beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Spiderman akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 405 entri

Salam sejahtera buat semua.

spiderman

Satu-satunya Spiderman yang diketahui hidup di dunia ini, Alain Robert akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas dalam percubaannya semalam setelah mencuba buat kali yang ketiga. Percubaannya yang pertama ialah pada tahun 1997 dan kemudiannya pada tahun 2007.

Alain Robert merupakan seorang warganegara Perancis yang terkenal dengan kebolehannya untuk memanjat bangunan tinggi tanpa sebarang kelengkapan memanjat. Dalam dua percubaan memanjat Menara Berkembar Petronas sebelum ini, dia ditahan semasa dalam proses memanjat. Jadi, dia tidak pernah berkesempatan untuk menyudahkan misinya itu.

Alain-Robert-Spiderman-Menara-Berkembar-Petronas

Pada tahun 2007

Alain Robert berminat untuk memanjat Menara Berkembar Petronas pada tahun 1997 kerana bangunan ini ialah bangunan tertinggi di dunia pada masa tersebut. Antara bangunan terkenal lain yang pernah dipanjatnya ialah Sydney Opera House, Eiffel Tower, dan Taipei 101.

puncak Menara Berkembar Petronas

Alain berada di puncak tertinggi

Dalam usaha ketiga Alain untuk menawan Menara Berkembar Petronas, dia mula memanjat seawal jam 6 pagi (5.45 pagi – Utusan Malaysia). Dia berjaya sampai ke puncak dalam masa lebih kurang dua jam. Berkemungkinan, dia bermula di awal pagi pada tahun ini untuk mengelak ditahan semasa memanjat.

KLCC / SPIDERMAN

Sebaik sahaja turun, dia ditahan oleh pihak Polis untuk siasatan dan akan didakwa atas alasan menceroboh. Tindakan Alain ini boleh dikatakan sebagai promosi percuma untuk Malaysia. Walaupun tindakan ini boleh dikatakan bodoh-nak-mati, tahniah diucap kepada Alain kerana berjaya juga menawan Menara Berkembar Petronas.

Di bawah ialah video Alain memanjat Menara Berkembar Petronas pada tahun 2007. Rasanya tahun ni tiada video dari dalam bangunan sebab mana ada orang datang kerja lagi pada masa tu kan…

Fakta: Alain Robert disahkan sebagai penghidap penyakit vertigo secara kekal yang menjadikan dia kehilangan kebolehan untuk menyeimbangkan tubuh badan. Dia mendapat penyakit ini kerana pernah terjatuh semasa memanjat pada usia 20 tahun.

beliamuda: sempat lagi update walaupun sibuk… (~_~)v


02

September
2009
Masa: 7:00

36 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. gila…tapi hebat…
    hakim´s last blog ..Save me.. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hakim, cool eh? haha.. memang berani la kan dia ni..

    [Reply]

  2. pagi-pagi lagi dah tengok paper kuar cter nih. well done alain, usaha tangga kejayaan. orang Malaysia takdek pun yang brani gitu. ekekehh. neway, penyakit vertigo tu apekemende? wanna search somewhere.. :)

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, awal pagi keluar berita, tapi terlewat sehari kan… sebab dia panjat awal pagi sebelumnya…

    err, vertigo tu penyakit tak dapat nak imbang diri dengan baik.. kalau jalan, rasa cam terhuyung-hayang dan ada rasa pening…

    [Reply]

  3. kata ada vertigo kekal, bole pulak ek dia panjat tinggi2 tu, eee aku ms blaja dulu duk hostel tingkat 5 pun dah gayat masa naik tangga..huhuhu

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @jue, tu la.. doktor memang dah cakap awal2 yang dia takkan dapat panjat-panjat lagi lepas tuh.. tpi, dengan semangat yang ada, dia buat juga…

    [Reply]

  4. kaw2 hebat..ad vertigo pn leh nek ke puncak klcc..
    respek2~~
    Wan Pai´s last blog ..Merdeka Bagi Student U My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Wan Pai, tu la pasal… dah la tinggi giler.. boleh pulak berdiri kat atas puncak tu… gayat seyh..

    [Reply]

  5. giler ah..mmang keturunan spiderman la dia ni huhuh…
    mohdhanif´s last blog ..Usahawan Bermusim Bulan Ramadhan My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @mohdhanif, haha.. spiderman mana la pulak kan… hehe

    [Reply]

  6. gilak ah..bia betik .. dia panjat tnpa apa2 alat ke..hebat tol..
    broSKL´s last blog ..Selamat Menyambut Hari Merdeka My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @broSKL, a’ah.. free style jek.. dia cuma bawa air dan bedak hilang nak hilang peluh jek…

    [Reply]

  7. respe betu la boleh dia panjat tanpa ada alatan..dkt kwsn tinggi selalunya angin kuat.
    ariey´s last blog ..Mari mendengar Ceramah Agama. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ariey, bergegar jugak dia rasanya.. huhu

    [Reply]

  8. memang hebat! kalo jatuh, mayat berkecai je dia
    luthtextile´s last blog ..Ayam golek & gathering Negaraku.Net My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @luthtextile, tu la kan.. tinggi giler kot tempat tuh.. melayang2 la dia jatuh…

    [Reply]

  9. Tahniah diucapkan pada Alain dan lebih berhati-hati kepada pengawal keselamatan baik csd(Polis Bantuan) atau
    selainnya,nasib baik si Alain panjat bawa “telur”,kalau bawa C4 tak tahu apa akan jadi,dah tentu menara hilang
    sebelah.Nampak gayanya pengawal keselamatan yang ada tu kena tambah ilmu,nama ilmu tu “teknik pengecaman dalam
    gelap”.Teknik ini boleh nampak dan kenal apa objek di dalam gelap atau buat macam pengawal dari Bangla ‘ada kes”
    tambah lagi anggota atau tukar terus dengan pengawal dari Nepal lagi hebat.Jangan main-main ini serius,menara tu mercu
    tanda,kalau ada pihak yang dengki macam-macam boleh buat.Pikir la sendiri.

    [Reply]

  10. Tgok video dia.. wah.. panjat bangunan selamber dia je. Siap senyum lagi.. Tak reti takut la dia..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Nikuve, kalau ada takut, tak de la pulak dia nak panjat menara tu tanpa alatan kan.. hehe.. respek gak la kat situ…

    [Reply]

  11. wahaha.die pernah kena tangkap tapi xpernah serik.mmg kepala gila.
    naz´s last blog ..Kornflakes 1Malaysia. Eh,konflik My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @naz, selagi tak tercapai, mesti rasa nak wat lagi.. makin dihalang, makin mahu..

    [Reply]

  12. aku ada baca tentang dia ni dalam kosmo semalam tak silap aku. mmg berani gila dia. lebih hebat dia dapat mengawal tubuh badan dia dari angin kuat di puncak. mcm mana ye?
    mohdisa´s last blog ..5 iPod Shuffles Untuk Dimenangi My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @mohdisa, ada angin ke tak mungkin dia dah biasa.. ye la kan, dah banyak bangunan dia tawan.. alah bisa, tegal biasa..

    [Reply]

  13. ish dahsyat bebenor penyakit dia..tu yg terlebih berani kot

    T_T
    nazra´s last blog ..Oh Pakcik Google ku Sayang My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, alah bisa, tegal biasa…

    [Reply]

  14. Ces… panjat x ajak aku… klu ajak aku leh la aku snap pic bebanyak… hahaha…
    p.I.S.y.E.k´s last blog ..Jadikan firefox anda lebih hebat! My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @p.I.S.y.E.k, dia tak nak kaco ko tidur lepas sahur.. hehe.. guro2 je.. (^_~)v

    [Reply]

  15. giler kentang.. eh kentang? lor.. jdi lapar la pulak.. hurmm
    Adney´s last blog ..Still Down.. & Down.. Perlukah? + New OS (^^) My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Adney, pose weh.. pose.. huhu~~

    [Reply]

  16. leh mintak dia tolong panjat umah aku? nak mintak dia betulkan pising astro aku ni. reception nya tak berapa bagus la. huhhuhu
    Eddie´s last blog ..Placebo effect – Penipuan Otak dan Iman Yakin My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Eddie, rendah2 ni dia tak panjat kot.. hehe~~

    [Reply]

  17. tak takut dan tak gayat ke dia..dahla ada penyakit tu…
    dilot´s last blog ..103 artis dari johor… My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @dilot, alah bisa, tegal biasa…

    [Reply]

  18. Gila tapi memang cool…
    Satu percubaan berani mati..
    zool´s last blog ..Air Katira yang best My ComLuv Profile

    [Reply]

  19. betul2 kering nih!
    blinkcup182´s last blog ..090909 My ComLuv Profile

    [Reply]

  20. zul

    huyooo…berani btllah..respek kat dia..sepatutnya dia minta kebenaran dulu ngan pihak berkuasa bukan main redah je..apa2 pun saya respect kat dia.kwn2 kalau ada pengambilan polis tahun ni gtaulah kat blog ni,saya da lama nak jd polis..

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan