbenanye.. hee~~
    Wan Pai´s last blog ..Melarikan Diri!!! My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Wan Pai, kalau mung paham, hangus rentung la aku.. haha.. yg tersirat tu, biarkan tersirat.. ambil yang tersurat je la.. aku tak pandai nak memuitiskan ayat jadi puisi ke ape.. ngee~~

    [Reply]

  4. encik belia, kadang-kadang saya suka juga menulis yang begini walaupun dalam catatan peribadi. memang hal yang ditulis untuk tidak difahami orang lain, yeh?

    hmmm…terpulang. tentang 90/10 principle tu, agak menarik!

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, kalau tulis benda peribadi yang senang orang paham, macam menjerit nak beritahu kat semua la kan.. kalau sukar difahami ni, macam bisik2 la kan.. (^_~)v

    [Reply]

  5. tak semestinya kita perlu share segalanya dgn orang kan. kita perlukan satu ruang privasi untuk diri kita juga.

    tapi bahasa encik belia sudah puitis ^__^
    nazra´s last blog ..Perempuan Pemalas (PP) My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, betul.. ada sesetengah perkara yang perlu dibiarkan rahsia..

    terima kasih untuk itu…

    [Reply]

  6. fuh,puitis molep ayap beliamuda kali ni,hoho
    penaberkala´s last blog ..DIA My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @penaberkala, aish.. aku rasa ayat mung lagi sedap daripada aku.. “DIA” dah makin panas lak.. aku tunggu je mung reply sikit kat komen tuh.. hehe

    [Reply]

  7. Sudah cube untuk memahami.. namun agak tinggi language.. hurmm..you tube wireless sini block.. hurmm
    Adney´s last blog ..Tiba-tiba Pula Rasa Macam Nak Bagi Korang RM100, Tapi Help Me! My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Adney, susah kan nak paham.. kira tujuannya tercapai la.. tak streaming ke yang audio sahaja tu? yg tu hos dalam server sendiri…

    [Reply]

  8. blahlawei

    seperti ku mengerti..adakah si dia??hehe..gura2..sungguh jiwo..haha..mmg leh jd penulis novel..xmahu mencubakah??

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @blahlawei, kau mengerti? hehe.. tidak kisahlah si “dia” ataupun “dia” yang lain… (^_~)v

    kena wat senyap lu ah skg ni… Cik Mira ni cepat sangat tangkap… :P

    menjadi penulis novel tidak semudah menulis sependek ini… terima kasih untuk cadangan..

    [Reply]

  9. Salam bro,
    hebat hebhat hevat…gaya penulisan yang mantop :)
    Blog Mantra´s last blog ..Simple Guide Menambah twitter Follower yang Efektif My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Blog Mantra, banyak pulak hebatnya tuh..

    [Reply]

  10. colorless

    antara paham dan xpaham :?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @colorless, ada juga pahamnya ya.. hmm.. tertanya2 apakah yang difahami tu..

    [Reply]

  11. Tajuk bagaikan sang pujangga. Akhirnya buku lama dibuka kembali. Menanti sang mentari munculkan diri.. *ada kaitan ke.. hehe.

    btw, ini seperti kisah dan kenangan lalu dengan seorang istimewa.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Nikuve, memang kenangan lalu pun.. masih menilai salah silap diri…

    [Reply]

  12. em..agak kurang paham apa yang cuba kamu sampaikan
    huhuhu
    tapi macam paham2 je sini takle bukak youtube
    90/10 principle by steven covey <–tq..knowledge baru
    teh´s last blog ..Special Thanks to Mr Zelo My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @teh, tak pe la kalau tak dapat paham.. sebab pokok pangkalnya pon, dah jauh sangat ke belakang.. ada sesetengah atau seseorang je paham.. memang agak personal gak la entri ni.. hehe..

    youtube tu bese la.. sama je kat sini.. kalau tak gne wifi, memang tak leh buka youtube.. untuk kawan2 yang takleh, boleh la dengar audio streaming tu..

    [Reply]

  13. sungguh puitis..wahahaahahahah…o_O
    video tu patut di tygkn kt semua sekolah

    [Reply]

  14. NUR SYAHIRAH

    best la bace blog ni macam bca novel plak rsanya

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @NUR SYAHIRAH, silalah baca lagi..

    [Reply]

  15. MUHAMMAD LUTHFI

    jika ia memberi ketenangan kepada ku ,pasti ia akan membwri ketenangan kepada sesiapa yang mendengar audio diatas

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @MUHAMMAD LUTHFI, harapnya begitulah.

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan